Alhamdulillah, di kesempatan ini, saya sambung lagi coretan saya di blog ini. Pengalaman pertama memasuki asrama. Setelah jauh travel dari rumah ke sekolah, setelah beberapa kali sesat, akhirnya kami sampai walaupun agak lambat. Setelah berdaftar dengan warden bertugas, saya ditempatkan di dorn Balqis (15), iaitu dorm paling hujung. Semasa mak hendak pulang, saya rasa agak sedih, tapi saya tahan air mata kerana takut dikatakan manja (tapi, sebenarnya saya memang manja.hehe). Mak bimbang untuk meninggalkan saya di asrama kerana kata mak, saya ni kecil, boleh ke jaga diri. Bermacam-macam amnat dan pesanan mak berikan sematkan sebelum pulang. Selepas mak pulang, barulah bermacam-macam perasaan datang. Mula-mula tu saya agak keliru dengan struktur bangunannye, tapi lama kelamaan, saya dapat membiasakan diri. Satu lagi masalah yang saya hadapi ialah dielek Terengganu. Alangkah susahnya berkomunikasi dengan rakan-rakan ketika itu. Semuanya menggunakan dielek Terengganu yang sangat pekat. Keadaan tu membuatkan saya menjadi agak pasif sesab tak pandai nak menyampuk apa yang mereka bualkan.
Masih lagi saya ingat, guru-guru yang sangat mengambil berat akan saya. Pengetua waktu itu bernama Pn. Hajjah Hindung Binti Ali, tapi semua warga SMKA Tok Jiring memanggilnya Ibu. Memang beliau yang menyuruh semua orang memanggilnya begitu untuk mengurangkan jurang komunikasi antara semua staf dan pelajar dengan beliau. Ibu ni, kalau saya tengok semasa perhimpunan, orangnya sangat tegas. Hampir semua pelajar tingkatan satu gerund dengannya. Tapi, sifat sebenarnya, memang sangat lembut dan bersifat keibuan. Saya berasa terharu mempunyai pengetua sehebat Ibu. Selain itu, Pn. Syaripah Hayati ialah antara guru yang terawal saya kenali sepanjang di SMKATJ. Ckg Syaripah ialah seorang kaunselor. Semasa saya menulis artikel ini, Beliau masih lagi kaunselor di SMKATJ. Beliaulah orang yang bertanggungjawab membuang sifat pasif saya. Seorang lagi guru yang ingin saya ceritakan ialah Ustazah Fatimah Che Mat. Beliau ialah guru Bahasa Arab. Beliau tidak pernah mengajar saya di kelas, tetapi mengajar mengaji di asrama dan juga seorang warden. Mula-mula saya melihat beliau, memang saya menyangka beliau amat garang, tetapi nyata, telahan saya juga turut tersilap. Beliau juga seperti Ibu, sangat bersifat keibuan. Semasa saya di tingkatan dua, beliau bersara. Memang sedih, tapi tak mengapa kerana saya boleh melawat beliau di rumahnya yang berada di depan sekolah. Namun, selepas dua tahun, rupanya beliau berpindah ke kampungnya di Kampung Raja, Besut. Andainya ada rezeki saya untuk memperoleh nombor telefon beliau, ingin sekali saya menelefon beliau. Ameen… sebenarnya masih ramai lagi guru yang ingin saya ceritakan, tapi mungkin di lain masa pula.
Kawan? Di sinilah, saya mula menginjak ke alam remaja. Jadi, orang yang paling berpengaruh ke atas diri saya ialah rakan sebaya sebagaimana yang telah dikaji oleh pakar-pakar psikologi. Bermula di sini, saya banyak bergaul dengan orang lain berbanding di sekolah rendah kerana di sekolah rendah, saya berada di kelas pertama dari darjah satu hingga darjah enam. Jadi, pergaulan saya terbatas hanya dengan ‘budak-budak pandai’ sahaja. Bukan saya berniat untuk menyombong diri dengan pelajar kelas lain, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan pergaulan dengan mereka. Tambahan pula, setelah habis sekolah, saya tidak merayap ke mana-mana. Terus balik rumah. Tapi di sekolah menengah, saya tinggal di asrama dan berpeluang merasa belajar dalam berbagai kelas. Bermacam karakter yang perlu saya hadapi. Alhamdulillah, semuanya baik-baik. Kalu nampak nakal sikit pun, tapi sebenarnya hati mereka semua baik.
Alhamdulillah, setelah lima tahun saya menuntut ilmu di tanah wakaf tersebut, banyak perkara yang telah saya pelajari selain yang terdapat di dalam buku teks. Saya semakin mengenali diri saya dan ada sedikit perubahan walaupun banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Saya sangat bersyukur kerana Allah masih menyayangi diri ini. Betapa sebelum ini saya hanyut dalam segala nikmat yang Allah berikan. Walaupun keputusan SPM saya tidaklah boleh dikatakan cemerlang, tapi saya tetap bersyukur dengan segala yang saya peroleh. Semua kegagalan adalah disebabkan sikap saya yang malas. Bukan salah orang lain. Dan mungkin ini adalah ujian dari Allah untuk menghapuskan dosa-dosa saya yang lalu yang sering kufur atas segala nikmat yang diberikan. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Wednesday, January 20, 2010
Monday, January 18, 2010
inilah insan bernama manusia
Alhamdulillah....setelah sekian lama saya berusaha untuk membina satu blog, akhirnya dengan izin dan kurniaan Yang Maha Esa, saya berjaya. Sebelum ini, saya pernah membina satu blog, tetapi saya terlupa passwordnya, menyebabkan saya tak dapat membukanya. Itulah manusia, selalu sahaja lupa dan lalai. bukan sahaja password, malah perjanjian kita dengan Allah. kita dicipta hanyalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini sebagai hamba Allah yang taat. tapi, kita sering sahaja mengikut segala saranan makhluk bernama iblis yang kita mengaku sebagai musuh. jika kita renung semula, terasa amat malu dan hinanya diri kepada Allah.
Untuk post aku yang pertama, saya yang pertama, ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai diri saya yang biasa-biasa saja ini. Saya merupakan seorang muslimah dari selatan Terengganu. Seperti kanak-kanak lain, saya juga dihantar belajar di sebuah sekolah rendah di kampung saya. Ayah saya merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam hal berkaitan pelajaran, tetapi memanjakan saya dan adik dalam hal lain kerana kami merupakan anak yang paling muda, kerana beza umur antara saya dan abang ialah enam tahun. ayah selalu mengingatkan akan kepentingan pelajaran dan sering mengingatkan tentang keadaan hidup kami yang bukanlah kaya, tetapi tidak juga terlalu susah. Ayah mengugut saya, jika tidak mendapat 5A dalam UPSR, saya tidak dibenarkan menyambung pelajaran. saya sangat takut. semasa zaman abang saya, ayah saya turut mengugut sedemikian, dan abang saya berjaya menyahutnya. saya? sebab itulah, walaupun saya ditawarkan lompat kelas (kerana saya lulus PTS semasa darjah 3), saya lompat hanya setahun, kemudian saya belajar semula dalam darjah lima mengikut umur saya, gara-gara saya takut tidak dapat memperoleh 5A. ini kerana, dalam sejarah sekolah saya, semua yang lompat kelas, mendapat 4A 1B(kalu tak silap saya la). jadi, semasa tahun 2002, saya mengambil UPSR dengan penuh debaran. kalau tak silap, pada 4 Oktober 2002, keputusan UPSR diumumkan. semasa abang saya menghantar saya ke sekolah pada pagi itu, abang saya berpesan "Kalau tak dapat 5A, Kak Ni x boleh balik rumah". lagilah hati saya berdebar-debar. semasa diumumkan, hanya 4 orang sahaja yang dapat 5A. hati saya semakin berdebar. Allah itu Maha Pemurah, Alhamdulillah kerana Allah mengabulkan doa saya walaupun saya ni malas sangat solat. solat hanya semasa ada kem di sekolah atau bila abang saya pulang ke rumah(takut kena pukul). kalu mak marah, saya buat derk je(berdosanya diriku, Ya Allah).. saya pun mula menjalani proses mengisi borang ke sekolah menengah. Cepat-cepat saya bertanyakan borang tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. cikgu PK HEM waktu itu menasihati saya untuk tidak mengisi borang terlalu banyak, takut pening. tapi, saya yang degil ni tetap juga nak isi borang sekolah tersebut. saya tak pernah pergi pun sekolah tu, dan saya tak tahu pun bagaimanakah sekolah tersebut. tapi, saya pernah mendengar nama sekolah tersebut sewaktu berumur 6 tahun, semasa abang saya sibuk mengisi borang selepas UPSR(abang saya tak melanjutkan pelajaran ke sekolah tersebut). sejak itulah saya bertekad untuk menyambung peljaran ke situ. Alhamdulillah, Allah sekali lagi membantu saya. Cita-cita saya sekali lagi dimakbulkan. walaupun saya ni jenis yang mabuk kenderaan, tapi sejak saya melangkah ke SMKA Tok Jiring, saya tidak lagi mabuk kenderaan...subhanallah..hebatnya kuasa Allah. membantu hambanya dalam menuntut ilmu. saya berasa cukup teruja. nak masuk sekolah agama, tapi solat saya tetap macam dulu. tak berubah walau sedikitpun. betapa kufurnya diriku atas segala nikmat Allah....
Insya-Allah, di masa yang akan datang, saya akan ceritakan lagi pengalaman hidup saya di sekolah tercinta, SMKA Tok Jiring...

Subscribe to:
Posts (Atom)