CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, July 14, 2013

RENDANG ASAM UDANG

1st of all, Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua. Lama benor x update blog. Ok, alkisahnya, hari ni kononnya nk cari maklumat utk assignment sebelum esok hari memulakan tugas sebagai guru praktikum di Sekolah Putrajaya Presint 8 (1). hopefully ok2 saje...moga Allah permudahkan untuk jalani praktikum di sekolah yang ada anak menteri dalam bulan puasa + kena siapkan assignment.huhu...

Ok, balik pada tajuk. Konon la nak cari maklumat, tp terjumpa blog2 resipi.. Hoho... Memang la... So, Hana rasa macam nk share 1 resipi ni (kot2 la ada yang nak try buat juadah iftar). Juadah ni mmg feveret Hana, sangat2. Setiap kali balik mesti nak masak juadah ni. Actually dh lama nk share kat sini, tapi biasala, Hana ni bukan rajin benor. huhu... Ok la...jom check it out!

Bahan-Bahan:
A
12-18 tangkai Cili kering (kala rasa x tahan pedas, pilih cili kering yang kurang pedas)
1 inci lengkuas
1 batang serai
10-15 biji lada hitam (biasa Hana guna yg dh jadi serbuk, just campurkan dengan bahan atas ni yang dh siap blend)

B
minyak masak (xtau nk bagi ukuran berapa banyak minyak, biasa kena guna minyak banyak sikit)
2 labu bawang merah (Hana mmg suka bawang banyak2)
3-4 ulas bawang putih
setengah mangkuk air asam jawa
garam + serbuk perasa secukupnya
udang (agak2 dalam 3 or 4 orang nak makan)


Cara Memasak:
mula2 kisar bahan A sampai halus. Then, panaskan minyak dan tumis bawang merah + bawang putih sampai kekuning-kuningan. Kemudian tumiskan bahan A yang dh di blend tadi hingga garing. Sebab tu Hana ckp kena guna minyak banyak sikit, sbb kalau minyak sikit, bahan A tu x smpat nk garing. Biasa Hana selalu kena tegur ngan mak pasal ni sbb Hana x suka minyak banyak. So, kalau rasa x suka minyak banyak, dah siap boleh la buangkan minyak (mcm yang Hana slalu buat...hehe)

Ok, lepas tu, masukkan air asam jawa and garam + serbuk perasa. Lepas beberapa minit, masukkan udang. Goreng n kacau2 sampai udang masak, then siap untuk dihidangkan. ^_^


Selamat Mencuba~
(Rasa nk balik rumah, nk masak2... T_T)


*Nama je rendang, tp bkn macam rendang yg slalu kita tgk tu. Ni sbb mak Hana panggil "goreng" tu sebagai "rendang". Ikut dielek.hehe


~Oh ye, lps ni, kalau rajin, Hana share resipi pizza plak. Huhu