CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, April 20, 2010

tugasan@assignment

Alhamdulillah....tepat jam 2.26 pagi hari ini (20 April 2010), tugasan saya yang terakhir siap juga. lepas ni, rasa lega la sikit walaupun masih terikat dengan banyak komitmen...

Hidup di IPG ini, dalam erti kata lain, dalam proses untuk menjadi seorang guru, ianya bukanlah semudah yang saya fikirkan sebelum ini. walaupun proses pembelajarannya tidaklah terlalu mengancam seperti hidup saya di matrik dulu, tapi untuk menjadi seorang guru, saya perlu cuba untuk menguasai semua bidang. bukan hanya terhad dalam dalam pembelajaran sahaja.

Mungkin bagi sesetengah orang akan berfikir, "ala...mudah je, copy kan senang".. Namun bagi saya, ye copy and paste memang senang, tapi inikah kita generasi guru akan datang? guru pasti sahaja tidak suka andainya murid meniru. tapi, sedarkah guru tersebut bahawa dia mendapat lesen sebagai guru juga dengan cara meniru? lagipun, dalam apa jua yang kita lakukan, keberkatan dan keredhaan Ilahi jua yang kita harapkan. berkatkah ilmu yang kita peroleh andainya kita meniru? fikirkanlah...
lagi pula, saya lebih suka andainya kerja yang saya hantar itu, adalah hasil titik peluh saya sendiri walaupun ianya tidak secantik dan sehebat orang lain, tapi yang penting, ia adalah hasil kerja saya sendiri.

untuk menjadi seorang guru juga,kita perlu siapkan diri kita dengan berbagai kemahiran. disebabkan itulah, saya sentiasa sahaja sibuk dengan berbagai tanggungjawab. kerana bagi saya, di sinilah tempat bagi saya menimba sebanyak yang boleh pengalaman untuk saya jadikan panduan apabila bergelar seorang guru kelak.tipulah kalau saya cakap tak penat. penat, amat penat. kadang-kadang pun tertekan juga. tapi itulah sebenarnya kemanisan dalam menuntut ilmu.

saya amat berharap, saya akan menjadi murabbi yang benar-benar murabbi kepada anak-anak murid saya kelak. ingin saya lihat anak-anak murid saya kelak menjadi orang yang berjaya di dunia, mahupun di akhirat nanti....ameen...

~semoga langkahku dipermudah dan diredhaiMu, Ya Allah...

Tuesday, April 13, 2010

air kencing tikus

saya ada terbaca artikel ni kat paper online. so, rasanya tak salah untuk berkongsi di sini untuk manfaat bersama...




ARKIB : 11/04/2010
Leptospirosis undang derita

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my



KEBELAKANGAN ini, kisah mengenai virus kencing tikus (leptospirosis) kembali menjadi bualan ramai.

Ini berikutan kematian pelawak terkenal, Allahyarham Din Beramboi (yang mulanya dikatakan akibat kencing tikus, namun disahkan demam denggi berdarah) dan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terpaksa dipotong dua belah kaki serta sebelah tangan akibat virus ini.

Secebis kisah Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar berusia 21 tahun yang kini menjalani hidup sebagai insan istimewa sangat menyentuh hati.

Gadis ini mulanya hanya mengalami demam biasa selama dua hari, namun tidak mendapatkan rawatan doktor kerana menganggap ia tidak serius.

"Ia berlaku selepas raya puasa tahun lalu. Jadi saya ingatkan ia demam biasa akibat tersalah makan sahaja," katanya yang dihubungi Kesihatan baru-baru ini.

Disebabkan demamnya tidak kebah, Wan Aini dibawa rakannya ke Klinik Desa Tanjung Malim untuk mendapat rawatan dan pada peringkat awal, disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Kemudiannya, setelah demam semakin teruk, dia dirujuk ke Hospital Slim River dan semasa di hospital itu, Wan Aini tidak sedarkan diri (koma) selama kira-kira 17 hari.

Dalam tempoh itu juga, kedua belah kaki dan tangan kiri serta dua batang jari kanannya mula mengalami gangren (sel darah mati).

Disebabkan keadaannya agak serius, Wan Aini dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Doktor di sana menasihati saya menjalani pembedahan untuk memotong bahagian yang mengalami gangren untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

Atas permintaan keluarga dan memudahkan urusan penjagaan, Wan Aini dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, Kelantan pula.

Gadis dari Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut, Terengganu itu terpaksa menerima hakikat kedua-dua kaki pada paras bawah lutut, tangan kiri dan dua jari tangan kanannya dipotong akibat penyakit itu.

Menurut Wan Aini, berdasarkan maklumat yang ditulis doktor pada satu dokumen, dia menghidap leptospirosis.

"Saya sendiri tak pernah mendengar perkataan itu. Jadi, saya minta tolong seorang sahabat untuk mendapatkan maklumat tentangnya," katanya lagi.

Wan Aini pasrah dengan ketentuan Ilahi terhadapnya. Walaupun awalnya merasa sukar untuk menerima hakikat, dia yakin ada hikmah yang tersembunyi.

Nasihat dan semangat yang diberikan ibu bapa, kakak, adik-beradik dan rakan-rakan menjadi dorongan gadis ini bangkit meneruskan kehidupan.

PERSEKITARAN yang kotor mengundang masalah penyakit berjangkit.

"Sekurang-kurangnya saya masih dianugerahkan nyawa untuk terus bernafas dan berbakti di atas muka bumi ini," kata pelajar Pengajian Bahasa Malaysia Dengan Pendidikan ini.

Walaupun kini pergerakannya tidak lagi seperti dulu, Wan Aini tidak mahu menjadikan ia penghalang untuk terus mengejar kecemerlangan.

Minatnya untuk bergelar pendidik tidak pernah luput, malah dengan kekurangan ini menjadikan semangat gadis tabah terus membara untuk meneruskan pelajaran.

"Saya yakin ketentuan Allah SWT itu ada sebabnya. Mungkin keadaan saya ini boleh memberi semangat dan harapan kepada insan lain agar tidak mudah berputus asa," kata Wan Aini lagi.

Bakal meneruskan pengajian pada Julai nanti, gadis ini akan mula memakai kaki palsu yang disumbangkan oleh pihak kebajikan HRPZII dan menjalani rawatan fisioterapi minggu depan.

Ujarnya, kehidupannya masih seperti dulu. Segala keperluan diri dilakukan sendiri dan sebolehnya Wan Aini tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama kedua ibu bapanya.

Sememangnya kes seperti Wan Aini jarang berlaku di Malaysia. Namun kita perlu berwaspada kerana musibah itu tidak mengira siapa dan bila.

Menyingkap perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, pada 2007 sahaja kes leptospirosis meningkat secara mendadak kepada 929 berbanding 527 kes pada tahun sebelum itu. Sejauh manakah berbahayanya penyakit ini dan apakah tindakan yang harus dilakukan untuk mencegahnya? Kesihatan minggu ini mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.

Simptom-simptom:

Masa pengeraman di antara dua hingga 26 hari (anggaran 10 hari). Ia boleh berlaku dalam dua fasa:

1. Pesakit mengalami simptom-simptom penyakit yang pelbagai. Antara 75 hingga 100 peratus pesakit bermula dengan demam secara tiba-tiba, menggigil, sakit-sakit badan, sakit kepala. Manakala 25 hingga 35 peratus kes melibatkan batuk tidak berkahak dan 50 peratus kes mengalami sakit perut, muntah, loya, cirit-birit. Pesakit akan pulih sebelum mereka kembali jatuh sakit.

2. Keadaan pesakit menjadi lebih teruk hingga menyebabkan organ-organ dalaman gagal berfungsi.

Kebanyakan kes sembuh, bagaimanapun kematian boleh berlaku dalam kes-kes yang serius dan tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Pesakit boleh mendapat kegagalan fungsi buah pinggang, hati, masalah pernafasan, pendarahan yang teruk, sel darah merah pecah hingga menyebabkan penyakit kuning dan infeksi di bahagian otak (meningitis)

Persekitaran

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Mereka yang mempunya risiko untuk mendapat penyakit ini adalah mereka yang melakukan pekerjaan seperti pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pekerja sistem pembentungan, pesawah, peladang, penternak dan anggota tentera.

Diagnosis jangkitan

Dikesan melalui ujian darah. Darah pesakit akan diambil dan ujian serologi ELISA (antibodi) akan dilakukan. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit dan kekal selama 30 hari.

Rawatan

Kebanyakan jangkitan yang disebabkan oleh kuman ini akan sembuh dengan sendirinya. Pesakit yang mendapat jangkitan leptospira yang lebih serius akan dirawat dengan ubat antibotik seperti Doxycycline, Erythromycin, Penicillin, Cefotaxime dan Ceftriaxone untuk memendekkan tempoh penyakit dan mengurangkan pengeluaran kuman leptospirosis di dalam air kencing pesakit. Jangka masa rawatan selalunya antara lima hingga tujuh hari.

Penjagaan sokongan perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami komplikasi seperti pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin memerlukan rawatan untuk mencuci buah pinggang melalui dialisis, bantuan sokongan pernafasan, pemindahan darah dan lain-lain.

Sunday, April 11, 2010

Indahnya C.I.N.T.A

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini."

Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.

Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"

Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."

Wajah Abu Sallehyang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.

Monday, April 5, 2010

gambar REFIL




oh ye, saya lupa nak upload gambar program tu... ni lah antara gambar-gambar kami kat sana:

REFIL (sambungan)

Ok, maaf ye, saya janji nak tulis lagi dua hari lepas, tapi hari ni baru berkesampatan nak sambung. Sepanjang hari-hari tersebut, banyak yang terjadi. Ops, kita fokus pasal REFIL ni dulu. Kenapa saya tak dapat lalu titian kanopi? Yang pasti bukan sebab saya tak larat nak naik sampai atas. Walaupun saya tak berbakat dalam sukan, tapi saya masih boleh tahan lasak juga.

Saya tak dapat lalu titian kanopi sebab seorang peserta dah sesak nafas. Senang cerita, tak boleh nak sambung dakian ke atas tu. Saya AJK yang ada kat situ dengan pengerusi. Kalau ikut hati, saya suruh je pengerusi tu tunggu..hehe.. Tapi peserta yang sakit tu perempuan. Takkan nak suruh pengerusi yang lelaki tu tunggu, kan? Jadi, saya tersepit dalam dilema, antara keinginan dan tanggungjawab. Saya nak sangat lalu titian kanopi tu. Tapi, bagaimana dengan amanah yang tergalas kat bahu saya? Akhirnya, saya terpaksa membuat satu keputusan yang mengecewakan hati saya. Saya terpaksa memilih amanah itu. Saya takut untuk berhadapan dengan Allah kelak. Saya percaya, walau bagaimana saya sedih sekalipun, pasti akan ada hikmah di sebalik semua ini. Insya-Allah… Then, semuanya berjalan seperti biasa, sehinggalah habis persembahan

Tapi, apa yang membuatkan hati saya terharu, pensyarah pembimbing yang memberi ucapan memuji pengerusi dan saya. Bukan pujian itu yang saya harapkan sebenarnya. Tapi ianya seakan sebagai pembakar semangat untuk saya lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu... Alhamdulillah, tugasan pertama saya dalam bidang kesetiausahaan ini mendapat penghargaan daripada pensyarah. Rasa sangat puas akan segala usaha untuk menganjurkan program rekreasi ni.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK. Saya seronok bekerja dengan anda semua. =)

Friday, April 2, 2010

REFIL

Semalam saya ke FRIM, ada program rekreasi. Akhirnya, setelah kami, AJK untuk program yang diberi nama REFIL (REFIL stands for Program "Rekreasi Flora Ilmiah") ni berpenat lelah merancang, akhirnya program ni dapat juga dijalankan. Saya bertindak sebagai naib Setiausaha untuk program REFIL ni. Tapi rasanya macam saya je yang jadi setiausaha. Nak buat macam mana, yang jadi S/U tu dah jadi JPP pulak. So, saya la yang buat kertas kerja(3 kali kena buat semula..pengalaman tu). Berkeliaran dengan Pengerusi untuk mencari pensyarah dan Pengarah(pun satu lagi pengalaman). Alhamdulillah pengerusi ni sangat bagus(bukanlah sempurna, tapi inilah pengerusi yang terbaik sepanjang saya pernah bekerja dengan banyak pengerusi dari sekolah, ke matrik sampailah ke sini).

Kami bertolak dekat pukul 8 pagi. Perjalanan ke sana agak lama sebab jauh dan sesak. Saya sakit kepala sebab tidur lewat pada malam tu(siapkan task untuk aktiviti di FRIM). Paksa diri untuk tidur, tapi tak dapat gak tidur. Bila sampai, kami breakfast dulu. Lepas tu, pengerusi, naib pengerusi, S/U, saya dan bendahari pergi buat pembayaran sebanyak RM570. Kami terpaksa dahulukan duit kami (naib pengerusi=RM50, saya=RM50 dan bendahari=RM100), sebab pihak maktab nak taja RM200 lepas kami dapatkan resit.

Juru pandu yang bawa kami ada 2 orang. Yang bawa group saya namanya Abang Khir. Yang lagi sorang tak sempat nak siasat pulak.hehe.. mula-mula kena(kena? Mcm kena paksa je) masuk muzium. Agak boring sebab panjang sangat beratur utk tulis nama. Maklumlah, muzium baru. Macam kami lak perasminya.hehe..

Lepas tu, Abg Khir bawa kami masuk hutan. Dia terangkan bermacam jenis pokok. Saya catat la sebab nak soalpeserta nanti. Then, kami lalu trek yang meninggi.. penat la jugak. Kemudian, kami panjat bukit untuk pergi kat kanopi. Excited nak lalu titian kanopi ni. Walaupun jalannya licin dan sempit dan agak mencabar, saya lalu jugak dengan penuh bersemangat… Tapi tak semua yang kita rancang tu akan menjadi kan? Nak tahu apa yang jadi sebenarnya? Tunggu esok ye, sebab sekarang, nak sambung buat assignment dulu...