CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, May 7, 2011

Addicted to adobe photoshop! #2

Assalamualaikum semua...hopefully u all sihat la ek...
Actually, Hana ingat nak upload article sal EDU 3102: Perkembangan Kanak-Kanak. tp x siap lagi la... Then, terasa lak nk upload gmbr2 yg diedit di celah-celah kesibukan sekarang ni... (Baru abes program Minggu Untukmu Palestin...huhu..alhamdulillah...)
K, enjoy la dengan gambar-gambar kat bawah ni...ambil manfaat (kalau ada) ye...

ni classmate (sempat 3 minggu je) kat matrik dulu minta tlg wat...gambar laki tu bukan dye ek...gambar sape ntah...Hana upload je dari internet sebab dye x bagi gambar sendiri..huhuh


Gambar ni lak, Hana ambik dari atas bukit dekat dengan masjid IPIS tuh dekat2 nk maghrib...hehe...guna kamera baru...tapi bukan DSLR la...nk suh mak marah beli DSLR?huhuh


gambar ni pun sama la...



Gambar ni time kat The Mall...kami nk g book fair n jalan TAR....huhu...shopping sket..


Ni gambar masjid IPIS....huhu...promotion suh g masjid... ^^


Ni 1st trial Hana wat banner...huhu.. x lawa...


Lepas tu, ni the second trial...juga promotion nk ajak org g masjid...hehe... ^^


ni sama je design, tp kata-kata je lain...


this is xoxo...hehe....


another xoxo....like their expression....

Thursday, May 5, 2011

05 Mei...

"Sunshine fades and shadow falls, but our memories remain always..."




Kenangan yang sangat bermakna dan tak boleh dilupakan.... Kem PRS peringkat sekolah di Angullia Beach House Resort, Marang pada 04-05/05/05... Hanya kenangan manis yang tercipta di sini, segalanya indah...

The next year, aku kembali lagi ke sini untuk mengikuti Kem PRS Peringkat Negeri Terengganu 2006. Sekali lagi, begitu banyak kenangan indah yang tercipta di sini...

Namun, semasa baru menjejakkan kaki di sini, kenangan indah 04-05/05/05 membuatkan aku sebak... Kenangan indah itu seakan parut di hati ini setelah salah seorang PRS yang turut menyertai kem PRS peringkat sekolah pergi meninggalkan kami selamanya....

Al-fatihah buat Arwah Muhammad Fakhrul Iqram Bin Ghazali yang kembali ke rahmatullah pada 04/01/06 akibat darah beku di dalam otak kerana kemalangan pada 01 Ramadhan... Semoga roh Arwah tenang di sana...kepada semua ahli PRS lain yang terbaca post ini, teruskan perjuangan di bumi Allah ini... Semoga Allah merahmati kita semua....


bilakah bibir ini akan kembali memekarkan senyuman seumpama ini lagi?



Kita membawa haluan masing-masing mengikut haluan sendiri... Semuanya berpisah jauh dalam kembara perjuangan jihad menuntut ilmu atau ada yang telah mengemudi bahtera perkahwinan... Walau di mana pun kita, ingatkah semua, kita pernah bersama? Pernah bersatu di bawah satu bumbung yang digelar ukhuwah... Ukhuwah fillah abadan abada...

"U I LOVE"


Untukmu Teman by Brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya





"Sunshine fades and shadow falls, but our memories remain always..."

Thursday, April 28, 2011

cinta yang kecundang...


hmmm... lamanya x post artikel kat blog. Nak cakap bz, xde la bz sgt compare to last week. Tapi entahla, xtau nak tulis apa...

Hmmm...Malam ni tetibe nak cakap sal cinta. Tapi sal cinta yang terputus di tengah jalan..Macam ada pengalaman je Hana?hahaha...

Cinta tu penting sangat ke? Kalau tanya Hana, "Yes! very important". Kalau kita cintakan seseorang, kita akan sanggup bahayakan nyawa sendiri, korbankan apa sahaja demi insan yang kita cintai tu. Kalau x, xde la orang sanggup korbankan maruah diri demi insan yang dicintainya tu kan? Tapi, jangan la ambil contoh ni. Perbuatan yang sangat kurang cerdik tu... Hana bagi contoh pengorbanan demi cinta lain yang lebih cerdik. Seorang bapa/ibu sanggup meluru dalam rumah yang sedang dijilat api semata-mata untuk menyelamatkan anak mereka kat dalam tu. Kalau ikut logik, buat apa nak bahayakan diri sendiri kan? Ada probability untuk mati tu. Tapi demi rasa cinta yang mendalam terhadap anak, sang ayah/ibu sanggup menggadai nyawa sendiri. (Mak! Ayah! Hana sayang mak n ayah...hukhuk)

Namun, fokus Hana malam ni, nak bercerita tentang putus cinta. Sakit kan putus cinta. Perit untuk ditanggung. Macam sesetengah orang, kapel bertahun-tahun, tapi lastly putus di tengah jalan. Ada jugak orang yang bertahun-tahun pendam perasaan kat seseorang tu, last2 1 ari dapat kad undangan kahwin orang tu dengan orang lain. Sape x sedey kan? Tipu sangat la kalau cakap bleh cool je kalau hadapi situasi mcm tu. Rasa macam dunia ni terhenti je...

Tak hairan la sampai ada yang cuba bunuh diri bila cinta terkandas di tengah jalan. Ada yang start ambil dadah or rokok dengan alasan nak tenangkan hati (tenang la sangat). Kalau setakat menangis tu biasa sangat la kan.

Tapi berbaloi ke kita kehilangan nyawa demi orang yang tak menghargai diri kita langsung? perlu ke kita dera diri kita demi orang yang tak sayangkan kita? Padahal ramai lagi yang sayang dan cintakan kita. Keluarga kita, rakan-rakan kita, dan yang paling penting, Pencipta kita iaitu Allah. Takkanlah disebabkan cinta terkandas di tengah jalan, kita dah hilang ingatan akan insan dan Allah yang sayangkan kita sangat-sangat?

Sekiranya anda menghadapi situasi putus cinta ni (Hana x doakan ek), terapi yang terbaik adalah kembali kepada fitrah kita iaitu kembali kepada Allah. Hanya Allah yang mampu mengubati luka di hati kita. Hanya Allah yang mampu mencintai kita setulusnya. Hanya cinta dari Allah cinta yang sebenar-benarnya.

Banyakkanlah solat sunat (taubat=mungkin kita banyak bergelumang dengan maksiat semasa kita berkapel/menaruh perasaan pada si dia, hajat=agar kita dapat lupakan dia, hati menjadi tenang dan bertemu insan yang lebih baik dari dia, tahajut=agar diri lebih tenang n lebih dekat dengan Allah, dhuha=agar dimurahkan rezeki dan lain-lain solat, buat je, insya-Allah hati akan menjadi lebih tenang). Banyakkan baca Al-Qur'an. Bacalah terjemahan ayat2 yg dibaca. kalau faham sendiri lagi bagus. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak ayat dalam Al-Qur'an ni yang memberi nasihat supaya hati lebih tenang. Al-Qur'an ni kan surat cinta daripada Allah untuk kita. Puasa sunat (kalau dah habis ganti puasa la). Puasa ni kan boleh tundukkan nafsu kita. Bila nafsu kita tunduk pada keimanan, xde la kita ingat sangat kat si dia kan? Selain tu, bersyukurlah atas takdir yang dah ditentukan sebab segala yang terjadi tu adalah untuk kebaikan kita. Allah dah terangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 yg bermaksud: "Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu....." Allah nak mengangkat darjat kita la tu. Mungkin jugak Allah nak kurniakan insan lain yang lebih baik untuk kita. Handsome macam Asyraf Muslim ke...haha..

Ok la...rasanya tu je kot. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa Allah timpakan ujian ni kat kita tau. Kan Allah dah bagitau kita dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yg bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." Kalau nak banding ujian putus cinta ni apa sangat la dengan ujian yang dihadapi oleh Nabi2 terdahulu, sahabat2 Rasulullah dalam menegakkan Islam. Malu la kita kalau hanya sebab ni, sampai nak bunuh diri kan?

K....renung-renungkan dan selamat beramal.... ^^



~Parutnya mungkin masih ada, tapi parut itulah nanti yang bakal mematangkan kita....

Sunday, April 17, 2011

di saat ini, aku amat mendambakan-Mu....

Frust?marah?upset?hmmm....semua tu memang bermain je kat hati ni.... tapi perlu ke nak marah? perlu ke nak lepaskan kat orang berkenaan?hmmmm....

Entah lah....bila difikirkan, marah pun x guna... Kita tak boleh banding orang lain dengan kita... Kenapa saya boleh je buat? Sedangkan saya lagi la sibuk... Saya pun letih jugak, tapi boleh je ke sana, ke mari lagi. Boleh je siap assignment. tak pernah pun tiru orang lain nyer... Boleh je, boleh je n boleh je....

Tapi orang lain berbeza Hana oi... Bukan semua orang sanggup nak berkejar ke sana ke mari, bukan semua orang sanggup gadaikan masa tidur untuk buat kerja persatuan... bukan semua orang sanggup tangguh waktu makan gara-gara sibuk dengan aktiviti.... Setiap orang berbeza Hana...

Time sedey ni, nak ngadu kat pakwe pun xleh....xde pakwe...haha...tapi Hana kan ada kekasih.... Allah kan sentiasa ada di sisi kita....innallaha ma'ani... ^^

Kalu nak kira, Hana pun banyak kekurangan... so, Hana kena ingat tu.... Jangan terlalu cepat untuk marah, kecewa n frust.... Insya-Allah ni adalah satu ujian, satu tarbiyah, satu pengajaran yang cukup bernilai.... Hadapilah dengan senyuman.... =)

So, kepada yang berkenaan, jangan risau, Hana tak marah (wlpn td menggunakan nada yg agak tegas). Hana just need some space to comfort my heart...

Wednesday, April 13, 2011

Addicted to adobe photoshop!

Salam, pe khabar semua? harap2 semuanyer sihat dan gembira selalu ye...
(wlpn Hana agak bersedih sekarang... T__T)
K, r..kali ni Hana nak share sket gambar sal adobe photoshop... Hana ni memang x pandai sangat pun adobe photoshop, tp Hana sangat berminat dengan benda alah ni...mungkin sebab kecik2 dulu, Hana suka sangat tengok gambar kot...Adobe ni kan bermain dengan gambar...so, sebab tu la kot....
Post kali ni, Hana nak upload gambar hasil kerja dalam adobe... Thanks to ezhan artwork yang banyak post tutorial adobe photoshop kat blog dye...sangat menarik dan mudah difahami. selain tu, dye jugak x lokek ilmu. bila Hana tanya soalan kat fb dye, dye sudi jawab n ajar Hana walaupun dye bukannya kenal pun sape Hana ni.. entah2 orang jahat kan?hehe...
tak dilupakan kat sorang kawan Hana ni, En Muhammad Faiz Bin Ahmad Fauzi. he admit that he doesn't know much about photoshop, tp kalu Hana tanye soalan, dye berusaha cari tutorial kat internet, then bagi link kat Hana.... Thanks Faiz... ^^ (jgn sengih sorang bila baca post ni ek...huhu)
k la...selamat mencuci mata tengok gambar2 kat bawah ni...




ni gambor time lunch kat equatorial last year...time ni, Hana jadi bendahari..penat gler kot....


ni laporan dokumentasi untuk exco dakwah yg Hana wat...laporan sal forum "awas! jerast valentine's day" best sangat, rugi kalau korang terlepas...huhu


ni gambar download dari internet, nak apply teknik licinkan muka dari ezhan...huhu

ting! ni la hasilnyer....licin kan?no need to use fair n lovely lagi dah...haha


this is my classmate, cik mar...dye suh gemukkan muka dye???apa ke pelik nyer tu? besenyer Hana dapat request suh touch up muka suh nampak cantik, skali dye suh gemukkan...xpe2, untukmu cik mar, cik Hana wat...Hana wat benda ni time ambang merdeka last year...haha
Hana penah citer sal merdeka kan? kalu x ingat, tgk sini

ni la cik mar versi terlebih makan burger...hehe...dont worry my dear, u still look cute...muah2



ni salah 1 book mark yg Hana wat utk Persatuan Seni Khat Islam IPIS (PERSIS)...credit to ezhan sbb ajarkan Hana masa Hana tnye kat fb ari tu...tak lupa thanks to Faiz yg bertungkus lumus cari tutorial utk Hana, tp Hana wat x jadi gak...rupanya senang je nk wat transparent tu...haha


ni carta organisasi PERSIS last sem...hepi bila tgk kat board jabatan Bahasa Arab tu sbb yg ni hasil kerja Hana... ^^



ni gambar kat Lumut...time sunrise, tp Hana edit bg jadi cam sunset...credit to Faiz sbb bg tutorial utk jadikan gambar nampak cam sunset... ^^


ni gambar time kitorang merayap-rayap kat belakang IPIS....saje je edit gambar ni...sape la budak kena kurung tu ek?haha




ni plak time lps sarapan waktu majlis qiamullail ahad lepas....sje je suke2...Hana kan suke amek gambar (wlpn just guna kamera handset jek...hukhuk...sob2.. T__T




ni yg terbaru...segar dari ladang!haha...baru wat pagi tadi time gerko...huhu...shhhh!!! jgn gtau Madam Anisah...huhu...kalau nk salahkan, salahkan ezhan, sbb dye post tutorial ni kat blog dye...haha...gurau jek...tq ye ezhan sbb post tutorial sal ni...rasa best la plak bleh wat something yg pelik sket camni...bese Hana just touch up gambar je...huhu


tu je la kot....lain kali, kalau byk hasil lagi, Hana post lagi ye...


~"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah: ayat 216)
~tenanglah duhai hati.... -_-

selamat hari lahir wahai abang kesayanganku...

Alkisah kegilaan menyiapkan tugasan PBS yg auranya memang lain la dari asignment2 sebelum ni.... Rasa macam buat, tp benda alah tu x luak2...huhu... Pegi PBS teramat la best, tapi nak menyiapkan laporannya, 'lagi la best'...huhu

Oleh sebab dalam kepala asyik duk tepu dengan tugasan ni je, Hana terlupa sesuatu yang amat penting. BIRTHDAY ABG MAT!!!!!!
Masa ingat tu, dah dekat kul 7 pagi....then, cepat2 la berlari dari toilet, balik bilik, capai phone, then tekan no 013-XXXXXXX. Bila abg Mat jwb je, terus wish, "Sanah Helwah Abg Mat!".
Tapi sayangnyer, Abg Mat dah majuk.....hukhuk... T__T....sebabnyer, sumer lupa...sumer bz... Maafkan kami wahai Abg Mat. Memang siyes lupa... Harap, kalau la satu ari nanti Abg Mat jumpa blog Hana ni, Abg Mat akan rasa hepi n terharu.... Post khas, especially to you Abg Mat, my beloved brother....Selamat Hari Lahir yang ke 27 pada 12 April 2011.....
Doa saya, agar Abg Mat sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dalam mejalani hidup ini, dimurahkan rezeki dan diberkati hidup...ameen....

~memori raya 2010~


~ikhlas dari adikmu, Kak Ni....

Monday, April 4, 2011

BENGKEL KREATIF SENI KHAT

ok, kali ni, Hana nak promote bengkel yang akan dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Islam IPIS (PERSIS), iaitu bengkel kreatif seni khat. disebabkan Hana AJK Publisti utk bengkel ni (turun pangkat...hahaha...actually, Hana dah sedia busy, so lebih baik la x jadi S/U. Tq nisa yg memilih Cik X yg jadi S/U utk bengkel ni). lega sket ceq. Okey la...selaku, AJK Publisiti, ni ha, Hana promote bengkel ni kat sumer follower or readers blog Hana ni (wlpn sbnrnyer follower mmg x ramai n sorang dua je dak IPIS...hahaha)



poster ni Hana wat tau...(tgh addicted bljr adobe lps follow blog ezhan. sampai xde mood nk wat asgnmnt sbb asyik duk beradobe photoshop...ish2...kalau ada masa, Hana upload gambar2 yg Hana edit n wallpaper yg Hana wat guna adobe wlpn xde la sehebat ezhan tu....tp at least puas hati la sebab buat sendiri kan)



semua warga IPIS djemput untuk mnyertai bengkel kreatif seni khat.anda akan bpeluang utk mhasilkan khat di atas arcyclic board. tulisan khat sudah disediakan oleh khutot2 IPIS yg b'pengalaman iaitu ust Hafidz (PISMP 7.03),Khairunnisa (PISMP 1.01) & Akmaluddin (PPISMP 2.07).tulisan khat yg akan dhasilkan ialah doa2 cthnya doa masuk & keluar masjid.penyertaan boleh dihantar selewat-lewatnya 8 April 2011. bersama kita meneruskan perjuangan khat di bumi IPIS.... ^^