CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, July 22, 2012

RAMADHAN 2012

Assalamualaikum.... Sempena Ramadhan yg bersua dgn kita kali ni.... Hana ada la wat beberapa poster (terpaksa buat...kalu x, mmg pemalas nk buat apa2...bz2...huhu)
so...ni la hasil design last minute Hana... Apa yg terkurang tu (mmg byk lopak pun), terima aje la...
Nak lawa2, wat sndiri...haha... Hana mmg bz skrg...huhu


akhirnyer jadi jugak buat cmni (wlpn actually bkn mcm ni design asal dye...huhu)

yg ni simple...main gabung2 gambar je...

yg ni lak last minute punyer...sbb yg nk dibuat x jadi, so, main buat je...



Semoga Ramadhan ini menjadi catalyst buat kita utk mempertingkatkan lagi ibadah kepada Allah...



~Bertuah Abg Mat, berpeluang buat umrah Ramadhan kali ni....syukur..ada jugak ahli keluarga yg dapat jejak tanah suci... ^^
~Hari ke-2 Ramadhan Abg Mat dh dpt khatam AQ...Hana ni, baru merangkak nk abes 2 juzu'...kerdil sungguh rasanya...Mungkin itulah penangan tanah suci, walau panas, tp semangat jadi kuat..insya-Allah...Hana tetap kena kuat walau kat mana pun Hana berada...

Tuesday, July 3, 2012

LATIHAN: CERITAKAN KEGUNAAN TELUR



Untuk subjek Teknologi dalam Pendidikan ni, Hana pun xtau nape kena buat latihan berkaitan kegunaan telur... Tapi dah lecturer suh buat, Hana buat la... Mungkin ada la tu hidden information di sebalik latihan ni kot. Xpela...lagipun lecturer ni best. X abaikan pun pengajaran. Ok, lets check it out apa tu kegunaan telur.... ^^


            Bila disebut tentang telur, pasti ramai yang memikirkannya sebagai bahan asas masakan. Pun begitu, telur sebenarnya mempunyai lebih banyak fungsi selain sebagai bahan dalam masakan. Antara kegunaan telur ialah:

BAHAN MASAKAN
Telur adalah antara bahan masakan yang popular kerana banyak digunakan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Bagi masakan yang menggunakan telur sebagai bahan utama, telur boleh disediakan secara ringkas, contohnya telur rebus mahupun secara sedikit rumit seperti telur bungkus.
Di samping itu, telur turut digunakan sebagai bahan sampingan dalam masakan lain contohnya kek, bingka, tart, char kuew teow dan lain-lain. Ia membantu memekatkan kuah atau menjadikan bancuhan kek menaik dan gebu.

RAWATAN KECANTIKAN
Ramai wanita yang sanggup menghabiskan sejumlah besar wang semata-mata untuk membeli produk kecantikan. Namun sebenarnya telur yang selalu ada di dapur itu boleh digunakan bagi tujuan rawatan kesihatan. Telur boleh digunakan sebagai masker wajah bagi membantu merawat kulit yang kering dan berminyak.

PERUBATAN
Telur juga turut digunakan untuk tujuan perubatan. Ini kerana, telur kaya dengan protein, asid amino, asid lemak omega 3, vitamin, folik, kolina dan kalsium. Melalui kajian terbaru, telur terbukti dapat membantu menyeimbangkan kandungan kolestrol dalam darah. Kandungan asid lemak omega 3 yang tinggi pula dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
Mengikut amalan orang-orang tua terdahulu, sekiranya seseorang itu selalu sakit di bahagian dada dan sering batuk akibat kerja berat seperti buruh, maka digalakkan mengambil telur kampung separuh masak yang dicampurkan bersama madu dan serbuk lada hitam setiap pagi. Namun, petua ini masih belum terbukti keberkesanannya secara klinikal.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Telur bukan hanya terhad sebagai sumber makanan semata-mata. Telur juga selalu digunakan sebagai bahan bantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam pengajaran seni, kulit telur digunakan bagi membuat boneka. Selain itu, ia juga kerap digunakan dalam eksperimen sains seperti dalam eksperimen yang mengkaji kandungan ammonia.

BAJA
Tanpa disedari kulit telur juga sebenarnya mempunyai manfaatnya kepada manusia. Ia sangat baik untuk dijadikan baja kepada tanaman. Ini kerana kulit telur adalah bahan yang mudah diuraikan oleh mikroorganisme di dalam tanah. Melalui penguraian ini, kalsium dan beberapa kandungan mineral lain akan terhasil.


ISTIADAT KEBUDAYAAN
Telur juga turut digunakan dalam adat istiadat kebudayaan. Dalam perayaan Paskah (Easter), telur separuh masak akan dihias atau dicat dengan cantik dan disembunyikan. Kemudian, kanak-kanak akan diminta untuk mencarinya. Ia dipanggil “Pencarian Telur Easter”.
Dalam kebuadayaan Melayu pula, dalam majlis-majlis perkahwinan, telur biasanya digunakan sebagai bunga telur sebagai salah satu daripada dulang hantaran dan diberikan kepada tetamu yang hadir.


SUMBER:
Aienshanieys. http://aienshanieys.wordpress.com/pemilihan-pemakanan/telur/. Dilayari pada 02 Julai 2012
Tenggeng007. http://blogrenaldi.blogdetik.com/kegunaan-telur-sangat-banyak/. Dilayari pada 02 Julai 2012

Monday, July 2, 2012

KES PEMBUANGAN BAYI

KES PEMBUANGAN BAYI