CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, May 11, 2012

EDU 3104 BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN


Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran

Persekitaran fizikal
• susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
• sumber bahan pembelajaran
• ruang/sudut pembelajaran
• ruang pada dinding
• pencahayaan, pengudaraan dan perabot
• kebersihan

Persekitaran psikososial
• Suasana selesa dan mesra
• bebas daripada ancaman bahaya fizikal
• perasaan yang diterima
• sensitif dan peka kepada perbezaan individu
• suasana yang meransang pembelajaran
• mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
• menggalakkan pembelajaran koperatif
• peluang yang sama untuk semua murid

Peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah)
• ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
• peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
• hadkan bilangan peraturan
• peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
• selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya


PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH

a. Dua Proses
• PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
• PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
• kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
• kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.

c. Dua bentuk pentaksiran
• formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
• sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil

d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.

e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
• kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
• tarikh ujian dan peperiksaan
• menggubal soalan ujian
• tempoh masa setiap ujian
• ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
• soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
• bincang dengan guru mata pelajaran lain
• murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
• biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
• sediakan persekitaran selesa
• benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
• murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
• mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
• pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid


PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
• maklumat ibu bapa/penjaga
• tanggungan ibu bapa/penjaga
• maklumat murid
• maklumat bantuan yang diterima murid
• penyimpanan data peribadi murid


Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
• buku rekod guru kelas
• buku laporan
• buku kedatangan murid

EDU 3104 BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGENALAN

Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1. Pelbagai dimensi
2. Serentak
3. Segera
4. Sukar diramal
5. Umum
Konsep pengurusan bilik darjah
• pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi
• pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:
• menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
• membentuk suasana pembelajaran yang positif
• menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
• menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
• meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
• mengurangkan masalah disiplin
• pengurusan rutin yang berkesan
• murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-
• Perancangan yang rapi
• Guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
• Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang telah dilaksanakan
pengetahuan tentang keperluan murid-murid
• Keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)

Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-
• Memahami objektif pengajaran
• Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
• Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
• Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
• Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
• Pengalaman kejayaan
• Maklum balas yang tepat dan realistik

Pengurusan bilik darjah
1. Merancang
2. Mengelola
3. Mengawal
4. Membuat refleksi
5. menjalinkan hubungan guru- murid

Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:
• Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
• Membentuk suatu suasana
• Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
• Menggunakan masa p&p dengan efisien

Tiga aspek yang dilihat:
1. kualiti peribadi
2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
3. penghayatan dan amalan nilai

Guru yang efektif (mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll)
Guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar)

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:

1. Kandungan mata pelajaran:
Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.

2. Strategi pengajaran
Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh : Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.

3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh : Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.


[with En. Musleh and his wife. He is our EDU 3104's lecturer]


Kemahiran mengurus bilik darjah

Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.

Kemahiran motivasi

Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.

Kemahiran komunikasi

Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.

Kemahiran teknologi

Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

Wednesday, May 9, 2012

Dia datang lagi...

0505 muncul lagi mengikut peredaran masa seperti yang telah termaktub sebagaimana aturan Ilahi...
Selagi kiamat belum tiba, selagi itulah 0505 akan muncul tahun demi tahun...

0505 tahun ini tidak aku tunggu-tunggu... Tapi masih tetap aku ingat... Walau tika itu aku disibukkan dengan berbagai urusan.. Walau 0505 tahun ini aku menghadapi sesuatu yang membuatkan jantungku berdegup kencang.. Pertandingan tempur senjata. Alhamdulillah, aku dapat membuat yang terbaik (even hanya mampu tersenyum di tempat ketiga) walaupun menghadapi masalah mattress yang sangat licin berikutan kami memakai stokin.

Namun, mungkin 0505 tahun ini sedikit berbeza. Mungkin kerana ini 0505 ketujuh. Atau mungkin aku sudah sedikit matang berbanding dulu. Benar, pengalaman itu guru yang terbaik buat kita.

Aku harap, aku akan terus bersyukur atas apa yang aku miliki... Pada perkara yang tidak mampu aku gapai, aku harap agar Allah akan terus memberikan aku kekuatan dan aku percaya bahawa Allaha kan memberikan sesuatu yang jauh lebih baik buatku di masa akan datang.

Tuesday, May 8, 2012

Jangan Tidur Lepas Subuh


Aku tiba di rumahnya. Aku disambut baik oleh ibunya, namun wajahnya yang agak keruh mengesahkan berita yang aku terima sebelum ini.
Dia ternyata telah memungkiri janji yang dimaterai...
Dia ternyata telah curang padaku...
Terasa lemah longlai diriku ini...
Jika aku bukan berada di rumahnya sekarang, pasti air mata ini telah mengalir membasahi pipi...
Biarlah hanya hatiku sahaja yang menangis...

Entah bagaimana, tiba-tiba dia tiba di rumah. Mana bisa aku berdepan dengannya buat masa ini? Lalu kucuba menyembunyikan diri... Untunglah ibunya tidak mengkhabarkan kewujudan aku di rumahnya. Aku diam di situ, menanti saat yang sesuai untuk pulang...

Tanpa aku sedar, tiba-tiba dia datang kepadaku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana dia tahu aku berada di situ. Tak semena-mena, aku terjatuh kerana terkejut berhadapan dengannya...

Dia menghulurkan tangan untuk membantuku... Namun, tidak akan sekali-kali aku sambut hulurannya. Tidak akan lagi setelah apa yang dia buat padaku... Dia yang telah memungkiri janji, yang telah merobek hatiku, mengapa perlu berbuat baik padaku lagi? Hentikanlah semua lakonanmu!

Aku berlalu dari situ... pergi meninggalkan dia... Pergi meninggalkan kisah silamku yang kelam. Pergi membawa hati yang lara... Dia mengejarku. Hatiku menjerit marah. Cukuplah! Hentikan semua ini! Aku tidak mahu lagi melihat kamu! Tahukah engkau, melihat wajahmu seumpama kau siat-siat lagi hatiku. Bukan aku benci, tapi aku terlalu kecewa atas apa yang telah kau lakukan.

Sekali lagi aku terjatuh. Betul-betul di tepi jalan raya. Mengapa lemah benar badanku tika ini? Bukankah aku seorang yang kuat? duhai hati, kuatlah dikau... Sekali lagi tangan itu kau hulurkan... Aku memandang tangan itu dan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan silih berganti...

*tiba2 tersedar dari tidur.... Mimpi apa ni???? Sape yg curang ni? selalu je mimpi, tp lps tu lupa muka org2 yg muncul dlm mimpi....  T____T

~pengajarannya: jgn tidur lepas subuh...x pasal2 pagi2 dh sedih...effect mimpi...

Monday, May 7, 2012

senyumlah...

dari jauh kulihat kau tersenyum manis...
sangkaku, betapa indahnya hidupmu...
alangkah bertuahnya jika aku bisa menjadi sepertimu...
bisa miliki senyuman semanismu...

kurenung matamu...
cuba kuterokai kisah silammu...
namun, yg kutemui hanya pilu...
melihat detik-detik dan saat engkau kehilangan orang yang kau kasihi...
betaoa hancur, betapa remuk hatimu...
namun kau tetap jua dengan senyumanmu...

katamu...
biar pedih di hati...
biar luka menghiris berdarah...
namun pasti senyum kan bisa mengubat semuanya...
walau pasti parutnya kan kekal buat selamanya...

Tuesday, April 24, 2012

BUKU LOG PENGAKAP

Assalamualaikum semua...Fuh...penat betul nak menulis...pagi tadi baru lepas berlari dan lontar peluru...tengahari kena jawab exam...sekarang duk menulis buku log pengakap pulak...bleh cramp tangan...kuikui...

Mesti korang tau buku log tu apa kan? Semua penah masuk unit beruniform dulu kan? Dulu x kisah sangat kena tulis sebab kita memang dah biasa menulis kan? Mana ada keje sekolah menaip dulu (kecuali bila dah naik sekolah menengah, baru la ada sket tugasan yang cikgu nak bertaip). Tapi bila dah kat IPG ni, jarang sangat dah menaip. Even catat nota dalam kelas pun Hana menaip. Lebih cepat dan mudah... Sekali buku log pengakap ni kena tulis tangan...Cobaan betul...haha... Jeles je tengok bdk2 KRS yang main potostat n tampal je tu... Even logo2 pun, kitorang kena lukis sendiri or print logo colourless, kaler sendiri dengan pensel warna..hoho... Mujur cat luna yang Hana beli untuk Literasi Bahasa sem lepas tu ada lagi...

Bila cari kat pakcik google tu, kebanyakan logonyer dah siap berkaler... Mujur la tahu sket pasal photoshop, bleh la edit bagi non colour... So, untuk memudahkan korang, Hana dengan baik hatinyer (sekali sekala nak puji diri sendiri...haha) nk upload logo2 tersebut tanpa warna-warnanya...Mana la tau, lecturer pengakap korang pun sama macam lecturer pengakap Hana... ^^


bendera negeri Selangor


Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)


Lambang IPG


Logo Pengakap Malaysia


Logo Pengakap Dunia



~Bila la Pengakap Perempuan ni nak dapat uniform? T___T

Monday, April 2, 2012

MANSUHKAN PTPTN?

Assalamualaikum semua...
Sekarang ni memang agak hot sket kan pasal hal ni. Ramai mahasiswa yang berdemo untuk menuntut kerajaan mansuhkan PTPTN. Bukan saja berdemo, kat fb pun Hana tengok penuh home tu kawan-kawan post pasal benda ni. Pihak PKR pula berjanji untuk mansuhkan PTPTN sekiranya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan.

Hmmm... Hana ni jarang nak ulas tentang isu semasa kat blog walaupun sebenarnya Hana ambik tahu je. Ulas jugak kat luar blog...hehe..  Tapi sebab isu ni melibatkan sektor pendidikan jugak (walaupun x berapa nak berkait dengan Hana), sebab tu Hana rasa macam nak ulas sikit pasal benda ni.

Memang la best kan kalu pinjaman sebanyak RM20000 n above tu dimansuhkan. Rasa macam heaven je kan? sape x suka dapat duit? Kalu x, Hana pun malas jugak nak keje part time untuk cari duit lebih.

Tapi, boleh bayangkan ke x, kalu seorang mahasiswa dapat lebih kurang RM20000, cuba kali dengan berapa puluh ribu mahasiswa? Agak-agak, mampu ke kerajaan nak tanggung semua?

Hmmm... rasanya semua mahasiswa ni masuk sekolah dulu kan sebelum pegi U? Seingat korang la, time sekolah dulu, duit belanja kita pegi sekolah dulu tu pihak kerajaan yang bagi ke mak ayah kita yang bagi? Tak dinafikan, ada yang dapat biasiswa. Hana pun dapat. Tapi biasiswa tu berapa sangat la kan? Tapi, tak dinafikan yang banyak kos pendidikan di sekolah dulu ditanggung oleh kerajaan, tp still x fully free kan? Lebih kurang jugak, kalu belajar kat IPTA, sebahagian kos pendidikan ditanggung kerajaan. Kalu kerajaan x tolong sikit, lagi mahal kena bayar.

Cadangan saya buat yang bermati-matian menuntut pemansuhan PTPTN tu, cer pegi belajar rajin-rajin, dapatkan pointer tinggi (di samping tu jgn la diabaikan ibadah dan aktiviti lain). mohon biasiswa, then wat leklok time temuduga. insya-Allah dapatlah pendidikan yang percuma dan ditanggung. Jangan terlalu memandang keburukan pihak lain, komen tentang orang lain, tapi x sedar kelemahan diri sendiri.

Pendapat Hana pula bagi propaganda PKR untuk mansuhkan PTPTN sekiranya dapat mengambil alih pemerintahan adalah sangat tak relevan. Bagi saya, ia hanya sekadar untuk meraih undi golongan muda yang tertekan dengan beban PTPTN. Kalau boleh pun, ia hanya akan dapat bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja. Atau negara mungkin akan menanggung beban hutang. Sekiranya, cadangan pihak PKR supaya memansuhkan bunga hutang PTPTN tersebut serta menukar pinjaman tersebut menjadi biasiswa sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang adalah lebih relevan. Dengan kaedah tersebut, mahasiswa akan lebih bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan tidak hanya berfoya-foya atau membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah untuk memastikan keputusan yang cemerlang sekaligus tidak perlu membayar balik pinjaman.

Belajar bersungguh-sungguh bukan bermaksud menjadikan diri sebagai robot, tetapi Islam sendiri pun memerintahkan kita agar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Belajar itu satu amanah, jadi adalah kewajipan kita untuk menjalankan amanah dengan sebaiknya. Belajarlah kerana Allah di samping berusaha meringankan beban ibu bapa dengan memastikan pinjaman bertukar menjadi biasiswa.

Hana tahu, mungkin Hana kurang layak untuk berbicara tentang ini kerana Hana bukanlah salah seorang peminjam PTPTN. Tapi, sebenarnya, sama ada hendak meminjam atau tidak, pilihan di tangan kita. PTPTN bukan paksa pun suruh pinjam. Ye, Hana faham, ramai yang dari keluarga yang kurang mampu. Jadi nak tak nak, kena la pinjam untuk sambung pengajian, dalam usaha mencapai cita-cita.

Hana sendiri pun dari golongan susah. Hana pun xnk terikat dengan PTPTN. Sebab tu Hana tolak tawaran Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dengan Kepujian (wlpn Hana sangat berat nak tolak, Hana minat Kimia). Sebab tu la Hana terima tawaran ke IPG. Sebabnya untuk dapatkan pendidikan yang ditanggung. Jadi, pilihan tetap di tangan kita kan?

Bukan nak promote suh amek ckg, cuma Hana nak tegaskan, kita boleh buat pilihan kita sendiri. Jangan sibuk nak salahkan orang lain sangat. Duduk kat U pun boleh dapatkan pendidikan yang ditanggung dengan cara mendapatkan biasiswa. Ini x, belajar x seberapa (Hana tau Hana pun x rajin sangat studi). Sibuk nak berdemo je. Cuba fikir, mana satu kewajipan dan amanah kita? Belajar kan? Hana x cakap tindakan berdemo tu 100% salah, tapi kalu dah duk maki hamun, dapat jugak dosanya kan?

Ada je kawan Hana yang aktif berpolitik, tapi amanah dyorang dyorang jaga. Kalau yang macam tu, Hana hormati mereka even mungkin berbeza pandangan. Tak salah pun nak menyatakan pandangan masing-masing, tapi biarlah dengan cara yang bertul tanpa mengabaikan kewajipan di pundak kita serta dengan tidak menjatuhkan maruah orang lain.


~Fuh...panjang bebelan Hana kali ni... Harap xde yang nak hentam Hana lepas ni, sbb walaupun banyak kekurangan, tapi rasanya ada benarnya apa yang Hana sampaikan ni...