CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, April 17, 2011

di saat ini, aku amat mendambakan-Mu....

Frust?marah?upset?hmmm....semua tu memang bermain je kat hati ni.... tapi perlu ke nak marah? perlu ke nak lepaskan kat orang berkenaan?hmmmm....

Entah lah....bila difikirkan, marah pun x guna... Kita tak boleh banding orang lain dengan kita... Kenapa saya boleh je buat? Sedangkan saya lagi la sibuk... Saya pun letih jugak, tapi boleh je ke sana, ke mari lagi. Boleh je siap assignment. tak pernah pun tiru orang lain nyer... Boleh je, boleh je n boleh je....

Tapi orang lain berbeza Hana oi... Bukan semua orang sanggup nak berkejar ke sana ke mari, bukan semua orang sanggup gadaikan masa tidur untuk buat kerja persatuan... bukan semua orang sanggup tangguh waktu makan gara-gara sibuk dengan aktiviti.... Setiap orang berbeza Hana...

Time sedey ni, nak ngadu kat pakwe pun xleh....xde pakwe...haha...tapi Hana kan ada kekasih.... Allah kan sentiasa ada di sisi kita....innallaha ma'ani... ^^

Kalu nak kira, Hana pun banyak kekurangan... so, Hana kena ingat tu.... Jangan terlalu cepat untuk marah, kecewa n frust.... Insya-Allah ni adalah satu ujian, satu tarbiyah, satu pengajaran yang cukup bernilai.... Hadapilah dengan senyuman.... =)

So, kepada yang berkenaan, jangan risau, Hana tak marah (wlpn td menggunakan nada yg agak tegas). Hana just need some space to comfort my heart...

Wednesday, April 13, 2011

Addicted to adobe photoshop!

Salam, pe khabar semua? harap2 semuanyer sihat dan gembira selalu ye...
(wlpn Hana agak bersedih sekarang... T__T)
K, r..kali ni Hana nak share sket gambar sal adobe photoshop... Hana ni memang x pandai sangat pun adobe photoshop, tp Hana sangat berminat dengan benda alah ni...mungkin sebab kecik2 dulu, Hana suka sangat tengok gambar kot...Adobe ni kan bermain dengan gambar...so, sebab tu la kot....
Post kali ni, Hana nak upload gambar hasil kerja dalam adobe... Thanks to ezhan artwork yang banyak post tutorial adobe photoshop kat blog dye...sangat menarik dan mudah difahami. selain tu, dye jugak x lokek ilmu. bila Hana tanya soalan kat fb dye, dye sudi jawab n ajar Hana walaupun dye bukannya kenal pun sape Hana ni.. entah2 orang jahat kan?hehe...
tak dilupakan kat sorang kawan Hana ni, En Muhammad Faiz Bin Ahmad Fauzi. he admit that he doesn't know much about photoshop, tp kalu Hana tanye soalan, dye berusaha cari tutorial kat internet, then bagi link kat Hana.... Thanks Faiz... ^^ (jgn sengih sorang bila baca post ni ek...huhu)
k la...selamat mencuci mata tengok gambar2 kat bawah ni...




ni gambor time lunch kat equatorial last year...time ni, Hana jadi bendahari..penat gler kot....


ni laporan dokumentasi untuk exco dakwah yg Hana wat...laporan sal forum "awas! jerast valentine's day" best sangat, rugi kalau korang terlepas...huhu


ni gambar download dari internet, nak apply teknik licinkan muka dari ezhan...huhu

ting! ni la hasilnyer....licin kan?no need to use fair n lovely lagi dah...haha


this is my classmate, cik mar...dye suh gemukkan muka dye???apa ke pelik nyer tu? besenyer Hana dapat request suh touch up muka suh nampak cantik, skali dye suh gemukkan...xpe2, untukmu cik mar, cik Hana wat...Hana wat benda ni time ambang merdeka last year...haha
Hana penah citer sal merdeka kan? kalu x ingat, tgk sini

ni la cik mar versi terlebih makan burger...hehe...dont worry my dear, u still look cute...muah2



ni salah 1 book mark yg Hana wat utk Persatuan Seni Khat Islam IPIS (PERSIS)...credit to ezhan sbb ajarkan Hana masa Hana tnye kat fb ari tu...tak lupa thanks to Faiz yg bertungkus lumus cari tutorial utk Hana, tp Hana wat x jadi gak...rupanya senang je nk wat transparent tu...haha


ni carta organisasi PERSIS last sem...hepi bila tgk kat board jabatan Bahasa Arab tu sbb yg ni hasil kerja Hana... ^^



ni gambar kat Lumut...time sunrise, tp Hana edit bg jadi cam sunset...credit to Faiz sbb bg tutorial utk jadikan gambar nampak cam sunset... ^^


ni gambar time kitorang merayap-rayap kat belakang IPIS....saje je edit gambar ni...sape la budak kena kurung tu ek?haha




ni plak time lps sarapan waktu majlis qiamullail ahad lepas....sje je suke2...Hana kan suke amek gambar (wlpn just guna kamera handset jek...hukhuk...sob2.. T__T




ni yg terbaru...segar dari ladang!haha...baru wat pagi tadi time gerko...huhu...shhhh!!! jgn gtau Madam Anisah...huhu...kalau nk salahkan, salahkan ezhan, sbb dye post tutorial ni kat blog dye...haha...gurau jek...tq ye ezhan sbb post tutorial sal ni...rasa best la plak bleh wat something yg pelik sket camni...bese Hana just touch up gambar je...huhu


tu je la kot....lain kali, kalau byk hasil lagi, Hana post lagi ye...


~"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah: ayat 216)
~tenanglah duhai hati.... -_-

selamat hari lahir wahai abang kesayanganku...

Alkisah kegilaan menyiapkan tugasan PBS yg auranya memang lain la dari asignment2 sebelum ni.... Rasa macam buat, tp benda alah tu x luak2...huhu... Pegi PBS teramat la best, tapi nak menyiapkan laporannya, 'lagi la best'...huhu

Oleh sebab dalam kepala asyik duk tepu dengan tugasan ni je, Hana terlupa sesuatu yang amat penting. BIRTHDAY ABG MAT!!!!!!
Masa ingat tu, dah dekat kul 7 pagi....then, cepat2 la berlari dari toilet, balik bilik, capai phone, then tekan no 013-XXXXXXX. Bila abg Mat jwb je, terus wish, "Sanah Helwah Abg Mat!".
Tapi sayangnyer, Abg Mat dah majuk.....hukhuk... T__T....sebabnyer, sumer lupa...sumer bz... Maafkan kami wahai Abg Mat. Memang siyes lupa... Harap, kalau la satu ari nanti Abg Mat jumpa blog Hana ni, Abg Mat akan rasa hepi n terharu.... Post khas, especially to you Abg Mat, my beloved brother....Selamat Hari Lahir yang ke 27 pada 12 April 2011.....
Doa saya, agar Abg Mat sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dalam mejalani hidup ini, dimurahkan rezeki dan diberkati hidup...ameen....

~memori raya 2010~


~ikhlas dari adikmu, Kak Ni....

Monday, April 4, 2011

BENGKEL KREATIF SENI KHAT

ok, kali ni, Hana nak promote bengkel yang akan dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Islam IPIS (PERSIS), iaitu bengkel kreatif seni khat. disebabkan Hana AJK Publisti utk bengkel ni (turun pangkat...hahaha...actually, Hana dah sedia busy, so lebih baik la x jadi S/U. Tq nisa yg memilih Cik X yg jadi S/U utk bengkel ni). lega sket ceq. Okey la...selaku, AJK Publisiti, ni ha, Hana promote bengkel ni kat sumer follower or readers blog Hana ni (wlpn sbnrnyer follower mmg x ramai n sorang dua je dak IPIS...hahaha)



poster ni Hana wat tau...(tgh addicted bljr adobe lps follow blog ezhan. sampai xde mood nk wat asgnmnt sbb asyik duk beradobe photoshop...ish2...kalau ada masa, Hana upload gambar2 yg Hana edit n wallpaper yg Hana wat guna adobe wlpn xde la sehebat ezhan tu....tp at least puas hati la sebab buat sendiri kan)



semua warga IPIS djemput untuk mnyertai bengkel kreatif seni khat.anda akan bpeluang utk mhasilkan khat di atas arcyclic board. tulisan khat sudah disediakan oleh khutot2 IPIS yg b'pengalaman iaitu ust Hafidz (PISMP 7.03),Khairunnisa (PISMP 1.01) & Akmaluddin (PPISMP 2.07).tulisan khat yg akan dhasilkan ialah doa2 cthnya doa masuk & keluar masjid.penyertaan boleh dihantar selewat-lewatnya 8 April 2011. bersama kita meneruskan perjuangan khat di bumi IPIS.... ^^

Thursday, March 31, 2011

dakwah ke?


Dengan malu kucingnya, Hana nak habaq mai, Hana ni ahli dalam exco dakwah bagi sesi 2011/2012 ni…hehe…ops…jgn gelak. Terima kenyataan tu walaupun ia macam pelik sket je kan?haha…cam x caye je kan?

Camne Hana leh tersesat dalam exco ni ek? Takyah citer r..panjang sangat kisahnyer. Yang pasti, Hana masuk sebab kebetulan…haha..memang dah jodoh kot…x lari ke mana kata org…huhu..

Bila dah masuk tu, tengok2 ramainyer dak laki yg 1 batch, wlpn ramai gak junior. Dak pompuan lebih dikuasai batch junior. Yang dah pegang title senior ni macam bese la, byk yg bagi alasan cam Hana gak. Tak layak la n mcm2 lagi alasan. Memang berat sket pun kan kalu nak pegang amanah apatah lagi exco dakwah…huhu

Alang2 dah masuk, kena la wat yang terbaik kan? Sebab tu dah jadi 1 amanah kat bahu kita (patut rasa cam berat jek sejak 2 menjak ni…hehe). Tapi apa yang Hana agak kesalkan, asal nak plan aktiviti je, mesti ceramah, forum, kuliah n lain2 yg mmg sama waktu dengannya pun. Dakwah ni kan utk semua org (not only for klas agama je). Bila disebut ceramah, jgn cakap dak lain, Hana yang dalam biro dakwah ni pun rasa quite boring. Bukan Hana nak menghalang ceramah. Ceramah bagus sebab kita bleh gain byk ilmu. Tapi jangan hanya fokuskan dakwah dengan 1 metode tu je. Dakwah kan luas skopnyer.




Hana agak tertarik dengan metode yang digunakan oleh satu organisasi kat UKM. Last year, Hana diajak oleh kawan Hana untuk join dyorang naik bukit Broga. Hana on je, best gak kan skali-sekala berekspedisi. Kitorang pegi untuk tengok matahari naik. So, memang la kena gerak before Subuh. Sampai kat Semenyih, kami solat Subuh berjemaah. Bila naik, wat sesi tazkirah kat atas bukit tu. Bayangkan, view kat atas tu yang cantik, dengan surrounding yang nyaman. Biasanya, kalau kita nak lebih mengingat Allah, kita bleh la mendekati alam kan. Tu salah satu caranya. Walaupun hanya tazkirah je yang dibuat kat atas tu, tapi sangat terkesan di hati walaupun tanpa ceramah yang panjang.


Kalau nak tarik berbagai jenis ragam penduduk kat IPIS ni, rasanya kita memang perlu pelbagaikan metode. Sama gak cam nak ngajar murid. Nape perlu bljr berbagai kaedah pedagogi? Padahal niat 1 je, nak sampaikan ilmu. Sebabnya, setiap murid ada tahap pemahaman tersendiri dan juga penerimaan tersendiri. Camtu gak dengan semua warga IPIS ni. Kadang2 tu, kalau nak menarik penglibatan dari semua golongan, perlu jugak aktiviti yang lebih santai, tapi sampai objektifnya. Dengan cara tu, org xkan sedar rupanya diri dia telah menerima dakwah. Dyorang takkan rasa terpaksa untuk menerima dakwah yang disampaikan.

Menaip memang la senang Hana oi. Tu memang Hana tau, nak buat semua ni, memang la perlukan keringat yang lebih. Tak salah kan kalau kita korbankan lebih keringat dalam usaha dakwah ni. Usaha menyambung apa yang diwariskan oleh Rasulullah. Sebab tu la, kerjasama daripada semua ahli dalam exco dakwah ni sangat2 diperlukan agar usaha dakwah di IPIS ni menampakkan hasil kepada semua golongan. Insaya-Allah.

Hana hanya memberikan pendapat dari ilmu dan pengalaman yang sangat2 la cetek kalau nak dibandingkan dengan ahli2 exco dakwah lain yang memang mempunyai ilmu yang mendalam dan mantop fikrahnya. Hana ni jenis yang sempoi dan lebih sukakan pendekatan yang relaks. Mungkin sebab Hana pernah merasai suasana di matrik yang majority daripadanya kurang menghayati kehidupan sebagai seorang muslim. Kadang-kadang tu, bukan dyorang xnk berubah, tapi sukar untuk melakukan perubahan dengan desakan daripada golongan dakwah yang agak menekan mereka untuk berubah. kadang-kadang tu, dakwah memerlukan masa yang bukan sedikit. Kalau x, xde la Nabi Nuh hanya mempunyai beberapa orang sahaja pengikut walaupun setelah berusaha berdakwah dengan bersungguh-sungguh melebihi seratus tahun.

Oleh itu, jom kita sama-sama membantu dalam usaha menggerakkan usaha dakwah bukan sahaja di IPIS, malah di mana sahaja mengikut metode dan akedah yang bersesuaian dengan keadaan.







~overall, Hana hepi ada dalam exco ni (wlpn awalnya Hana x terfikir nak masuk exco dakwah ni) sebab ketua, penolong n ahli yang byk memberikan kerjasama dan mesra... =)

Wednesday, March 30, 2011

ASK


Last Monday, finally warga IPIS dapat jugak pengarah baru setelah Tn Hj Amin bersara last year. Nama pengarah baru ni Tn Osman Bin Hussain.
Dalam ucapan pertama pengarah yang panjang lebar tu, Hana nak state 1 point yang Hana tertarik. Untuk menjadi guru yang berketrampilan, semua insan yang bergelar pendidik ni perlu ada sikap ASK. What is ASK? Meh, ceq nak habaq mai.
ASK stands for attitude, skills and knowledge.
Ok, nama pun cikgu kan. Mesti la kena ada sikap yang baik. Cikgu ni biasanya menjadi role model kat students. Bukan setakat sikap, kadang tu pakaian cikgu pun akan jadi ikutan students. Jadi, kena la ada sikap yang baik k….
Next, skills. Keje cikgu kan berhadapan dengan manusia. Untuk menghasilkan product bernama manusia, either baik or tak selain daripada deliver knowledge. So, cikgu perlu la ada skills yang bersesuaian untuk mendekati dan membimbing murid selain untuk berhadapan dengan ragam dan kerenah ibu bapa yang perlbagai. Sabar je la kan…hehe... Pegi PBS ari tu pun Hana dah berhadapan dengan berbagai kerenah dan ragam murid...huhu... Memang kena banyak sabar...tapi overall, best r budak2 tu semua...wlpn nakalnya mmg xleh dinafikan, tp semuanyer baik, comel n sweet....
Lastly, knowledge. Nama pun keje dalam bidang ilmu. Keje untuk deliver ilmu. So, cikgu mesti la penuhkan dada tu dengan ilmu. Selain ilmu major kita or kurikulum (contohnya pendidikan Islam ke, English ke, maths ke n lain2). Cikgu pun kena ada additional knowledge. Contohnye, kuasai ilmu tentang ICT (adobe ke, design ke, grafik ke), fotografi (amek2 gambar la…insya-Allah ada manfaatnya), seni (lukis ke, muzik ke, khat ke, tarian ke….macam2 ada…kalu pandai wat backdrobe pun bagus gak tu…huhu). Hana ni sesuke je senaraikan, tp bukannya pandai pun. Tapi at least time ni Hana try utk belajar beberapa knowledge ni. X pandai xpe, asal ada usaha untuk belajar. Kan? Kan?
Ok la…tu je pe yang Hana nak share kali ni. Apa yang bermanfaat ambil. Yang x tu, tinggalkan je dia duk senyap2 kat sini..haha…


Tuesday, March 29, 2011

pANgkOr part 1...

ok...x perlu kata apa2....Hana tau Hana lambat...memang blog ni bersarang...tau2....hehe...bz tau.... byk benda yg jadi...hehe...k la...malas citer banyak2...tgk je gambar2 ni....




ni masa nak bertolak...bukan main punyer lama tunggu bas....sambil2 tu...bergambar la dulu kan?hehe...



Dalam bas, Hana duk dengan Dilah... sebelum bas gerak...bergambar lagi...ish2...mentang2 la kamera sekarang dah xyah guna filem...kalu macam dulu, mesti fikir banyak kali sebelum nak bergambar kan?hehe...


baru je nak gerak, AJK makanan dah bagi roti dah...ish2...dah la tengah malam...sorang 6 buku roti lak tu....huhu....banyak tuh....makmur betul...




sepanjang perjalanan, tidur jap, bangun pulak, then tidur balik...berenti jap kat R&R, pegi toilet la...turun nak beli makanan la...tengok2, xde kedai pun bukak...naik balik...sambung tidur balik...then, sampai la kat Masjid Lumut...berenti untuk solat Subuh....hmmm...


ni la masjid nyer....



lepas tu, kami diberi masa utk jalan2 ke, nak sarapan ke kat pekan Lumut ni...dapat roti lagi...berape ntah...roti semalam pun x abes lagi...
Hana jenjalan dengan classmate Hana yang kepoh2 tu...sebelum start melangkah, bergambar lagi...ish2..problem betul....hehe



ni la hasil jalan2 kami...amek gambor...x abes2...tp time ni Hana banyak amek gambar permandangan je...cantik sangat sunrise kat sini....^^



posing jap kat taman gading ni...haha..




ok...gambar ni edit sket...bagi nampak lebih merah...nak habaq mai sunrise la katakan....gambar asal dye pun cantik gak...



ni la gambar penuh taman gading tu....cantik....^^



ni gambar matahari naik...sunrise~....say what anak murid sekalian? subhanallah....indah betul ciptaan Allah....



ok....then, naik bot utk ke pangkor....1st time Hana nak naik bot besar...sebelum ni penah la naik bot kecik....takut jugak kalau muntah sbb mabuk laut ke...tapi Alhamdulillah la benda tu x terjadi... then, pe lagi? bergambar lagi....huhu...



pose, jangan x pose...




another pose...tp spoil sket ada makcik kat sebelah ni...hehe....



jom pose ramai2!!hehe....classmate Hana sorg pun xde....dah tertidur kat bawah...ish2




bila dah sampai kat pangkor, ada agen dari resort yang akan kami menginap dah tunggu. dye suh naik van. kami pun naik la ramai2....laju gak r uncle tu bawak...huhu...dalam perjalanan tu, nampak la ramai orang berarak...bukan berarak maulidur rasul tau...rupanya hari tu ada penutup perayaan Hindu la...perayaan apa ntah...macam thaipusm je gayanyer...jangan pelik kalu tengok orang cina pun ada sekali yg join sbb kat sini, ramai gak cina yang beragama Hindu...ooo....baru Hana tau....:O
sakit kot tengok dyorang cucuk2 kat badan...ada yg x sedar pape dh....dalam khayalan...kalu ayat mak, turun tok nenek dah...atau ayat yang ramai orang faham, macam histeria gak r....



ni lagi satu....



ok...bila dah sampai, ada taklimat sket...bila dah dapat kunci bilik masing2, sumer lesap...ada yang tidur, ada yang mandi....lepas mandi, Hana sompek jugak tidur sekejap...letih2....lagipun katil empuk sangat...ecehceh....

lepas tu,pegi survey tempat untuk aktiviti pertama...ice breaking...aktiviti tu Abg Fudhail, Qilah n Hana yang incharge....


ok...ni geng yang gong sbb dyorang geng 50sen....haha...gong gurau2 je....sumer ok...=)



ni geng 20sen n 5sen...cian lak...teruk tul sape yg incharge ice breaking ni kan? anak org mahal2. letak 5sen...hehe...x patut betul..=P


ni cheers group abg job...pasai pa ek? lupa lak Hana...kalau x silap group alatan rumah...kipas la, air-cond la....mcm2...sape punyer keje?kami jugak....hahaha...


semangat betul abg Maula...."begini ye murid2....raise up ur hand n say bakor je!" haha....doa je la abg Maula x jumpe blog Hana...kalu jumpe, jawabnyer, Hana yg dibakornyer.....huhu...takut2....



ni bukan aktiviti timbang pencil case...tp actually dyorang kena wat bakul guna tali rapia tu....bakul cap ape la yg dyorang hasilkan ni, xtau la....



bakul segi tiga gamaknyer...hahaha



ni dah macam bakul sarang layang2 dah rupanya.....kuikui...

petangnya aktiviti bebas....so, ramai la yg wat hal sendiri...beli belah la...jalan2 kat pantai la....
Hana n classmate Hana n also Sue sewa basikal kat Ombak Inn..
.sejam RM4...tp owner dye ckp, lebih sejam pun xpe....bagus2...
kitorg round2...best sgt2...smpai ke jalan nak g air terjun kitorg explore...huhu
bila jumpa member2 PRS gak, mula la gong sket....hahaha...
ada jugak Hana nampak sesuatu...
sesuatu yang buatkan Hana ingatkan pada diri agar kalu suatu hari Hana dikurniakan cinta...
janganlah cinta itu menghanyutkan Hana...
membuatkan Hana tinggalkan cinta pada Allah....
cinta memang sukar untuk dipupuk agar tetap selari dengan syariat...
namun, sebenarnya cintalah yang akan membawa kita pada syariat yang sebenar...
kerana cinta yang hakiki hanyalah cinta pada Ilahi...
Ya Allah, berikanlah kekuatan iman padaku...
peliharalah hatiku daripada segala godaan syaitan.....ameen....


malam tu ada aktiviti kembara malam sebenarnyer...Hana duk belakang sekali...huhu..
memang nanyer la...tali diputuskan...
mentang2 Hana ni x berape nak besar, dyorang tarik Hana...ish2...
x pasal2 Hana wat aksi romantik dengan Syahirah...
peluk dye dari belakang malam2 buta tu....hahaha
tapi, overall actually aktiviti tu utk bg pengajaran kat kami...
credit to ust Ali Imran n all MT .... ^^



haaa...seronok sanagt mengerjakan orang time ice breaking....time sukaneka ni, memang betul2 dyorang balas dendam semule....serius penat...tunggu la Nad n Dayah....ada peluang, Hana balas dendam balik...hahaha


ni bukan nak wat aksi terlarang ek....ni nak pass getah urai melalui straw tu...lenguh gler kot main game ni...


makan, jangan x makan sue...haha...ciannyer....sue pun diharap x jumpe la blog ni ek...kalu x memang nahas la Hana....kena wat wasiat awal2 ni...ish2...



kami la mangsa yang dikerjakan oleh geng sukaneka....huhu... T_T



petang tu, kami g snorkling...best gak r....huhu...tp gambar xde...x sempat nak copy dari Abg Maula, kamera dye kan canggih, leh masuk dalam air...huhu...xtau la nk minta bila, skrg pun dye dh praktikum....huhu...



k la...tu je kot....byk lagi nak share citer sebenarnye....cuma kekangan waktu tu yg xleh blah tu...k r...semoga kita semua pandai memanfaatkan waktu yg ada....maaf atas segala salah n silap sepanjang kursus PRS kat pangkor ni ye....tq to all members....terbaikla!