CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, October 16, 2011

2.3 SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua...hopefully korang semua sihat2 la hendaknya yer,,,jgn selsema n batuk mcm Hana ni...esok dh nk exam...huhu....doakan Hana utk exam esok ek...Ok la, post kali ni, pasal 1 of my assignment. utk Gerko. Hana amek futsal sem ni. salah 1 soalan dlm asgnmnt tu, kena citer tentang pengenalan, sejarah futsal di dunia n di Malaysia. pengenalan n sejarah di dunia ok la... Tp sejarah futsal di Malaysia punyer la payah nk dpt maklumat...huhu...Buku pun xde...huhu... Maklumat yg Hana tulis ni pun hasil gabungan dr cebisan2 maklumat yg Hana dpt dr internet. Punyer la byk web yg Hana kena rujuk...huhu... So, untuk elakkan korang yg bakal dpt permainan futsal jugak sem akan2 dtg drp menghadapi nasib yg sama cam Hana, so, Hana post la hasil keje yg x seberapa ni... Tp, peringatan PENTING! jgn tiru ek, just jadikan sbg rujukan. Amalan plagiat kan x dibenarkan.. Lagipun, plagiat tu sama je mcm menipu. BERDOSA tau... ingat (gaya upin...hehe)



2.3 SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA

            Seperti yang telah diterangkan di dalam sejarah futsal di dunia, sukan futsal mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1989 di dalam Piala Dunia Futsal FIFA di Rosterdam, Belanda yang telah dimenangi oleh Brazil. Selepas kejohanan ini, sukan futsal mula mendapat perhatian yang meluas dari perbagai pihak di seluruh dunia.

            Namun begitu, sukan ini hanya mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 1990 an. Hal ini kerana, masih kurang orang yang berminat dengan sukan ini kerana pengaruh sukan bola sepak dan badminton lebih kuat di Malaysia pada ketika itu. Selain itu, sukan futsal kurang mendapat pendedahan yang meluas daripada pihak media di Malaysia.

            Pun begitu, pada tahun 2000, sukan futsal mula menjadi sukan yang terkenal di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hampir setiap golongan umur meminati sukan bola sepak, tetapi sukan ini memerlukan stamina yang tinggi, padang yang luas dan pemain yang ramai. Oleh itu, ramai yang mula berminat dengan sukan futsal kerana ia lebih mudah dimainkan, tidak memerlukan pemain yang ramai dan padang yang luas. Ia juga mendapat sambutan bukan hanya daripada golongan lelaki, malah turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan wanita. Selain itu, sambutan daripada golongan kanak-kanak dan golongan tua juga sangat menggalakkan berbanding dengan suka bola sepak.

            Sukan futsal menjadi lebih terkenal apabila krew produksi program TV inovatif 3R telah bekerjasama dengan Red Films telah menerbitkan sebuah filem yang berkisarkan sukan futsal iaitu filem “Gol & Gincu”. Filem ini telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia tentang sukan futsal. Melihatkan kejayaan file mini, drama rentetan filem ini iaitu Gol & Gincu The Series telah ditayangkan di TV8 pada tahun 2006.

Rajah 2.3.1: Filem Gol & Gincu

            Setelah itu, program TV inovatif 3R telah menganjurkan pertandingan futsal terbuka wanita terbesar di Malaysia pada tahun 2006. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada berbagai pihak dan turut mendapat sokongan daripada artis setempat. Setelah kejayaan filem, drama dan pertandingan ini, pusat-pusat futsal telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh Malaysia sama ada pengusaha ataupun dibina oleh exco negeri setempat.

            Berbagai usaha telah dilakukan oleh berbagai pihak bagi mengembangkan lagi sukan ini, contohnya memasukkan sukan ini ke dalam Kejohanan Sukan Universiti, Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011, Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 dan lain-lain. Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 telah mencatatkan acara futsal paling besar yang pernah diadakan di negara ini dan telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Rajah 2.3.2: Poster Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011


Rajah 2.3.3: Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011

Selain itu, golongan penggiat seni juga turut memberikan kerjasama dan galakan kepada sukan ini. Contohnya, pada tahun 2010, ramai artis terkenal seperti Hattan, Tomok, Zahid, Rabecca Nur Al-Islam, Amylea, Shahz Jazle, Fizo Omar, Intan Ladyana, Chaq dan ramai lagi serta penyampai-penyampai radio Hot Fm telah menggegar lapangan futsal di Sports Planet Subang Grand sempena Kejohanan EPLx Kosmo! Football Fever 2010.

Rajah 2.3.4: Logo Kejohanan EPLx Kosmo! Football Fever 2010.

            Semasa sukan ini mula bertapak di Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pasukan Futsal Malaysia yang berada di bawah seliaan FAM. Pasukan Malaysia pernah bermain dalam Piala Dunia Futsal FIFA pada tahun 1996, namun pulang tanpa memperoleh sebarang pingat.

Rajah 2.3.5: Logo Piala Dunia Futsal FIFA 2008

            Malaysia juga pernah menyertai dan menjadi tuan rumah bagi Asean Football Confederation (AFC) Futsal Championship 1999 dan berada pada kedudukan kelapan daripada sembilan pasukan. Pada tahun 2001, Malaysia telah menyertai Asean Futsal Championship dan telah menduduki tempat ketiga daripada lima pasukan dalam peringkat kumpulan. Pada AFC seterusnya iaitu pada tahun 2003, Malaysia telah berjaya mengukuhkan kedudukan dengan berjaya memasuki perlawanan akhir, namun terpaksa akur di tempat kedua sahaja. Pun begitu, pada tahun-tahun berikutnya, pasukan Malaysia mengalami kemerosotan sehinggalah tidak lagi menyertai Asean Futsal Championship yang terbaru iaitu pada tahun 2010.

            Berikut merupakan senarai jurulatih Pasukan Futsal Malaysia:
Tahun
Jurulatih
1999
Abdul Rahman Ismail
1999-2002
Bahwandi Hiralal
2007-2009
P. Balakrishnan
2009-2011
Maizal Hairi Marzuki
Jadual 2.3.1: Senarai Jurulatih Pasukan Futsal Malaysia


 ~ibu jari kiri yg silap urat time main futsal bln lps x sembuh2 lg...huhu

Saturday, October 15, 2011

Allah selalu memberi, tapi kita selalu merungut...

Assalamualaikum semua. apa khabar? harap semua sihat la ek. exam dh dkt ni (bg dak2 IPG). Eleh, ckp cam diri sndiri sihat je kan?dh la x sihat, malas makan ubat lak tu...ish2..(jgn tiru amalan ini ye ^^)

Post kali ni, Hana nk citer sal 1 tazkirah yg Hana dgr dalam 1 program yg Hana join sblm ni. Tazkirahnyer panjang gak r, tp Hana nk highlight kat 1 ayat ni je, "Allah selalu memberi nikmat pada kita walaupun kita tak pernah meminta. Kita x pernah pun minta kat Allah supaya jgn la semut2 masuk dlm telinga time kita tidur, tp Allah sntiasa pelihara kita yg tgh x sedar apa time tidur tu. Allah bg ilham kat semut or serangga-serangga lain agar jgn masuk dlm telinga kita time kita tidur". Masa ni, Hana dengar la, pay attention, faham, tp xde la menghayati sangat. Biasa la, manusia lara...

Tapi, x berapa lama lepas tu, ada 1 peristiwa yg berlaku kat Hana. Peristiwa ni simple je, ramai je org keliling Hana time tu (dalam masjid, lps solat jemaah), tp Hana sure, xde sorg pun perasan peristiwa ni berlaku kat Hana. Xde la suspen pun peristiwa ni, so jgn tension2 eh..hehe..

Time tu, Hana bukak telekung n nk pakai tudung. Masa tu, sebenarnya, jarum yg Hana selitkan kat tudung tu, hampir2 cucuk mata Hana. Dh r time tu x pakai spek. Terkejut Hana. Tapi alhamdulillah, Allah pelihara Hana. Jarum tu hanya hampir dengan mata, tp x smpat mencucuk mata lagi. Ya Allah, Hana xleh bayang kalu jarum tu tercucuk mata. Rabun pun dh susah, apatah lagi kalu..............huhu..xnk bayangkan.

Macam tazkirah yang Hana pernah dengar tu, "Allah selalu memberi nikmatg pada kita walaupun kita x pernah pun mintak". Dalam hal ni, Hana x pernah pun doa supaya Allah selamatkan Hana daripada tercucuk jarum kat mata. Tapi Allah selamatkan Hana sbb tau Hana ni hamba yang lemah yang mungkin x dapat menghadapi ujian yg macam tu.

Tapi apa yg kita selalu buat, kita merungut kalu x dapat apa yg kita nk, kadang2 kita melampaui batas, sehinggakan kita menyalahkan Allah atas kegagalan kita. Kalau kita nk sesuatu, kita perlu berusaha dan bertawakkal pada Allah. Usaha tu sangat penting. Kalau x berusaha, jadilah kita golongan Jabariyah yang hanya berserah kepada Allah tanpa mahu berusaha. Setelah tu, banyakkan berdoa. Doa tu senjata mukmin. Mukmin kah kita kalu malas untuk berdoa? Allah Maha perkasa. Kadang2, kalu kita berusaha sehabis daya pun, kalu Allah ckp benda tu bukan untuk kita, kita xkan dapat gak. Jadi selalu la berdoa ye.

Namun, kalu dh berusaha, berdoa, tapi Allah tetap x kabulkan jugak hajat kita, maknanya mungkin hajat yang kita nk tu x sesuai dengan kita (mungkin akan bawa keburukan atau perasaan riak pada kita), atau mungkin juga untuk memberikan yang lebih baik untuk kita dan boleh jadi juga Allah sengaja lambat/tak mengkabulkan hasrat/hajat kita untuk menguji kita bagi meningkatkan iman dan darjat kita di sisi Allah. Allah x pernah menzalimi hamba-Nya tapi kita yang selalu menzalimi diri kita sendiri.



Hana bukanlah orang yang layak untuk memberi tazkirah sbb Hana sendiri pun masih lagi punya banyak kekurangan. Namun, Hana sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang terbaca post ni sebagai tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Kalu nk tunggu perfect baru nk bg peringatan, sampai bila2 pun xkn bleh sbb nobody is perfect kecuali Rasulullah.


Oleh yang demikian, jom jadi hamba yang bersyukur... ^^

Thursday, October 6, 2011

KOT IPIS 2011

Assalamualaikum semua....hehe...actually, dh lama nk post sal benda ni, tp ntah la...x terpost la plak...huhu...
Actually, sem lps, Hana wakili rumah sukan Saad Bin Abi Waqas (Hijau) dlm acara 400m n 1500m. Hana actually sje je isikan tempat kosong je utk acara 1500m tu...kalu yg 400m tu pun x berharap gak sbb tau ramai lg yg kuat lari tambah2 la bdk2 PJ tu kan... Tapi, alhamdulillah...rezeki Allah tu Maha Luas. Hana dpt perak utk acara 1500m. Alhamdulillah.... So, ni la gambar2 yg Hana upload sket...hepi sgt2... ^^



ni la pingatnyer....walaupun bese2 je, tp sgt berharga pada Hana...hehe


kalu x sebab masuk acara, serius Hana xkn redah lecak2 ni. Hana mmg sgt x ske lecak...huhu


No 3 tu pun umah hijau gak....yg belakang Hana tu...yang depan tu bkn no 1, no 1 umah oren.
ni masa awal2 lari...Hana x laju pun awal2 ni, takut pancit...huhu


Ok, ni mmg post melampau...haha



Tuesday, October 4, 2011

BAHAN BANTU BELAJAR LITERASI BAHASA

Hmmmmmmm...hooooooooo...hehe....

Assalamualaikum semua...pekobo?hopefully sumer sihat la ek. Post kali ni, Hana nak citer sal bahan bantu belajar yang Hana buat utk subjek Literasi Bahasa (WAJ 3104). Alkisahnyer, salah 1 task dlm asgnmnt tu, kitorang kena buat bahan bantu belajar berbentuk 3D yang saiznya x kurang drp 15cm. So, Hana pun google search la untuk cari inspirasi. Ditakdirkan Allah, Hana jumpa la 1 blog ni. Dyorang buat kek span, bukan kek span yg sedap dimakan tu, tp kek yang menggunakan span..hehe. Tapi, malangnya, after that, bila Hana cari balik blog tu, x jumpa2 dh...Hmmm...So, guna kreativiti sndiri la nk buat.

Step 1st nak buat kek ni, tentu la kena beli dulu semua barang dan bahan yang diperlukan. antara bahan penting yang diperlukan, of coz la span. cat pun penting, sebagai krim kat atas kek. Selain tu, adhesive tape pun satu bahan yang penting dalam nk buat kek ni. Nape penting? yang tu nanti sat lagi Hana story ek..


Lepas dh ada semua bahan, potong la span tu kepada 2. Potong serong ek supaya hasil dye akan jadi 2 span berbentuk segi tiga sama tegak. Hana guna 6 biji span untuk buat benda ni. so, susun la span2 ni supaya menjadi bulatan. Hana lupa la plak nk amek gambar, so, korang pandai2 la fikir cmne nk susun span ni supaya jadi bulatan ek. Nak jadi cikgu kan, msti la pandai.

Haaa...ni la masanya nk gunakan khidmat adhesive tape ni. tau x adhesive tape ni pe? adhesive tape ni macam salertape tu la. tapi yang macam kertas tu. guna adhesive tape ni untuk balut span tu. ianya penting sbb kalu x balut, cat air yang kita guna tu akan meresap dalam span. Hana dh try banyak kali, sbb tu akhirnya timbul idea untuk balut spanguna adhesive tape ni.

So, bila dh balut, mulakan la langkah yang best, amek cat, cat je atas span yang dh berbalut tu. tapi, pastikan cat yang dibeli tu adalah cat pekat contohnya mcm cat pelaka ke, cat D'art yang pekat tu and lain2 la asalkan pekat. Sebabnya, kalu cair, cat tu akan meleleh. Payah nanti. so, lps dicat, ni la hasilnya, tadaaa!!!!


After that, korang hias la ikut kreativiti masing2. Ni hasil yang Hana buat:
bunga tu Hana guna plastesin je...

hias ikut kreativiti masing2 la...sape yg ske mkn kek, dye tau la kan?hehe


finally, guna gam glitter utk tulis kat atas kek tu...huhu...buruk bebenor tulisan Hana... :P





Ramai jugak la yang tertipu dek kek ni. Pensyarah pun ada yang terpedaya jugak...huhu...maafkan Hana ye... ^^






p/s: kalu korang nk buat sbg tugasan, seelok-eloknya esok nk hantar, ari ni baru buat sbb cat tu akan merekah bila kering. Ok, selamat mencuba.... ^^

Sunday, October 2, 2011

BAJU PENGANTIN

Assalamualaikum semua...kaifa halukum?hehe...harap2 semuanya sihat la ek... ok, korang dh baca ke tajuk kat atas tu? BAJU PENGANTIN??????what???? Buang tabiat ke apa Hana ni? Nak kawen dh ke? haha...mestilah semuanya x betul.... Actually, Hana tertengak gambar kwn kepada kwn Hana kawen...Cantik orangnya...Barakallahuma... =)

So, pe plak kaitan dengan Hana? Sampai sibuk2 nak post dlm blog ni? Haha..xde pe kaitan pun... Hana just nak sharing pandangan Hana je..

Hmmm... Kalu ditanya pada Hana (xde orang tnye pun...huhu). Kalu bleh, Hana nak sewa ke jahit baju pengantin? Hana mesti akan jawab nk jahit n nk design sendiri baju pengantin.. Bukan sebab Hana ni amek fashion design, tp ada banyak sebab yang buatkan Hana nk design sendiri baju pengantin.

For me, pada hari bahagia tu (hopefully la kan), mesti la semua orang nk nmpk lawa n gojes (gorgeous). Same goes to Hana. Tapi masalahnya, baju yg nk disewa tu mungkin cantik, tp mungkin x menepati citarasa Hana. Yes, Hana admitted, Hana mmg sgt cerewet dlm pemilihan kasut, baju n beg.huhu...

Tambahan pulak, kebanyakan baju pengantin yang disewa x menepati guide line yg Hana gariskan. Ada yg lawa, tp bahagian tgn nipis/jarang. Ada yg gojes, tp ketat kat pinggang n punggung (nk jalan pun payah...huhu). Belum kira lg yg labuh (of cause, sbb Hana ni x berape nk cukup tinggi..haha). Mungkin jugak luaran nmpk lawa, tp sekali kancing xde ke...pinggang kain longgar ke... Maybe.....

Kalu design sendiri, Hana nk yg ada sket shaping (bkn straight cut), tp xnk la ketat.... Nak labuhkan sket, xnk la atas punggung... Macam ngeri je kalu baju singkat atas punggung, ketat lak tu....huhu..xnk bayangkan... Selain tu, ukuran lain, cthnye labuh baju n kain or lain2 leh la sesuai dgn saiz badan sendiri, baru best nk pkai...

Hana nk design sndiri baju pengantin bukan sbb demand. Ko ingat ko nk kawen dgn org kaya ke? Ko ingat ko anak orang kaya ke? Bukan mcm tu... Just simple n nice dh la... X perlu la mcm baju pengantin Memey... Memang x dinafikan, sgt lawa n gojes. Tapi dye tu disponsor...so, ukur baju di badan sndiri la... Hana ni wlpn cerewet, tp bkn la seorang yg material. Hana lebih suka something yg simple but nice.

selain tu, bleh la kita design byk2 aksesori kat tmpt lain selain drp kat leher...buat pe nk byk aksesori kat leher, bknnyer leh nmpk gak kan? bawah tudung gak...hehe... Selain tu, bleh la simpan baju pengantin tu, tunjuk kat anak cucu...huhu

Pe yg Hana tgk, sekarang ni, org bertunang pun dh lebih gojes mcm org nk menikah dh... Hana xnk ckp awal2 sbb Hana bkn stkt nk bertunang, pakwe pun xde lg...huhu... Kalau berkemampuan, up to u la...tp kalu smpai berhutang, or nk letak harga yg tinggi sgt2 kat bakal suami, sedangkan bakal suami tu gajinyer x smpai pun RM1000, Hana rasa, kena fikir balik pe tujuan utk berkahwin.. Yes, I admitted that belanja nk buat kenduri kawen sgt mahal skrg...tp kalu nk letak harga hantaran tu, tgk la kemampuan bakal suami. Majlis x grand sgt pun xpe asalkan ada keberkatan.

Sama la jugak dengan baju kawen ni.. X salah untuk nampak cantik pada hari bahagia kita. Allah pun sukakan kecantikan. Tapi tgk la cantik tu camne. X perlu la keterlaluan hingga terdedah sana dan sini.



sweet kan mereka... ^^
yg lelaki tu senior sekolah Hana...ske tgk gambar kawen dyorg, nice... ^^