CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, November 6, 2010

lambang 'peace' Sunnah Nabi atau lambang Yahudi?

Dalam fb, hana selalu berkongsi notes dan apa-apa yang bermanfaat dengan kawan-kawan. Alhamdulillah la kawan-kawan Hana pun banyak tag Hana or share notes or apa-apa yang bermanfaat kat fb tu. Tapi kadang-kadang (kadang-kadang ke? macam selalu je...hehe), Hana pun merapu jugak dalam fb tu...hehehe

Then, baru-baru ni, ada la sorang kawan Hana tag Hana kat satu note pasal lambang 'peace' tu sebenarnya adalah milik Yahudi. Ni note tu:


Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).



ni la lambang nyer..


Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia



Kemudian, tak lama lepas tu, Hana ada upload satu gambar kat fb. Gambar tu gambar kartun yang ada tertulis satu hadis Nabi. Then, Hana tag la beberapa kawan Hana. just for sharing kan.



ni la gambar yang Hana upload tu

Namun, persoalan timbul bila seorang kawan Hana ckp yang lambang 'peace' tu adalah sunnah Nabi. Hana pun minta la hadis tu. Bukannya apa, Hana nak make sure. Sebab Hana dapat dua makluamat berbeza. As a Muslim, kita kena la ambil kepastian kan?

Ni hujah kawan Hana yang kata lambang 'peace' tu sunnah Nabi:

Saya kebelakangan ini kerap mendapat persoalan daripada rakan-rakan Facebook mengenai simbol PEACE sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai simbol Illuminati. Tambahan mereka lagi, kelakuan menggayakan simbol ini akan melemahkan daya umat Islam sama ada dari sudut aqidah atau akhlak seseorang Muslim itu sendiri. Justeru itu, dakwaan tersebut langsung tiada asasnya buat mereka yang berfikir secara waras.

PEACE bukan lah satu lambang yang baru sahaja diada-adakan oleh masyarakat, sebaliknya lamabang tangan berbentuk V tersebut adalah satu sunnah yang dicetuskan oleh Baginda Nabi SAW dalam beberapa hadis yang diberi taraf sohih oleh para Imam semua mazhab.

Mengikut hadis Riwayat Ahmad dalam Sunannya:

عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمةلم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن

إلى يتيمةأو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )


Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepalaanak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiaprambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan,dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan ataulaki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini,beliau mensejajarkan dua jari-nya.(riwayat Ahmad)

Mengikut Ustaz Fadhlulzaman, (Degree Syariah Universiti Al-Azhar, Master in UM), perilaku rasulullah ketika menunjukkan jari-jarinya itu adalah sama seperti lambang peace yang diamalkan oleh pejuang-pejuang Palestin yang kerap kita tonton di media massa menunjukkan lambang peace.

Dalam hadis yang lain,

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان )


Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya.

Masha allah. Sesungguhnya sunnah nabi itu amat mudah dan barangsiapa melakukannya pahala, barangsiapa tidak mahu melakukannya, maka tiada dosa. Wallahuaklam.


Then, Hana bertanyakan kepada kawan-kawan yang tinggi ilmunya dalam permasalahan agama ni. Hana ni, nama je ambil course agama, tapi ilmu tu still lagi tak cukup la. So, better kita bertanyakan kepada orang yang ahli berbanding kita berijtihad dalam condition yang still cetek ilmu di dada kan? Ni la jawapan dan pendapat kawan Hana tu:

huhu...serasa sy, hadith tue nk menyatakan benda laen... mmg perbuatan yang sama, iaitu menpeacekan jari. Tp situasi berbeza...
Situasi Rasulullah s.a.w. nk menyatakan jarak antara Baginda dengan pengasuh anak yatim di dalam syurga...Demikian maksud Baginda....
Situasi kita pula untuk menunjukkan simbol peace...keamanan...
Bagi Hadith pertama tue, statusnya daif...bleh rujuk kitab raudatul muhaddithin dan jgk daif al-Targhib wa al-Tarhib (maktabah shamilah)...
Manakala hadith kedua, sememangnya sahih...
Pada saya, agak kurang tepat lah untuk menyamakan perbuatan kita dengan Rasulullah...atas kerana berbeza hadaf...tujuan...

ape niat asal kita?...
andai niat asal untuk menuntut dan menegakkan keadilan, maka xdk masalah....selagimana kita kita xtahu ianya perbuatan @ simbol kpd perkara keji @ buruk lain...
Tp, jika dah tahu, dan niat kita berbuat demikian untuk meninggi2kan lg simbol tue, maka ianya tertolak...bermakna kita menyamai kaum yang melakukannya...menyebarkan ajaran mereka...sama lah akan mendapat dosanya....
Sebaiknya, hindarkanlah walaupun niat kita hanyalah bererti peace...jika BENAR ianya (tunjuk dua jari ini) amalan kaum zionis @ kafir...

<>


hmmmm....berdasarkan kepada pandangan tu, Hana berpendapat, eloklah kiranya kalau kita elakkan dari melakukan lambang tu. Hana tau, ramai yang suka buat lambang tu. Hana pun. Tapi, try la elakkan. Sikit-sikit la. Jangan la nak buat sesuatu benda tu sekaligus. Tak termampu kita. k, tu saja perkongsian Hana untuk kali ni. Nak sambung balik studi Ulum Hadis. Semoga post ini bermanfaat untuk kalian semua.

3 comments: