CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Thursday, November 4, 2010

MY CLASSMATE, part 1

haa....ni la classmate Hana...semua dgn ragam yang berbagai...tp tu la yang buat kelas kami meriah...meriah??? boleh la... bila nak buat benda ni, baru la perasan, Hana kurang ambil gambar dyorang sorang2... Hana banyak ambil gambar sendiri jek...hahahaha... so, terpaksa la ada part 1 dan disambung part 2 insya-Allah, sebab nak ambil gambar dyorg lak...hehe



Hafiz



Faez


Awe


Zamir


Aten


Dilah


Ira


Dibah


Nad


Laila


Dayah

Wednesday, November 3, 2010

LITERARY DEVICES

k...kali ni Hana nak post pasal literaray devices pulak la.... sem ni memang Hana belajar poem pun utk salah satu subjek Hana...


SIMILE

It is a direct comparison between two unlike things. It usually can be determined by the word like, as, as if, than, such as, or resembles;

Example:
The sun is like a yellow ball of fire in the sky
Busy as a bee
The muscles on his brawny arms are strong as iron bands.
Like for once you don't have the answer
As though you're always in control
As if everything that exist
As the tear rolls slowly






PERSONIFICATION

The figure of speech that the author give the human characteristics or qualities to non human things such as animal, plant and thing. This comparison is to communicate feeling or attitude towards it.


Example:
Clouds cry
My teddy bear gave me a hug.
The scythe whispers
The tree watches him sleep
A brave handsome brute fell with a creaking rending cry
The sun showed me the way
Death laid its icy hands on kings
Love and friendship had crippled his sense of judgement







ALLITERATION

Alliteration comes from the Latin word allitera which meaning “adding letters”. Alliteration is almost the same with the assonance, but alliteration is the repetition of the consonant letter of words in a line and it is the repetition of the same initial letter.

Example:
And spend some time with you.
For you were no where in sight.
That has created the cruel law
That brought life back to me
I lived like a zombie
No matter what my wrongs
Though life is no longer present









ANALOGY
It is a comparison between the different thing but have some similarity or agreement in particular ways. It is used to carry the inference that if things agree in some respects.

Example:
I would do it in a minute
And our fights have become painless scars.
Nothing gold can stay
Yesterday is just a memory
For your new home up above.
The white mares of the moon rush along the sky
No rainbow can grace the sky
Before the tears have begun.
The dreary day outside is gray






HYPERBOLE
Hyperbole is used to heighten effects by using exaggerated statement or phrase. The function is not to make the reader misunderstand but to emphasize the meaning.

Example:
“My heart was smashed”
When you've a thousand things to do
Ten thousand saw i at a glance
Our laughter was sunny and bright
So Eden sank to grief
He was so hungry, he ate that whole cornfield for lunch, stalks and all.
Gilgamesh and Enkidu carried thirty score pounds of weaponry.
I’ll give you the moon and stars.









ASSONANCE

The function is almost same as alliteration, but the different between them is the assonance is the repetition of the similar vowel sound in a line of the poem.

Example:
“This is given to you in honor”
moody blues.
Fleet feet sweep by sleeping geese
I sipped the rim with palatable lip.
The East Beast sits upon his beach
No spot of ground
And I liked the beast on the east beach least
Our eyes are filled with blessings here....

Thursday, October 28, 2010

kita....

SEM 1































































sedapnyer dia makan....









SEM 2






























































































.......xdok kije........


















SEM 3


PERSIS








semua dgn wajah budget berkaliber...haha













projek giler bila tanpa lelaki...hahahaha....






















gembira melihat kamu semua gembira....
tapi sedih melihat kamu semua sedih......































cak!!!!



















ops!!!!










ENGLISH GAME









......................

















comelnyer tarian...hahaha












MERDEKA!!!













macam mak mithali dh lagaknye....
















sompek lagi bermesej...mesej dgn sape tu?? ^^

















tu dia....seronoknya menghadap makanan...









kadangkala, kata-kata itu tidak cukup untuk menggambarkan sesebuah kenangan...
walaupun kita pernah saling terluka, namun kamu semua tetap Hana sayang hingga ke akhir hayat ini. segala kenangan kita bersama, akan tetap mekar di hati ini...
maafkanlah segala salah dan silap Hana sepanjang perkenalan kita...

Monday, October 25, 2010

SAHABAT...


Sahabat,
Dalam menyelusuri hidup ini,
Kutemui ramai sekali orang,
Kutemui berbagai ragam manusia,

Namun, masih engkau juga yang aku dambakan,
Kata-kata yang keluar dari mulutmu jua yang aku inginkan,
Kemesraanmu jua yang aku rindukan,
Senyumanmu jua yang terus melekat dalam ingatanku.

Perkenalan denganmu sangat bermakna bagiku,
Persahabatan denganmu cukup membahagiakanku,
Cukup dengan melihat wajahmu, aku sudah bisa tersenyum…


Namun, berita itu cukup merobek hatiku,
Engkau pergi tanpa meninggalkan pesan,
Meninggalkan aku terkapai sendirian,
Tahukah engkau betapa hati ini meratapi perpisahan ini?
Perpisahan yang tak pernah aku jangka.

Seketika cuma waktu kita bersama,
Benar, aku cukup sayu untuk menerima perpisahan ini,
Walau kau telah pergi,
Namun segala memori kita bersama terus segar dalam ingatanku,
Takkan pernah sekali aku melupakannya

Kini, aku sendirian menjalani liku hidup ini,
Mengharungi suka dan duka kehidupan,
Setiap kali aku tersenyum atau menangis,
Setiap kali itulah wajahmu bermain di mataku,
Tahukan engkau, betapa aku merinduimu?


Insan yang banyak sekali mengajar aku erti kehidupan,
Insan yang amat bermakna dalam hidup ini,
Insan yang banyak mengubah diri ini,
Insan yang amat aku sayangi seumur hidupku.

Sahabatku,
Walau hati ini begitu terhiris sepi,
Menerima perpisahan ini,
Namun percayalah, aku tetap redha menerima segalanya,
Semoga engkau bahagia di sana,
Sahabatmu ini akan sentiasa mendoakanmu.

Sunday, October 24, 2010

sejarah dan ketamadunan...

Sekali baca tajuk, skema giler kan? Sebenarnya takde apa pun. Hana just nak cerita pasal subjek sejarah je. Apa? Sejarah bosan? Memang ramai yang cakap macam tu. Tapi sebenarnya tak pun. Jangan la cop gitu kat sejarah, cian dia...

Hana pernah meminati subjek sejarah. Sebab tu la agaknya result subjek sejarah Hana boleh la dikatakan okey. Biasanya memang skor A. Bila dapat slip keputusan SPM, first tengok, alhamdulillah, dapat sejarah dapat A1. Tapi bila dua kali tengok, rupanya sejarah dapat B3. Yang A1 tadi rupanya Bahasa Inggeris.

Memang gembira Bahasa Inggeris dapat A1. Tapi yang sedihnya, Sejarah yang dapat B3. Boleh dikatakan, memang sejarah tu subjek yang saya target untuk dapat A1. Hmmm… cedey..

Lepas tu, memang kalu boleh tak nak ambik tau lagi dah pasal sejarah. Bila adik tanya pasal sejarah pun, taknak jawab dah… (x baik kan?)









ustaz Syaari with his beautiful wife....^^








Dalam 2 tahun jugak la Hana macam anti dengan sejarah. Namun, apa yang mula membuka kembali hati Hana untuk mencintai sejarah, setelah Hana mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Syaari Abd Rahman. Cara penyampaiannya memang melambangkan beliau banyak membaca dan mengkaji tentang sejarah Islam dan isu semasa. Baca blog ustaz pun turut membuatkan Hana kagum melihat ilmu yang dimilikinya.


"Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?"


Minat Hana pada sejarah semakin membuak-buak apabila belajar tamadun dan sirah semester ni. Hana rasa gembira bila berpeluang membantu pembentang menjawab persoalan pensyarah atau kawan-kawan dan Hana suka bila dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sekelas. Bukan niat Hana untuk menunjuk-nunjuk, namun memang sejak dulu Hana memang jenis suka berkongsi apa yang Hana tahu dengan orang lain.
Kemudian, Hana berjaya juga membeli buku “Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?”. Bila selesai membaca buku tersebut, banyak ilmu tentang sejarah yang Hana dapat. Memang sah, Hana memang kembali meminati sejarah. Alhamdulillah…







"Alexander adalah Zulqarnain"








Hana plan nak beli buku “Alexander adalah Zulqarnain” pulak lepas ni. Hana nak buat perbandingan dan melihat dari sudut yang berbeza tentang kedua-dua penulis ni. Tapi bulan ni agak sesak la pulak kewangan Hana. Banyak komitmen. Mana duit nak simpan untuk lessen lagi. Jadi, niat Hana untuk memiliki buku ni kena tangguh dulu la… -_-“

Bagus sebenarnya belajar dan faham sejarah ni, sebab ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada kita dalam pengukuhan iman. Tambahan pula, ia membantu kita untuk lebih kenal akan Islam dan dapat menangkis serangan dari pihak yang sangat-sangat bencikan Islam.

Satu lagi nasihat Hana, kalau kita gagal dalam sesuatu subjek sekalipun, janganlah sesekali kita membenci subjek tu. Sebab semua ilmu yang ada ni adalah dari Allah. Okey, tu je la kot bebelan Hana buat masa ni. Nak baca tamadun pulak. Exam dah dekat… ^^

Thursday, October 14, 2010

sesalanku...

“Assalamualaikum. Wei, korang nak pergi hospital ke?” soal K, rakanku di bilik sebelah usai aku menunaikan solat Isyak.

“Kenapa?”, soal Dilah, temanku.

“Qifah dah kritikal”

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di benakku. Kerana itulah aku segera menghubungi seorang senior untuk memintanya membawa aku dan rakan-rakanku ke hospital pada malam itu juga.

Sedang aku bersiap, Aisyah pula datang memberitahu yang Thaqifah telah kembali ke rahmatullah. Aku pekakkan telinga. Tidak inginku percaya akan berita yang baru mengjengah telingaku.

Waktu yang berlalu semasa aku menunggu Abg Mat Tar (senior yang kami minta untuk emmbawa kami ke hospital) terasa perlahan benar berjalan. Andainya hospital tersebut dekat, rela aku meredah embun malam untuk ke sana. Namun, apakan daya, HUKM berada di Cheras.

Sedang kami menunggu, Fad mendapat mesej yang mengesahkan pemergian Qifah ke rahmatullah. Ya Allah, peristiwa itu berulang lagi. Mindaku membawa aku mengembara ke lima tahun lepas.


Hari ini, kami pelajar tingkatan tiga diberi cuti daripada menduduki peperiksaan PMR sempena kedatangan Ramadhan yang dinanti. Sebagai pelajar asrama, kami dibenarkan untuk berada di Musolla Al-Naim (surau sekolah) dan bilik study sahaja. pada mulanya, aku mengulangkaji pelajaran di musolla. Namun, setelah beberapa jam, aku terasa ingin menyambung mengulangkaji di sekolah. Lantas, aku balik ke bilik dan menukar pakaian ke uniform sekolah. Lalu, aku terus menuju ke bilik kaunseling (aku sememangnya gemar belajar atau lepak di bilik kaunseling. Aku ni sebenarnya seorang PRS.)

Namun, sesampainya aku di bilik kaunseling, aku lihat ada ustaz Che Ku (ustaz Bahasa Arab aku semasa aku di tingkatan satu dulu) selain dua orang kaunselor sekolahku. Cikgu Sharipah tidak lagi seperti biasa menyambutku dengan penuh mesra. Mereka seakan membicarakan sesuatu yang amat penting. Aku berpura-pura membaca buku, padahal otakku sedang ligat memikirkan apa yang sedang mereka fikirkan.

Kemudian, Cikgu Tahar dan Ustaz Che Ku meninggalkan bilik kaunseling. Aku mengambil peluang tersebut untuk bertanyakan Cikgu Sharipah akan apa yang bermain di benakku tadi. Alangkah terkejutnya aku setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Cikgu Sharipah.

“Jadi, bagaimana keadaan Abg Fakhrul?” aku bertanya.
“Belum tahu lagi. Cikgu Tahar dah hantarkan ke hospital. Sekarang, dia masih belum sedarkan diri.” Jawab cikgu Sharipah, kemudian beliau keluar.

Aku tidak dapat meneruskan pembacaanku lagi. Aku terus mengemaskan barangku dan pulang ke asrama. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata cikgu sebentar tadi.

“Fakhrul Iqram dilanggar di depan sekolah tadi.”

“Macam mana boleh jadi macam tu?” soalku dengan nada terkejut.

“Ada sebuah kereta buat U-turn dan melanggar dia.” Jelas Cikgu Sharipah.

Sampai sahaja di asrama, aku memberitahu rakan-rakanku yang lain. kami hanya mampu menanti berita kerana tidak dapat melawatnya disebabkan terikat dengan peraturan asrama dan PMR masih belum tamat.

Beberapa hari selepas itu, Cikgu Tahar mencadangkan agar PRS menziarahi Fakhrul Iqram (Fakhrul Iqram merupakan pelajar tingkatan lima. Dia juga adalah ahli PRS)
Jadi, aku berbincang dengan rakanku, Sue serta pengerusi untuk melawat Abang Iqram.

Jadi, pada petang tersebut, aku menelefon Abang Iqram untuk memberitahu akan kedatangan kami serta bertanyakan lokasi rumahnya. Pada kesempatan itu, aku turut meminta maaf padanya kerana aku sebenarnya sering bertikam lidah dengannya kerana selalu mempunyai pandangan yang berbeza dalam banyak perkara.

“Hmmm… Saya nak minta maaf ye, kalau ada apa-apa kesalahan.”

“Ni nak minta maaf untuk exam ke untuk selama-lamanya?”

“Mestilah untuk selama-lamanya. Exam dah nak habis la.”


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kami akan menziarahnya pada hari Khamis. Pihak sekolah juga bersetuju menyediakan bas untuk kami.

Namun, pada hari Rabu, aku menelefon emak di rumah. Emak menyuruh aku segera pulang esok kerana PMR telah selesai. Tambahan pula, emak kurang sihat. Aku serba salah untuk memilih untuk pulang esok atau Sabtu nanti mengikut perancangan asalku.


Akhirnya, aku pulang keesokannya kerana fikir ibuku lebih memerlukan aku. Aku hanya mampu mengirimkan salam kepada Abang Fakhrul. Aku tidak dapat menziarah Abang Fakhrul kerana jarak antara rumahku dan sekolah agak jauh. Jadi aku bertolak sejak pagi. Lagipun, mungkin aku masih berkesempatan untuk berjumpanya apabila dia mengambil keputusan SPM nanti.


Namun, pada 4 Januari tahun berikutnya, aku mendapat berita daripada Cikgu Tahar bahawa Abang Fakhrul tidak sedarkan diri sejak 1 Januari kerana terdapat darah beku pada otaknya akibat berlaku pendarahan akibat kemalangan 1 Ramadhan dulu. dan pada malamnya, Cikgu Tahar memberitahu bahawa Abang Fakhrul telah dijemput Ilahi pada pukul 4.30 petang tadi.



Aku benar-benar tergamam. Lama aku berdiam diri di situ, seakan masa pun turut berhenti bersamaku. Apabila rakan-rakanku menggoncangkan badanku, barulah aku aku kembali ke alam realiti. tak semena-mena, air mata menitis menyusuri pipiku.
Sejak itu, aku memanggilnya Abang Iqram sepertimana apa yang sering dia minta aku panggilnya. Tapi, aku memang degil. sering saja memanggilnya Fakhrul (tanpa 'abang' walaupun dia adalah seniorku. padahal pengerusi PRS itu aku boleh saja memanggilnya 'abang' walaupun lebih muda daripada Abang Iqram).

Sesalnya aku kerana tidak menghargainya semasa dia masih hidup. Padahal dia baik padaku. Cuma aku yang degil dan tidak pernah mahu untuk menerima kebaikannya. Sesalnya aku kerana tidak menziarahinya dulu. Namun, apalah dayaku kini. Dia telah pergi untuk menghadap Ilahi. tak lama lagi, mungkin giliran aku pula. Aku bertekad untuk cuba untuk menghargai orang di sekelilingku sehabis daya agar tidak menyesal lagi.
Namun kini, aku terlepas lagi, aku terlepas untuk berjumpa seorang sahabat buat kali terakhir... semoga kalian bahagia di sana. Al-Fatihah...

Saturday, September 25, 2010

REMAJA MERDEKA

Hmmmm…

Lama betul Hana tak menulis kat sini. Almaklumlah, sibuk berbakti untuk negara, keluarga dan kerjaya sebagai pelajar. hehe. Tapi serius, Hana memang betul-betul sibuk sekarang.

Untuk post kali ni, Hana nak bercerita tentang kisah remaja merdeka (Hana pun remaja merdeka jugak, tapi janganlah merdeka seperti mereka ye). Huhu… Macam patriotik lebih je Hana ni. Al-maklum la, baru lepas berkhidmat untuk negara (walaupun separuh rela…sabar je la..ish2). Memang dah sangat lambat untuk bercerita tentang kemerdekaan. Tapi jangan risau, apa yang Hana nak cerita ni, bukanlah 100% pasal merdeka. Cuma ada la perkaitan sikit.



Pada malam ambang merdeka yang lepas, Hana duk sibuk intai celah tingkap, sebab nak tengok bunga api. Disuruh turun, tak nak. Hehe… sambil Hana duk skodeng dari celah tingkap, Hana ternampak berpasang couple yang duk bercengkerama atas bumbung bangunan sebelah. Sedih Hana tengok. Dalam Bulan Ramadhan pulak tu. Kata kawan Hana, tunggu la 9 bulan lebih lagi, mesti ramai anak-anak yang tak bersalah akan dibuang. Wallahu’alam… Hana tak berani nak komen apa-apa, tapi mungkin ada betulnya juga.
Tak cukup dengan drama cintun tu, ada pulak movie rempit kat jalan raya depan bangunan ni. Ada la dalam 10 buah motor gamaknyer yang merempit. Entah berapa banyak petrol (sumber yang hamper habis) dah dibazirkan. Sabar aje la Hana tengok semua drama dan movie free ni.

Yang buat semua benda alah ni bukan orang lain. orang Islam kita jugak. Sambut kemerdekaan negara + dalam bulan Ramadhan dengan benda macam ni. Semurah dan sehina itu ke nilai kemerdekaan yang nenek moyang kita bayar dengan darah dan nyawa mereka? Malam tu kebetulan malam ganjil dalam 10 hari terakhir Bulan Ramadhan.kot2 la malam tu lailatul qdar..sape tahu kan? Kita dituntut untuk beribadat kepada Allah (bukan bermakna malam lain tak payah beribadat n boleh buat maksiat). Tapi ini pula yang remaja kita buat. Patut ke? Tak takut ke pada azab Allah.

Lepas Ramadhan, raya la pulak kan. Siapa yang tak gembira nak sambut raya setelah kita berjaya menunaikan puasa selama sebulan kan? Hana of cause la happy. Yelah, dah lama tak balik kampung. Tahun ni pula, Hana sambut raya dengan ahli keluarga yang cukup.



Tapi apa yang Hana kesalkan, malam raya orang tua sibuk bertakbir. Tapi apa yang jadi pada orang muda? Dyorg pun sibuk jugak. Tapi sibuk duk main mercun. Bukannya Hana anti sangat orang main mercun. Hana tak kisah sangat pun. Tapi biarlah masanya sesuai. Jang la lepas buka puasa (kalau puasa la), terus main mercun. Orang nak sembahyang maghrib pun tak senang. Hana tengah sembahyang maghrib berjemaah dengan keluarga, tiba-tiba bunyi mercun yang sangat la kuat. Terkejut Hana. Mujur la tak sampai terbatal solat Hana. Tapi hilang kekhusyukan Hana yang seciput ni. Memang la kalau betul-betul khusyuk, kita takkan terganggu dengan apa pun yang jadi kat sekeliling kita. Macam yang kit abaca dalam kisah Nabi dan sahabat-sahabat dulu. Tapi Hana ni manusia biasa, yang hanya punya seciput je rasa khusyuk semasa beribadah. Jadi tolong la jangan hilangkan yang seciput tu.

Bila difikirkan, adakah ini yang remaja kita peroleh daripada madrasah Ramadhan selama sebulan ni. Kalau dikirakan CGPA macam kat IPT sekarang, rasanya mungkin rata-rata dari kita akan kena kick.



Entah la.. Hana pun tak tahu nak cakap apa. Macam mana la Hana nak menghadapi generasi akan datang bila dah posting nanti? Buntu Hana dibuatnya.

Sama-sama la kita fikir dan renungkan. Hana tak berniat untuk menyalahkan sesiapa, tapi sekadar peringatan kepada diri dan orang lain. semoga Allah sentiasa memelihara langkah kita daripada tersadung ke jalan yang salah. Amen…