CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, February 27, 2013

PERBEZAAN SIRAH & SEJARAH


1) a) Huraikan perbezaan di antara Sirah Nabawiyah & sejarah serta jelaskan sumber-sumber sirah dengan terperinci

Sirah
Sejarah
Mengkaji peribadi Nabi Muhammad SAW dalam bentuk reality hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hokum-hukumnya.
Pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Sirah Nabawiyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah SAW sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, maka untuk memudahkan proses pembelajaran, skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek.

Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab “syajaratun” yang bermaksud pokok. Menurut “bapa Sejarah”; Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut Aristotle pula, sejarah merupakan suatu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Beliau turut menambah bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod, atau bukti-bukti yang kukuh.

Tuesday, February 19, 2013

PENILAIAN SUMATIF















KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR



KOMPUTER RIBA
Kekuatan
Kelemahan
Menarik minat murid
Penggunaan masa
Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai

Guru kurang kemahiran
Menjimatkan kos
Kekurangan prasarana
Meningkatkan motivasi murid

Penguasaan teknologi yang lemah
Interaksi dua hala


PAPAN TULIS
Kekuatan
Kelemahan
Membantu guru menjelaskan konsep melalui tulisan
Murid cepat bosan
Menjimatkan kos
Penggunaan masa
Mudah penggunaannya
Komunikasi satu hala
Sesuai pada semua peringkat
Kurang perhatian guru

MODEL
Kekuatan
Kelemahan
Aktiviti pembelajaran dapat dipelbagaikan
Kurangnya kemahiran guru
Menarik perhatian murid
Murid tidak terkawal
Meningkatkan pemahaman murid
Kurang kreativiti dalam pelaksanaan
Memberi pengalaman nyata pada murid

Memerlukan kos
Membantu interaksi sosial antara guru dan murid

Monday, February 18, 2013

tak perlu sedih...

Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.

Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?

Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya....

C&P

Tuesday, February 5, 2013

TEMPAHAN JAHITAN || promote2...murah2...cantik2...

Salam... Hari ni Hana nak promote sket... Kak Ngah Hana ni sebenarnya bekerja di rumah dengan menjahit baju, tudung, manik, buat pin tudung bunga kain, jual kain pasang & lain2.... Walaupun di Selangor, tapi apa yang menariknya, upah yang dikenakan adalah pada harga yang murah... Kalu kat kampung Hana kat Terengganu tu, upah baju kurung pun susah nak cari yg RM20... Boleh kata semuanya up daripada nilai tu...
Time abang Hana kahwin dulu, kakak Hana ni la yg jahitkan langsir utk seluruh rumah & termasuklah pelamin... ^_^

So uollz... Kalu berminat, bleh la contact nombor2 tersebut ye...


*kalu korang kat:
Teluk Panglima Garang, korang bleh contact Pn Halimah & En Zuraidi
Kalu kat Kuala Terengganu, bleh contact Umaisarah
Kalu korang kat Bandar Baru Bangi, korang bleh contact Nuraini... ^_^



~Kalu ada kesempatan nanti Hana upload plak gambar2 produk tu eh...

Thursday, January 31, 2013

try2 buat cover =)

Assalamualaikum...

~~
~~
~~

Alkisahnya, tahun 2012 Hana jadi salah seorang ahli unit grafik untuk pembikinan majalah An-Nur (majalah IPIS).
Sbnrnya... Masa Hana mula2 mohon utk jadi ahli redaksi masa 2011 dulu, mmg Hana mohon untuk masuk unit grafik. Time tu mmg tgh minat lagi nk berdesign-design ni...huhu
Tapi, Hana x terpilih untuk masuk unit grafik, Hana terpilih untuk unit pengiklanan... Terima aje la...huhu
Then, thun 2012, Hana rasa cam nk amek unit wartawan, tp x-KE syorkan suh amek unit grafik plak...adoyai...huhu
So, camtu la kisah cmne leh tercampak dalam unit ni...
Dalam redaksi, unit ni la paling berat (kot) sbb dye yg kena keje paling last.
Sepanjang bekerja tu, dapat la rasa pahit maung menyiapkan majalah tu... Agak speechless bila ada file yg hilang... Mujur ada back up, tp ada la yg kena edit balik.... Tapi Alhamdulillah, dh dihantar ke kilang... Hopefully, xde pape la masalahnyer...

Dalam post ni, Hana nak share cover yg Hana try buat... Tapi Hana punyer cover x terpilih pun...huhu




Tak lawa pun, tp sje mengada nk show off...wakaka



Yang bawah ni plak antara page yg Hana buat untuk majalah tu... Tapi artikel sal KAGUM ni dh diubah letak di bahagian lain (kejayaan). So, yyg ni terpaksa eliminate drp bahagian yg Hana buat... Jadi, Hana nk show off jugak kat sini sbb dh penat2 buat...hehe ;)


Monday, January 28, 2013

Lirik Permata Yang Dicari - De Hearty




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




Sekuat manapun seseorang itu, pasti akan ada sesuatu yang mampu membuatnya menangis...


Bila mana kita pasrah pada ketentuan Ilahi... Kita akan melepaskannya pergi walau dengan hati terluka...
Namun, bila mana kita redha pada ketentuan Ilahi... Kita akan melepaskannya pergi dengan hati yang terbuka kerana kita yakin pada janji Allah... Yakin Allah sedang menguji kita kerana Allah sayangkan kita... Allah sengaja menguji kita untuk menguatkan kita... Kita yakin Allah sedang mengatur masa hadapan yang indah terhampar luas buat kita... Senyumlah.. ^_^

(jangan lupa senyum pada diri sendiri setiap pagi) ^_^