CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, September 25, 2010

REMAJA MERDEKA

Hmmmm…

Lama betul Hana tak menulis kat sini. Almaklumlah, sibuk berbakti untuk negara, keluarga dan kerjaya sebagai pelajar. hehe. Tapi serius, Hana memang betul-betul sibuk sekarang.

Untuk post kali ni, Hana nak bercerita tentang kisah remaja merdeka (Hana pun remaja merdeka jugak, tapi janganlah merdeka seperti mereka ye). Huhu… Macam patriotik lebih je Hana ni. Al-maklum la, baru lepas berkhidmat untuk negara (walaupun separuh rela…sabar je la..ish2). Memang dah sangat lambat untuk bercerita tentang kemerdekaan. Tapi jangan risau, apa yang Hana nak cerita ni, bukanlah 100% pasal merdeka. Cuma ada la perkaitan sikit.



Pada malam ambang merdeka yang lepas, Hana duk sibuk intai celah tingkap, sebab nak tengok bunga api. Disuruh turun, tak nak. Hehe… sambil Hana duk skodeng dari celah tingkap, Hana ternampak berpasang couple yang duk bercengkerama atas bumbung bangunan sebelah. Sedih Hana tengok. Dalam Bulan Ramadhan pulak tu. Kata kawan Hana, tunggu la 9 bulan lebih lagi, mesti ramai anak-anak yang tak bersalah akan dibuang. Wallahu’alam… Hana tak berani nak komen apa-apa, tapi mungkin ada betulnya juga.
Tak cukup dengan drama cintun tu, ada pulak movie rempit kat jalan raya depan bangunan ni. Ada la dalam 10 buah motor gamaknyer yang merempit. Entah berapa banyak petrol (sumber yang hamper habis) dah dibazirkan. Sabar aje la Hana tengok semua drama dan movie free ni.

Yang buat semua benda alah ni bukan orang lain. orang Islam kita jugak. Sambut kemerdekaan negara + dalam bulan Ramadhan dengan benda macam ni. Semurah dan sehina itu ke nilai kemerdekaan yang nenek moyang kita bayar dengan darah dan nyawa mereka? Malam tu kebetulan malam ganjil dalam 10 hari terakhir Bulan Ramadhan.kot2 la malam tu lailatul qdar..sape tahu kan? Kita dituntut untuk beribadat kepada Allah (bukan bermakna malam lain tak payah beribadat n boleh buat maksiat). Tapi ini pula yang remaja kita buat. Patut ke? Tak takut ke pada azab Allah.

Lepas Ramadhan, raya la pulak kan. Siapa yang tak gembira nak sambut raya setelah kita berjaya menunaikan puasa selama sebulan kan? Hana of cause la happy. Yelah, dah lama tak balik kampung. Tahun ni pula, Hana sambut raya dengan ahli keluarga yang cukup.



Tapi apa yang Hana kesalkan, malam raya orang tua sibuk bertakbir. Tapi apa yang jadi pada orang muda? Dyorg pun sibuk jugak. Tapi sibuk duk main mercun. Bukannya Hana anti sangat orang main mercun. Hana tak kisah sangat pun. Tapi biarlah masanya sesuai. Jang la lepas buka puasa (kalau puasa la), terus main mercun. Orang nak sembahyang maghrib pun tak senang. Hana tengah sembahyang maghrib berjemaah dengan keluarga, tiba-tiba bunyi mercun yang sangat la kuat. Terkejut Hana. Mujur la tak sampai terbatal solat Hana. Tapi hilang kekhusyukan Hana yang seciput ni. Memang la kalau betul-betul khusyuk, kita takkan terganggu dengan apa pun yang jadi kat sekeliling kita. Macam yang kit abaca dalam kisah Nabi dan sahabat-sahabat dulu. Tapi Hana ni manusia biasa, yang hanya punya seciput je rasa khusyuk semasa beribadah. Jadi tolong la jangan hilangkan yang seciput tu.

Bila difikirkan, adakah ini yang remaja kita peroleh daripada madrasah Ramadhan selama sebulan ni. Kalau dikirakan CGPA macam kat IPT sekarang, rasanya mungkin rata-rata dari kita akan kena kick.



Entah la.. Hana pun tak tahu nak cakap apa. Macam mana la Hana nak menghadapi generasi akan datang bila dah posting nanti? Buntu Hana dibuatnya.

Sama-sama la kita fikir dan renungkan. Hana tak berniat untuk menyalahkan sesiapa, tapi sekadar peringatan kepada diri dan orang lain. semoga Allah sentiasa memelihara langkah kita daripada tersadung ke jalan yang salah. Amen…