CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, May 26, 2010

Mencari Keberkatan Waktu

sekadar perkongsian ilmu. artikel ni hana copy paste je dari http://edu.iluvislam.com. banyak artikel or forum yg berguna dari web tu. bukan setakat mengenai Islam, tapi juga tentang kesihatan, motivasi dan sebagainya. k la...dah macam promote iluvislam lak. tapi x salah kan, promote benda baik?hehe...
k, berbalik pada artikel ni. ia berkaitan dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita. banyak sangat..x terkira.k, selamat membaca....

Kilat sabung menyabung. Petir dan guruh saling berlumba. Bayu pula tidak mahu mengalah; garang menerjah, malah sibuk hembus menghembus, menerbangkan apa sahaja yang tidak berpaut, tidak berakar di muka bumi Tuhan ini. Wah, seakan ada pesta bunuh membunuh syaitan laknatulah berlangsung di sini. Berlari deras-deras, terbongkok-bongkok melompat segala lecak dan becak yang bertakungan dalam sesingkat waktu sahaja, aku lekas-lekas mencari tempat berteduh.
“Rasulullah SAW bersabda, “Empat perkara yang akan ditanya oleh ALLAH SWT pada hari kiamat adalah: Umur, masa remaja (muda), harta dan ilmu.”



Hujan yang turun mengaum kelaparan. Lebat. Deras. Membasahkan setiap yang bermukim tanpa naungan dan teduhan. Menggeletar, aku kesejukan. Angin yang bertiup keras mencakar-cakar batang pohon Maple di sisiku tanpa belas kasihan langsung menggoncangkan ranting-ranting yang mudah sahaja meluruhkan daun-daun maple yang berbucu-bucu berbentuk seperti bintang separuh itu.
“Pernah pada suatu ketika, saat Saidina Umar R.A. baru hendak melelapkan mata, tiba-tiba muncul seorang utusan mengetuk pintu rumah baginda. Lantas beliau bangkit dari pembaringan dan segera bertemu dengan utusan tersebut seraya berkata : “Bagaimanakah aku boleh tidur, sedangkan ada hak yang perlu aku tunaikan? Dan bagaimana aku boleh tidur di waktu malam sedangkan aku perlu menunaikan hak Allah?”
Boom!!!
Panahan kilat dan petir dari langit hampir-hampir mengenai tempat aku berpijak. Tidak berganjak, aku sekadar membatu melihat kesan panahan tersebut. Ya Tuhan, kelajuan degupan jantungku melangkaui had normal. Setiap debaran menambahkan kecelaruan, menjanjikan ketidaktenangan. Syaitan manakah yang menumpang teduh bersamaku ini? Mengawal perasaan sambil beristighfar, aku melihat ke atas. Gelap. Telefon bimbit yang kubawa tidak dapat selamanya bertahan memberikan cahaya. Bakal padam bila-bila masa sahaja.
“Dua nikmat yang manusia sering lupa adalah nikmat SIHAT dan MASA LAPANG. Ramai yang berkorban harta benda, wang ringgit demi menjaga kesihatan, menunjukkan betapa sihat itu amat penting bagi manusia”
Mengapa aku berlari pulang pada waktu-waktu begini? Sudah tahu hujan bakal turun, mengapa tidak aku sediakan payung? Malah seorang diri pula? Hujan ini. Bila mahu surut agaknya? Seperti tidak akan reda. Dan guruh yang berdentuman ini, semacam tertawa ria melihat aku mengerekot menahan kesejukan di sisi batang pohon maple yang sedang mula menguning daun-daunnya ini.
“Mengapa seringkali kita merasa tidak cukup waktu? Sedangkan pasti dan pasti setiap kita diberi masa yang secukupnya, malah sama rata bagi setiap manusia. Acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa. Kenapa? Mengapa terjadi perkara seperti ini?"
“Kerana tiada BERKAT di dalam waktumu.”

Prak!!
Allahuakbar! Terasa luruh jantungku jatuh berdebuk seperti nangka busuk. Entah kayu apa, ranting mana atau batang reputkah yang mendarat cemas di hadapanku? Cis, iblis laknatullah mana pula yang bergayutan bersembunyi di atas ini. Sengaja menegakkan roma-romaku naik terpacak dalam hawa sejuk-sejuk begini. Tidak boleh. Aku tidak boleh lama di sini. Aku harus pulang, harus segera berlari pulang. Biar lencun kebasahan seketika dari lama di sini bermain perasaan menahan seram dan melawan kedinginan. Aku memandang ke hadapan. Melihat-lihat susuk jalan yang harus aku lalui. Aduhai. Kegelapan menguasai pekat malam. Cahaya bulan pula sama-samar menerangi. Bagaimana mahu pulang? Aku tidak nampak jalan. Oh Tuhan, bantu aku.
“Mencari keberkatan waktu itu ada tujuh cara iaitu dengan:

1) Meninggalkan maksiat
2) Meningkatkan ketaatan
3) Menjaga solat di awal waktu


“Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya”

4) Membaca Al-Quran
5) Tidak tidur selepas solat subuh
6) Memperbanyakkan menuntut ilmu
7) Menjaga makanan yang dimakan


Tiba-tiba terasa hangat menjalar ke seluruh tubuhku. Panas. Pohon Maple di sebelahku terang benderang jingga kekuningan pucuknya dijilat api yang marak entah dari mana. Titis hujan terakhir meluncur turun dari hujung-hujung daun Maple terus mengenai batang hidungku. Sambil mengesat dengan hujung lengan baju yang basah kesat, aku melihat-lihat sekeliling. Serasanya aku tidak sedar bila dan bagaimana petir menyambar pohon tempat aku mencari teduh ini. Dalam samar kecerahan itu, aku dapat melihat tiang kayu yang menampung wayar-wayar elektrik di tepi jalan berhampiran jatuh seakan tersungkur menimpa bahagian barat pohon itu. Tumbang ditimpa angin mungkin. Hujan pula entah bila sudah berhenti.

****************

“Ouch!”

Pedih hujung jari kelingkingku terkena bilah-bilah pemanas elektrik yang dipasang di bahagian belakang masjid ini. Tak ku perasan, pemanas ini sudah sampai suhu yang sangat tinggi dan aku masih lagi duduk berhampirannya.

“Apsal kau ni?”

“Tak ada apa.” Aku menyedekahkan sebuah senyuman yang mampu ku ukir saat itu. Kelat. Pandangan kembali ku hala ke hadapan. Tazkirah dari Brother Arnus, pelajar tahun 6 dari Jordan itu ku dengar antara faham dan tidak.
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu muhasabah dan melakukan perkara yang berguna untuk hari akhirat. Manakala orang kafir yang tidak mahu berusaha mencari kebenaran adalah seperti haiwan ternakan. Hidupnya hanya untuk makan dan minum sehari-harian tanpa perlu memikirkan tujuan sebenar kehidupan di dunia.”
**********************

Lambat. Aku terlambat. Tentu sudah banyak yang terlepas. Aduhai, kenapa tidak bersiap sedari awal tadi. Malu pula mahu masuk jika sudah lambat begini.

“Kreeekkkk,” berbunyi pula pintu yang satu ini.

Sudah masuk. Mencari tempat duduk. Ah, belakang ini kosong, tapi pandangan jelas ke hadapan. Cantik.

“Tajuk apa ya, hari ni?”

“Entah. Tak pastilah. Masa. Pasal masa. Kenapa selalu tak cukup masa.”

Kaboom!! Terasa bagai dipanah petir mendengar perkataan masa. Terasa suatu perlian yang amat sangat pedih. Bisa sungguh rasanya. Topik ini tepat mengenai batang hidungku sendiri. Tepat! Ibarat meludah ke langit jatuh semula ke muka (kalau tak elaklah).

********************

“Jadi, bagaimana mahu mengurus waktu?”

“Pertama, mesti ada jadual waktu-tulis lepas ni mahu buat apa, dan apa. Kemudian mesti kena ada matlamat, seterusnya perlu ada kawan yang baik-yang selalu mendorong untuk berbuat kebaikan dan tidak mengajak untuk berbuat perkara yang tidak berfaedah, yang membuang masa kita, dan akhir sekali, perlu ada cita-cita. InsyaAllah kita akan dapat kejayaan, akan buat lebih kebaikan dan dapat jadi orang yang lebih beruntung.”

“Kemudian,” tambahnya lagi.

“Masa lapang itu sebenarnya adalah masa yang tidak kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah.”

Brother Arnus merupakan pelajar terbaik dalam tahunnya. Maka tidak hairanlah tazkirah-tazkirah beliau berisi sedikit nasihat dan motivasi untuk belajar dengan lebih baik. Beliau menyampaikan dalam bahasa Arab yang jelas dengan suaranya yang lantang. Kemudian diterjemahkan oleh Saudara Ali dengan bahasa Melayu yang mudah difahami. Sayang saya turun lambat hari ini. Entah apa sahaja yang sudah saya tinggalkan. Kerana tidak mengurus waktu dengan baik dan sering merungut tidak kecukupan waktu, saya kerugian masa-masa yang amat berharga. Dan rupanya, saya punya banyak masa lapang yang tidak saya gunakan dengan baik. Padan muka saya!

(Teringat Imam Nawawi rahimahullahu ta’la yang umurnya tidak panjang, kalau tidak silap saya tidak sampai 45 tahun pun, tetapi telah berjaya menghasilkan banyak buku, malahan ‘Hadith 40’ karangan beliau itu menjadi rujukan umat Islam sehingga ke hari ini. Mampukah kita menjadi seperti beliau? Tepuk dada tanyalah diri sendiri).

Sumber: http://pheonixrajawali.blogspot.com/


wallahu'alam.........

Monday, May 24, 2010

TGFU

Assalamualaikum... Untuk post kali ni, Hana nak share psl TGFU (Model Teaching Games for Understanding Approach) lak...
ni assignmenet Hana sem lepas..masih hana ingat, bukan main pening nak wat assignment ni sbb Hana bkn dak PJ dan memang cetek sket ilmu sal PJ ni. so, bila kena wat assignment PJ, mula la pening kepala. bila cari maklumat kat internet, susah bebenor nak dapat maklumat dalam BM. kalau ada pun, maklumat yg ada tu terhad sgt. Hana bukan pe, kalu maklumatnya dalam BI, benda yg Hana kurang arif(PJ), kang tersilap translate lak, nanyer lak assignment Hana nanti. kalau sal bio ke, chem ke, ok r kalu maklumat in english pun.so, disebabkan tu, Hana nak kongsi la benda alah TGFU ni dalam versi BM. apa2 yg terkurang tu, terima je la ek...kalu nak complete, kena cari maklumat dari byk sumber.





Model Teaching Games for Understanding Approach (1986)

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkann faedah yang baik.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan kemahiran asas ( theoritical base ) dan ‘peringkat jangka masa singkat’ ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.




Kategori permainan model TGFU
Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah:
• Target
– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
– Contoh: bowling, archery, golf

• Striking / Fielding
– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
– Contoh: baseball , softball, cricket

• Net / Wall
– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
– Contoh: badminton, squash, table tennis

• Invasion / Serangan
– Permainan berpasukan
– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
– Contoh: soccer, basketball, handball

Wednesday, May 19, 2010

doa dari love letter dari Allah....

doa merupakan senjata umat Islam...kerana itulah, terdapat banyak doa yang terkandung di dalam kalamullah....di sini, hana kongsikan beberapa ayat yg biasanya turut dijadikan doa...





151. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain Mengasihani". (Al A’raaf)





10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami". (Al Kahfi)




16. ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qashash)




114. maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku". (Thaahaa)





97. dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan
98. "Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (Al-Mu’minuun)




25. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
26. "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
27. "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28. "Supaya mereka faham perkataanku; (Thaahaa)





32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah)




173. mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". (Ali’Imran)




2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq)





180. akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan Yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa Yang mereka katakan!
181. dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
182. serta (ingatlah bahawa) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (Ash Shaaffat)