CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Thursday, July 21, 2011

PENGERTIAN IHSAN

Nabi Muhammad tlh menjelaskan tentang pengertian ihsan di dlm 1 hadis yg pnjang yg tlh diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab:
قال فأخرين عن الإحسان قال : أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه براك.
Maksudnya: Jibril a.s. bertanya kpd Rasulullah ttg penertian Ihsan, Nabi menjawab: ihsan itu ialah kamu beribadat kpd Allah seolah-olah kamu melihat Allah & kalau kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat segala perbuatan kamu (riwayat Muslim).
Nabi Muhammad juga tlh menjelaskan pengertian Ihsan di dalam 1 hadis lain yg diriwayatkan oleh Syaddad Bin Aus r.a.:
إن الله كتب الإحسان على كل شئ، فإذ قتلتم فأحسنوا القتلة، فإذا ذبحتم فأحسنو الذبحة، وليحد أحدكم شفرته، وليرح ذبيحته.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan Ihsan kpd semua perkara. Jika kamu berperang menentang musuh elokkan cara peperangan kamu. Jika kamu sembelih binatang, elokkan cara sembelihan kamu, rehatkan ia dan tajamkan pisau sembelihan kamu (Riwayat Imam Muslim).
Syeikh Salih Ahmad Redha (1990), menerangkan maksud ihsan yg boleh disimpulkan dari ekdua-dua hadis di atas ialah:
Melakukan ibadat dengan khusyuk, ikhlas & yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang kita lakukan.
Melakukan ibadat dengan teratur, tekun dan sempurna;
Sentiasa mengingati Allah & memuji-Nya kerana Allah sentiasa mengawasi gerak-geri kita;
Sentiasa melakukan kebaikan & ihsan kepada jiran tetangga;
Ihsan kepada kedua ibu bapa  dengan menghormati kedua-duanya;
Ihsan kepada anak2 dengan memberikan pendidikan agama sebaik-baiknya;
Ihsan kepada isteri dengan melayaninya dengan baik;
Ihsan kepada manusia dengan melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran; dan
Ihsan kepada binatang, alam sekitar dan dunia.

Monday, July 18, 2011

MALAYSIA-LIVERPOOL

Weekend baru ni, Hana balik rumah kakak sebab nk ajar adik. Adik ada interview scholarship (doakan adik Hana berjaya ek). Kebetulan, hari sabtu tu, ada perlawanan antara Malaysia menentang Liverpool. So, Hana berpeluang la tengok (kat hostel xleh tengok, xde astro T___T). So, perlawanan Malaysia menentang Arsenal sebelum tu, sure la xleh tengok. Sebagaimana yang kita tau, Malaysia kalah teruk, 4-0. Bila Hana tengok gol2 kat youtube, memang agak kecewa la....

Sepanjang menonton perlawanan Malaysia menentang Liverpool ni, kitorang memang excited la sokong negara sendiri (ye la, sape lagi nak sokong Malaysia kalau bukan rakyat sendiri kan). Kami x mengharapkan Malaysia akan menang sebab sedar akan kehebatan Liverpool, tapi kami mengharapkan suatu persembahan yang hebat daripada pemain Malaysia. Dan benar, pemain Malaysia telah mepersembahkan permainan yang cukup baik terutamanya penyerang. Tak dinafikan, ada beberapa scene yang menampakkan semangat pemain agak down dan lalai sehingga Liverpool memperoleh 3 gol berturut-turut, menjadikan kedudukan 4-1. Namun, cubaan daripada Safee Sali yang hampir2 menjaringkan gol telah berjaya menyuntuk semangat pemain Malaysia yang lain sehingga berjaya menjaringkan 2 gol selepas itu. Namun, lepas tu, Liverpool sumbat lagi 2 gol sehingga minit terakhir menjadikan kedudukan 6-3.

Hana x kecewa dengan permainan pemain Malaysia yang telah berusaha bersungguh-sungguh. 3 gol yang dihasilkan pun semuanya cantik2. Memang prestasi permainan Malaysia semakin baik. thumbs up! Namun, Hana kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang 'menukar kewarganegaraan' mereka pada malam tersebut. Stadium dipenuhi dengan penyokong yang memakai jersi berwarna merah. Masa Hana duk tunggu kakak datang amek kat komuter Klang pg tu pun, Hana nampak 1 family India tu pakai jersi Liverpool anak beranak. Tapi Hana x sangka la sampai penuh 1 stadium pakai jersi merah. Ni bukan perlawanan Kelantan menentang negeri Sembilan. Kalau Kelantan lawan Negeri Sembilan, stadium penuh warna merah, Hana x kisah. Ikut suka korang la. Tapi ni perlawanan Malaysia menentang negara luar. Show sket la ur support kepada negara sendiri. Kalau memang korang peminat tegar Liverpool sekalipun, sokong la Liverpool pada bila2 masa, tapi bukan pada perlawanan menentang negara korang sendiri. Perlawanan kat Bukit Jalil, tapi macam perlawanan kat negara Eropah. Mana pemain x kecewa, x gentar lihat rakyat sendiri sokong musuh? X dinafikan bila ada gol Malaysia, setengah dari korang turut bersorak. Tapi melihat penyokong berjersi merah bersorak menampakkan macam penyokong musuh memerli je. Ada yang lagi teruk, siap boleh perli lagi pemain Malaysia yang buat silap. Kalau korang pandai sangat, korang sendiri la main.

Diharap agar penyokong2 sedar akan perkara ni. Hana mungkin x layak bercakap sebab Hana bukan peminat tegar bola sepak. Hana hanya semangat tengok bola bila perlawanan tu melibatkan Malaysia atau Kedah sahaja. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, Hana rasa Hana perlu menyuarakan pendapat Hana ni. Kalau rasa xleh terima, ikut suka korang la...




p/s: x sempat tengok Badrul Bakhtiar main sebab tengok lambat... T_____T

Saturday, July 16, 2011

UNFORGETTABLE MEMORY EVER AFTER

First of all, Hana nak gelak puas2 dulu...hahaha... Apa khabar semua? Hopefully semua sihat dan bagi yang Muslim, semoga mampu mengerjakan ibadah dan dapat meningkatkan lagi ibadah tu (dh bulan Sya'ban dah ni).


Mesti ada yang tertanya, kenapa unfrogettable memory? Best sangat ke memori tu? Hana pun xtau nak describe best ke x, sbb Hana sendiri pun xtau best ke x, tapi memang satu pengalaman yang takkan dilupakan la Hana rasa, kecuali kalau hilang ingatan...hehe... Tapi, kalau hilang ingatan, mesti ada pihak yang tunjuk, blog ni Hana punyer. So, Hana bleh la baca balik kan.hehe...


OK, alkisahnya, Hana pegi Alamanda dengan Laila (1 of my classmate) di suatu petang Jumaat yang hening (xtau la hening ke x, rasa biasa je...hehe). Kitorang pun membeli belah dan jalan-jalan sementara menunggu waktu berbuka. Tapi, actually, kitorang banyak abeskan masa kat MPH je. Usha buku. Tau je la Hana, xleh nampak buku, mesti mata jadi *bling2*. Ala-ala makcik2 nampak barang kemas. Camtu la gayanyer. padahal banyak lagi buku yang x sempat nak baca. (Buku Bahtera Penyelamat tu Hana, bila nak abeskan? Nanti kang nak bentang dalam usrah dakwah....hehe). Sempat la rembat 3 buah buku. Mencintai Suami Jangan Separuh Hati buat Kak Sofie (kakak usrah) Hana yang melangsungkan perkahwinan cuti lepas. Kan Hana ada citer dulu, leh tengok sini kalau lupa. Apa punyer adik usrah la, dah lama kakak usrah kahwin, baru sekarang nak bagi hadiah....ish2.. Buku kedua, Hana beli buku Travelog Impian Abadi Itu Yang Tertulis. Buku ni, cadangnya nak hadiah kat roomate. Birthday dia dah nak sampai. 27 Julai ni. Last book, Hama beli buku La Tahzan Kerana Cinta. Buku ni untuk Hana la pulak, xkan bagi kat orang je semua kan? hehe...


Selain buku, Hana beli jugak baju untuk Haziq n Iman. huhu... Ingat nak belikan hadiah hari lahir untuk kakak kedua, tapi xde yang berkenan la pulak. Birthday kakak bulan 4 ari tu lagi dah...huhu... Sabor je la dapat adik cam Hana...haha.. Teringin jugak nak belikan kasut untuk Aleya n Firdaus, buku untuk Mashitah n Mastura, tapi kasut untuk Aleya tu, mahalnye... Buku2 pulak, xde yang berkenan la...huhu... Then, beli barang sket la kat Carefour.


After that, tiba la masa nak sungkei (iftar, berbuka puasa). Lepas berbuka, g la surau. Tengok ramainya orang. So, we decided nak solat kat IPIS je. Kitorang pun melangkahkan kaki ke tempat parking. Pegi la kat P1. Cari2 motor, x jumpa. Aik? Camne leh x jumpe? Silap flour kot. So, kitorang naik P2, cari2, lagi xde. Sebijik motor pun xde. Cari lagi, naik P3. P4, P5. Pun  tetap xde. xkn kat P6. P7 kot? x logik. Hana dah pucat dah. Kalau tores muka time tu, memang x keluar darah r. Dalam otak duk fikir, cmne nak menjawab kat kakak, ayah, abg, mak... Comfirm lepas ni no more 2nd chance. Ko jalan kaki la Hana kat IPIS tu. Kalau nak keluar, pandai2 la cari teksi.


Oleh sebab waktu Maghrib dah nak abes, kitorg g solat dulu. Dalam doa tu, memang x henti2 meminta agar dipertemukan balik dengan motor tu. Lepas tu, pegi cari lagi. Pun xde... Hwaaa...ni yang rasa takut gler ni. Kitorang pun decided la call Pijan sebab Pijan ada kete. In case kalau x jumpa jugak motor, bleh la tumpang balik sekali. Tapi Pijan plak ada kat luar. Dia suh call Hafiz, sebab takut dye sampai lambat. Masa cakap dengan Pijan ni, mata dah berair dah.... Hwaa... Lantak la nak kata Hana manja pun. Takut maa... Lepas tu, call Hafiz. Masa ni memang dah nangis. Tak malu lagi dah kat Hafiz. No control2, ni memang natural abes r. Hafiz suh rilek, tunggu dye datang.


Lepas tu, kitorang pegi kat security room. Minta dyorang tolong carikan motor. In case kalau hilang pun, senang sket nak wat police report nanti. Awal2 dyorang dh cakap. Salah tempat ni, kitorang cari. Masa tu, memang berharap, xpe la salah tempat cari pun. Asalkan moto x hilang. Lepas dyorang cari, memang motor tu ada lagi. Dah jadi statue dah kat situ parking utara tu. Tapi tuan punyer motor ni pegi cari kat parking selatan... sampai bila2 pun x jumpa. hahahaha...Masa tu la baru rasa nak gelak, malu pun ada...hahaha..


Call balik Pijan n Hafiz, cakap motor dh jumpa. haha... Malu sangat dengan dyorang. Tapi dyorang dah sampai. So, kitorang keluar dari tempat parking, jumpa dyorang kat bulatan. Dah nampak dah dyorang duk sengih2. hahaha... Najib pun ada...ayoyo...Malunyer. Memang kena gelak r dengan dyorang. Then, saing balik sekali dengan dyorang. On the way balik tu, Hafiz berleter jugak la...bla2...xpe la Fiz, time ni Hana bagi peluang berleter puas2. No heart feeling dah time ni. Then, selamat la kitorang sampai kat IPIS. Kat gate pun, Pijan duk perli lagi...huhu...hampeh tol. Memang malu sangat2.


Tapi, dalam malu tu, sebenarnya Hana syukur sangat3. 1st, of course la sebab jumpa balik motor. Alhamdulillah. 2nd thing, syukur sebab dikurniakan kawan yang sanggup bersama kita walau di waktu susah. Hana xde la rapat sangat dengan dyorang, ye la, dyorang kan lelaki. Hana just baik biasa2 je. Tapi, bila dalam Hana kesusahan ni, dyorang sanggup datang. Boleh pulak Pijan call Akmal sekali suh datang sebab takut dye lambat. Tapi Akmal dah selamat kat rumah. Actually dah banyak kali terhutang budi dengan Pijan n Hafiz. Dulu masa hilang nset (actually tercicir kat jabatan Math), dyorang ni la jugak yang tolong. Serius, memang terhutang budi sangat dengan dyorang. Dan sebab dyorang ni la jugak, salah satu sebab Hana still stay dalam biro dakwah walau banyak kali berkecil hati dengan seseorang.


Pengajaran yang Hana dapat daripada incident ni:
1) Jangan lupa tempat parking katne, jangan silap tempat lak cari nanti. hehe..
2) Lain kali, kalau nak keluar tempat yang x biasa keluar, jangan keluar 2 orang atau sorang je. Keluar ramai2 sket.
3) Hargailah kawan dan bantulah kawan2 yang dalam kesusahan.
4) Bersyukurlah dengan segala nikmat yang dimiliki. Jangan dah hilang baru nak hargai.






p/s: Kalau orang yang cakap "buruk perempuan bawak motor" tu belum tentu lagi nak tolong kalau Hana minta tolong dye kan. 

Tuesday, July 5, 2011

HATI WANITA ITU...

Hati wanita itu kata orang keras-keras kerak nasi. Kena air sikit, cair la... Tak dinafikan, wanita itu hatinya lembut, sensitif. Sangat mengambil berat walaupun akan hal yang kecil. Hatinya mudah ditawan andai diberi lebih perhatian.


Namun, lembutnya hati wanita itu, teramat teguh pabila mencintai seseorang. takkan berubah walau dihempas ombak tsunami sekalipun. Namun ia bak sekeping kaca yang nipis. Mudah sekali berderai jika dipermain insan yang dicintai. Pecahnya sekeping hati tidak mungkin lagi dicantum kembali.




Hati wanita itu ibarat pohon yang tetap setia di tempatnya sehingga ke akhir hayatnya walau waktu terus-terusan berlalu, walau zaman telah berubah. Wanita itu sekali jatuh cinta ingin kekalnya selamanya. Walau ada yang berkata, jangan mencintai 100%, namun bagaimana mungkin diri ingin menghalang jika cinta telah diserah 120%?


Hati wanita itu tak punya vitamin K yang bisa membentuk proses pembekuan darah. Sekali ia terhiris, lukanya terus berdarah hingga kering hatinya. Lalu, harus bagaimana hatinya ingin dibuka untuk insan lain bila hatinya tandus bak sahara?


Sering diperkata, diam wanita itu bererti setuju. Namun bisu wanita itu maknanya tiada lagi sekeping hati padanya. Seluruh dunia ini dirasakan kosong tanpa apa yang dipanggil cinta.




Itu semua kata orang, namun Allah itu Maha mengetahui hati-hati hamba-Nya. Hati wanita yang lembut, sensitif, setia itu cukup kena akan fitrah wanita yang dicipta sebagai ciptaan yang sangat cantik, seindah hiasan di dunia menjadi pendamping ar-rijal, penyejuk mata sang zauji. Mampu merubah dunia melalui kelembutan yang dimiliki. Ingatlah, sekali terjatuh, begitu payah untuk bangkit kembali, namun seorang wanita itu, hatinya kuat. Mampu menenangkan orang di sekeliling walau hati terasa walang. Tiada pengubat hati terbaik selain zikrullah dan tilawatul Qur'an. Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta pada yang haq yakni Allah. Andainya tiada cinta di dunia ini untuk hati seorang wanita, maka ingatlah, Allah masih tetap setia mencintaimu. Rabutlah cinta agung itu, mudah-mudahan Allah mengurniakan seseorang yang mencintaimu kerana hatimu, bukan parasmu, bukan jua hartamu.

Saturday, June 25, 2011

Hillary Clinton anggap usaha pro-Palestin provokasi terhadap Israel


WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang misi kemanusiaan aktivis pro-Palestin, termasuk 10 orang dari Malaysia yang akan berlayar menaiki beberapa bot ke tebing Gaza minggu depan, berikutan ia adalah tindakan provokasi terhadap Israel.

“Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Jabatan Negara memberi amaran kepada rakyat AS agar tidak mengambil bahagian dalam misi itu.
Israel yang mengenakan sekatan pelayaran di perairan tebing Gaza, sebelum ini melaporkan akan menghalang kehadiran misi berkenaan.

Seramai 10 sukarelawan Malaysia akan berlepas ke Athens, Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.
Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kedua itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Kira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan menyertai misi kali ini.
“Baru minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan untuk (projek) perumahan di Gaza. Bahan-bahan pembinaan akan masuk Gaza kelak,” kata Clinton).

Clinton berkata pihaknya juga merasakan misi kemanusiaan itu akan mencetuskan provokasi ketika bot terbabit memasuki perairan Gaza.

“Ia akan mencetuskan situasi Israel perlu mempertahankan dirinya,” katanya.
Jabatan Negara AS juga berkata mereka yang menyertai misi itu boleh ditahan, didakwa dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Israel, yang menyatakan mereka akan menghalang sesiapa saja yang cuba melanggar larangan perjalanan dikenakan rejim itu sejak satu dekad lalu.

Sekumpulan 36 rakyat Amerika Syarikat akan menyertai misi kemanusiaan itu.
Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.– AFP/AP/Agens

~berita harian


p/s: sakit hati betul dengan amerika ni! misi kemanusiaan ni masuk bukan nak serang israel pun, nak bantu orang2 Palestin yang dh lama tertindas tu je. Kalu setakat bantuan kemanusiaan, korang xyah risau la akan menggugat keselamatan Israel. Nampak sangat korang ni KEJAM, JAHAT n mcm2 lg. Korang dah serang PAlestin, bunuh orang Palestin, kurung dyorang dalam negara sendiri, jauh sekali la nak tolong. Bila orang lain nak tolong, korang x kasi lak. Paling sakit hati baca ayat dia: “Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini. Memang la x engkau rasa x berguna, sebab x berguna untuk korang. Kalu tolong hancurkan Palestin, baru la korang ckp BERGUNA. Baru korang sanjung, puji. YA ALLAH, bantulah umat Islam di Palestin, Malaysia n seluruh dunia. Hancurkanlah orang2 kafir yg nk menghancurkan Islam ni. YA ALLAH, bantulah kami supaya UMAT ISLAM kembali bersatu. Pening dengan situasi politik di Malaysia yang berpecah belah ni. Orang Islam saling tuduh menuduh, pihak lain sengih je sambil ambil kesempatan.

Friday, June 24, 2011

MAIN DIRI-SENDIRI (SOLITARY PLAY)

"Main diri-sendiri merupakan aktiviti fizikal atau psikologikal, atau kedua-duanya yang dilaksanakan oleh kanak-kanak secara bersendirian. Ia dapat diperhatikan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan umur dua tahun. Kanak-kanak yang bermain diri-sendiri ini tenggelam dalam imaginasi mereka sendiri tanpa mengambil tahu kehadiran atau kewujudan orang lain di sekelilingnya. Namun, terdapat juga unsur main pemerhati (onlooker play), iaitu apabila kanak-kanak ini memerhati kanak-kanak lain bermain seorang diri tanpa menyertai kanak-kanak tersebut bermain."


Haa...tu dia ciri-ciri main diri-sendiri (solitary play). Benda alah ni, korang akan jumpa dalam subjek Murid dan Alam Belajar (EDU 3103). Hana tak belajar lagi tajuk ni tapi terbaca je dalam buku. Saje buat rajin sket..hehe...

Actually, Hana jadi tertarik dengan tajuk ni sebab menurut citer dari kakak ke-2 Hana, Hana ni masa kecik-kecik dulu, suka sangat tidur lambat. Pukul 11.00 pm baru nk tidur. Kalau orang tipu ckp dah pukul 11 pun (walaupun sebenarnya awal lagi), Hana akan tetap nak tunggu pukul 11 mlm yang sebenar gak nak tidur. Tak tau la Hana tau dari mana sebenarnya belum pukul 11, padahal masa tu mana pandai lagi tengok jam kan.

Hana tidur lambat, bukannya duduk saje-saje je. Hana ni suka main. Tapi yang peliknya, kata kakak Hana, Hana ni suka main sorang2. Kalau kakak atau ayah nak main sekali pun, Hana xnak. Hana akan buat dont know je. Hana akan terus main sorang2. Sampaikan dyorang risau. Ye la, kata orang, kanak-kanak ni boleh nampak makhluk halus (jin ke, benda2 lain ke). Jadinya, dyorang risau la, kot2 Hana ni main dengan benda2 alah tu.

Selain main, Hana ni suka melukis@menconteng...haha... Walaupun amalan menconteng tu memang membawa masalah, tapi apa yang lebih peningkan kepala family bila Hana suka lukis perempuan rambut panjang. Ada sekali tu, boleh pulak Hana lukis satu gambar family (ayah, mak n anak), tapi lukisan tu pelik sket. Bila kakak tanye, Hana pun citer. Gambar tu gambar keluarga hantu. Ayah hantu, mak hantu n anak hantu. Kakak memang risau betul time tu...hahaha...

Tapi bila belajar benda ni, rupanya Hana ni x pelik la kan? Normal la tu, main sorang2, tenggelam dalam imaginasi sendiri...haha.. Lagipun, bila dah besar, Hana ok je...sama je macam orang lain. Tapi bab tidur lambat tu memang melekat sampai sekarang. Anak abang si Iman tu (yang lahir sama dengan Hana tu-13 Jan) pun dah start tidur lambat. Abang dah mula risau dah, takut jadi macam Hana dulu. Alamatnya penat la dia nak berjaga tiap2 malam. Mana letih keje lagi...hahaha... Nasib la Abg Mat...haha.. Jangan risau, insya-Allah Iman tu akan jadi baik n comel macam Hana...haha... (masuk lif, tekan sendiri ^^)

Sunday, June 19, 2011

MeREmPiT!!!

Assalamualaikum... Halooooo.... hehehe... Memang bersarang blog ni sepanjang cuti 3 minggu.. ^^

Esok dah nak start sem baru. Jadi blog ni pun membuka lembaran barunya hari ni...hehe... Dalam alkisah kali ni, Hana nak citer pasal merempit. WHAT???!!!! USTAZAH merempit???hahaha...

Kisahnyer bermula begini... Oleh sebab payah sangat nak mencari sesuap nasi pada hujung minggu di IPIS dan tambang teksi yg mahal, jadi Hana decide nak bawa motor ke IPIS. Pujuk punyer pujuk ayah, akhirnya ayah benarkan Hana bawa motor. Soalnya sekarang, motor tu ada kat Banting. Jadi untuk membawanya ke IPIS, problem la sikit...hehe..

Hana ni bukannya jenis yang selalu sangat bawa motor. Kalau bawa pun, setakat dalam kampung je. Kalau pinjam motor kawan lelaki pun, setakat g warta n pasar malam je. 2 kali tu je. Jadinya, kecut perut la jugak nak bawa motor ke IPIS. Lori banyak tu kot sepanjang jalan tu.

Dengan iringan doa dan tawakkal, Hana bawa la motor ikut kereta yang dipandu abang ipar (x ingat jalan...huhu). Punyer la concentrate bawak motor. Kalau dulu, kalau dihantar, siap boleh tidur lagi dalam kereta...hahahaha.. Mula-mula 60 km/h, lama-lama up sket... sampai la mencecah 100 km/h (wlpn bagi mat2 rempit, 100 km/h tu apa barang je, tp bagi Hana, memang pecah rekod r...huhuhu). sampai satu masa, rasa kebas sket kat ibu jari kanan...hahaha... Orang lain bawak motor balik kampung jauh2 x macam tu....hahaha

Aksi yang paling mendebarkan yang buat Hana kecut perut sangat-sangat, time tersilap ke line tengah masa kat traffic light (fokus sangat mengikut kereta abang ipar...hahaha). Bila dah hijau, mula r payah nak pegi kiri balik. Dengan kelibat lori besar2 kat belakang yang silih berganti melintas Hana...huhuhu...debor2...

Alhamdulillah, setelah mengharung perjalanan yang dirasakan jauh dari biasa, akhirnya Hana selamat sampai ke IPIS. ^^. Selamat la motor tu kat IPIS sekarang. Sekarang nak kena uruskan pasal pendaftaran kenderaan lak. HEP ni mintak macam2... Adui.... -_-". doa-doakan la urusan berjalan dengan lancar...ameen...



p/s: jangan lupa bangun awal esok (kena tukar waktu kat alarm nset pasni...hehe). dan jangan lupa pakai blazer esok... T___T (uruskan pendaftaran pelajar baru...)
Tak lupa jugak, esok result sem 1 keluar....oh....jangtung seakan melompat keluar... >,<