CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Thursday, May 17, 2012

Isti'azah, basmalah & takbir (PQE 3101)

Assalamualaikum...
ni presentation Hana n kawan Hana untuk tajuk Isti'azah, basmalah n takbir...
segala spelling error tu, abaikan...haha...
Malas nk edit balik...
Tu la, ske sgt buat presentation last minute...hihi ^^















































sekian sahaja~

Saturday, May 12, 2012

EDU 3104: artikel "Using Centered in a Multitask"

Hmmmm... ni presentation Hana n kwn Hana kat dalam kelas...
Main hentam keromo je buat ni...
Buat last minute, ni la padahnyer...huhu


Yang artikel "Using Centered in a Multitask" ni sebenarnyer Hana x berape nk faham...huhu...
Main buat je... Lctrr pun x ckp pape masa Hana bentang tu...ok la kot...haha










~segala spelling error n kesalahan fakta di sini, harap dapat dimaafkan... Hana budak baru belajar...heheh... ^^

EDU 3104 BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN


• Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
• Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
• Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
• Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
• Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial

Kerjasama
• Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya
• Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah

Matlamat pengurusan bilik darjah
• Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif
• Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri

Persekitaran bilik darjah yang positif
a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
• rutin bilik darjah
• peraturan
• akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
• perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah
• ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
• Galakkan penglibatan murid
• Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
• Komunikasi berkesan

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
• Suasana demokratik di dalam bilik darjah
• Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
• Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
• Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
• Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
• Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
• Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid
• Pembelajaran berasaskan individu
• Mempunyai semanagat kekitaan
• Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajaran yang berkesan berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik murid supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
• rancang
• susun
• praktis

Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
• komponen pengajaran
• komponen pencegahan
• komponen pembetulan
• komponen sokongan
• komponen persekitaran fizikal

EDU 3104 BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID BERPERLUAN KHAS


KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS

1. Terencat akal

2. Masalah kerosakan sesnsori
a. Masalah kecacatan fizikal
- cerebral palsy
- musculor dystrophy
- spina bifida
- sawan (epilepsy)
b. Masalah penglihatan
c. Masalah pendengaran
d. Masalah komunikasi
- masalah bahasa
- masalah pertuturan

3. Masalah pembelajaran
• masalah membaca
• masalah menulis
• masalah mengira
• masalah komunikasi

4. Disleksia
5. Diskalkulia
6. Disgrafia
7. Autistik (autism)
8. Lewat perkembangan
9. Hiperaktif (ADHD dan ADD)
10. Pintar cerdas atau berbakat
11. Masalah emosi dan tingkah laku

Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-
a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan
b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza
c. Keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid
d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza di dalam kelas
f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu
j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut.

Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keperluan individu.

EDU 3104 BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH


KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

• sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
• kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p

Kitaran pengurusan disiplin
• merancang
• menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
• melaksanakan dan mengurus
• mengawasi dan membuat refleksi

PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
a. Guru berperanan sebagai pembimbing
b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
c. Cadangan untuk menangani disiplin:-
- tidak panik dan jangan bertindak melulu
- elakkan daripada mencabar murid
- semak semula cara pengajaran
- jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
- berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
- ikuti budaya disiplin sekolah

HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
• hubungan ibu bapa
• pengaruh rakan sebaya
• keadaan persekitaran bilik darjah
• masalah perkembangan murid
• salah laku yang tidak dijangka

INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
• PASTORAL CARE
• BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Pastoral care

Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.


Bimbingan dan kaunseling

a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.

b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar

c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:-
• mengenal potensi murid
• membina kemahiran pengurusan diri
• kemahiran penyelesaian masalah
• pengurusan tingkah laku
• memajukan diri murid
• penilaian kendiri

d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
• murid perlu sukarela untuk dibimbing
• murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
• bimbingan adalah proses pencegahan
• penggunaan kemahiran asas bimbingan
• bantuan menyeluruh
• bersikap terbuka

e. Etika bimbingan
• menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
• kerahsiaan murid
• bertanggungjawab

f. Kemahiran bimbingan
• memberikan perhatian
• kemahiran mendengar dengan aktif
• kemahiran berempati

Teknik modifikasi tingkah laku

a. Menggunakan prinsip peneguhan
• tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
• tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
• bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
• peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan

b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
• sistem kontrak tingkah laku
• sistem token

c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
• tetapkan tingkah laku murid
• beri kesedaran kepada murid
• matlamat yang realistik
• bincangkan akibat
• bina sistem pengurusan kendiri
• guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
• penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu

EDU 3104 BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH


JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin
• Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
• Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan
- kawalan
• Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
• Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar

Jenis disiplin di dalam bilik darjah
• arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
• arahan rakan sebaya
• arahan tugasan
• diri sendiri

Jenis-jenis masalah disiplin
• melawan
• memukul
• mencuri
• mengugut rakan/guru
• kekemesan diri
• ponteng kelas

Masalah disiplin yang bersifat disruptif
• tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap semasa guru mengajar, makan dan tidur di dalam kelas
• keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
• lewat masuk kelas
• tidak membawa buku latihan/teks
• menunjukkan sikap biadap terhadap guru
• membuli
• melepak, berlari, menjerit di koridor

Masalah kekemasan diri
• tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
• kuku panjang
• mewarnakan rambut
• pelajar lelaki rambut panjang


TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
• kurang memberikan perhatian
• hiperaktif
• pendiam
• sensitif
• apati (tidak kisah kepada arahan guru)
• sikap melengahkan dan sambil lewa
• gemar bercakap
• menganggu rakan
• membuli
• berbohong
• menipu
• menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
• kurang sopan
• mencuri
• merosakkan harta benda
• mudah marah dan agresif

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
• diri murid
• guru
• sekolah
• latar belakang murid

Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
• merancang aktiviti yang menyeronokkan
• gunakan pelbagai kaedah dan teknik
• yakin
• berminat dan mengambil berat terhadap murid
• rol model
• adil
• komunikasi yang jelas
• memberikan bimbingan dan maklum balas
• tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah

KHAT dan HANA?

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam...

Tu nama tempat Hana belajar. Tengok nama pun korang mesti dah bleh agak apa subjek major kat sini kan? Kompem-kompem la Pendidikan Islam...huhu. Selain Pendidikan Islam, major Bahasa Arab pun mendominasi jugak kat sini.

Pendidikan Islam dengan Bahasa Arab kalu kat Malaysia ni memang xleh pisah la... Kat sekolah agama semua wajib amek arab. Cikgu Pendidikan Islam tu pun orang panggil Ustaz/ah iaitu kata Bahasa Arab yang bermaksud 'cikgu'. Walaupun, sebenarnya Bahasa Arab tu adalah bahasa. Sepatutnya, kalu difikir-fikir, patutnyer sape yang amek major Bahasa Arab ni patutnyer kat IPBA la kan? Bleh wat twinning kat Mesir ke... Baru best sket...heheh..

Walaupun ni IPIS, tapi jujur Hana katakan, persatuan Pendidikan Islam (PENDIDIK) kat sini x aktif mana (harap xde pihak yg terasa hati or marahkan Hana). Tapi, persatuan Bahasa Arab (NADI LUGHAH AL-'ARABIAH) aktif. Setiap tahun ada minggu Bahasa Arab kecuali tahun 1st Hana kat sini. Masa tu ada Bulan Bahasa Arab. Minggu/bulan BA ni bukan hanya libatkan pelajar IPIS je, tapi jugak libatkan pelajar sekolah yang berdekatan.

Bila dikira-kira, dh 4 kali Hana berpeluang merasai bulan/minggu Bahasa Arab kat IPIS ni. Pandangan Hana, time bulan Bahasa Arab dulu tu best sebab buat bulan 7. Walaupun time tu baru kenal IPIS, tapi sebab time tu diberi amanah untuk uruskan satu slot n waktu tu x bz mne lg. Jadi, best la...haha

Minggu Bahasa Arab lepas tu pun best jugak, tapi sebabkan dibuat pada bulan 5, dh dekat sangat nak exam (nak2 sem ni, time study week tu), jadi x best sgt la... Nak join pertandingan pun xde mood sgt.

Setiap kali minggu/bulan BA ni, pasti akan ada pertandingan khat. Setakat 4 kali dah Hana lalui minggu/bulan BA kat sini, 4 kali jugak la Hana masuk pertandingan khat wlpn x reti tulis pun sbnrnye... Just suka2... Memang minat sgt kat khat ni...

1st year> kalah...kwang2....haha. Masa ni main tulis je.. Hana x penah belajar khat. xtau kaedah...huhu

2nd year>Alhamdulillah, dapat no 3.huhu... Hana lewat sampai dewan. Sampai je, terus dye umum untuk pertandingan khat. Tapi MC silap sebut nama orang lain (yg menang kategori lain). Jadi, x merasa la Hana nak amek hadiah kat atas pentas... T___T [Adhwa Ariff Ataullah ni la]

3rd year> Alhamdulillah, dapat no 2. Ari tu, Hana ngajar junior mengaji. Dapat mesej suh g amek hadiah kat dewan. Habis je ngajar, terus Hana bergegas ke dewan. Tapi x sempat daaa.... Junior tolong amekkan untuk Hana...huhu.. dapat la hamper...Besar gak... Tapi agak sedey la, x sempat amek hadiah...huhu T____T

4th year> Alhamdulillah... dapat no 1....Tu pun sebab Nisa' dh x masuk tahun ni. Dye kena incharge pertandingan ni tahun ni. kwang2...huhu. Tapi sayangnyer, Hana x pegi pun majlis penutup minggu BA tu... haha... Bukan sebab ada hal, tapi segan nak pegi... Sebabnyer... Masa pertandingan tu, Nisa' ckp tahun ni hadiahnyer 1 kategori je.. Xde dh kategori lelaki n pompuan macam tahun2 lepas... Wlpn Nisa' n Akmaluddin x masuk, tp ramai lagi bdk2 PERSIS lelaki yg hebat2. Si Amir Hamizan tu, si Zaki n ramai lagi... Jadi, Hana ingat, kalu nk ada harapan pun no 3 je... Tapi tu pun mcm sipis2 je... Lagipun x dapat msj mcm tahun2 lps... So, malas r pegi... Wat malu je.... Padahal dh hampir dh dengan dewan lps antar buku ustaz...huhu... Lps Isyak tadi baru dapat tau rupanya still ada kategori lelaki n perempuan n sy menang kategori perempuan...hwaaaaa.... Rugi2... X merasa lagi nak amek hadiah...huhu.. Padan muka kat diri sendiri...haha >,< Dah tu, xtau pun dapat hadiah apa...huhu T___T Nanti dah tau hadiah apa, Hana upload kat sini ek... Insya-Allah,..



~Alhamdulillah....byk rezeki yang Allah kurniakan akhir2 ni... Bimbang jugak takut senyuman ni x kekal lama... Ya Allah, kuatkan dan tabahkanlah diriku... Ameen...