CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, September 14, 2018

JODOH

Assalamualaikum. Urm... Dah bertunang, lepas tu kahwin la kan? hehe
Tapi post ni xde la nk citer sgt pun psl perjalanan nk kahwin tu. Cuma lebih nak tekankan pasal jodoh. Jujurnya, semasa aku bertunang ni, aku x berani sangat nk heboh pun. Sebab aku takut sangat kalau2 x jadi. Yelah, ujian semasa bertunang ni lain macam sket kata orang. Tambahan plak mse tu Sufian Suhaimi n Elfira Loy putus tunang. Aku x minat pun 2 org ni, tp berita putus tunang agak menakutkan aku... Tapi alhamdulillah la, setakat cukup2 6 bulan aku bertunang, boleh kata xde ujian yang berat pun. Dan alhamdulillah, aku selamat diijab kabulkan dengan Encik Umar pada 22 Jun 2018 bersamaan 8 Syawal 1439H.

Setelah aku berkahwin dengan Encik Umar ni, banyak iktibar yang aku boleh simpulkan tentang JODOH. Jodoh tu kadang2 UNEXPECTED! Kadang-kadang jodoh kita tu dengan orang yang tak pernah kita sangka pun. Macam aku, aku selalu mengharapkan jodoh aku dengan orang yang aku kenal. maksudnya, biarlah orang tu aku kenal baik as a friend dulu. Sebab bila kita kawan ni, at least byk jugak kte kenal tentang orang tu. Bukan pakwe tau, kawan biasa. Kalu pakwe, byk fake jugak. Tapi tulah, rupanya jodoh aku orang yang bukan kawan aku pun. Setakat friend kat fb, x aci la kan...hehe. Kali kedua jumpa adalah hari pertunangan aku dengan dia. Dan semasa bertunang pun xde pulak dating2. Keluar pun untuk urusan kahwin dengan ditemani adik2 or anak2 buah.

Selain tu, kadang-kadang jodoh ni boleh jadi apa yang kita impikan atau sebaliknya. Macam aku, sebenarnya aku nak sama-sama cikgu jugak. Yela, senang nak cuti sama-sama. Tapi bukan semua yang kita nak tu kita dapat sebab kita taktau apa yang terbaik untuk kita. Tapi rupanya Allah bagi jugak apa yang kita nak. Alkisahnya, masa sekolah menengah, kadang2 ada jugak gedik2 ngan kwn2 kat asrama kan. Bila ada kwn tanya aku minat orang macam mana, aku slalu jawab, aku nk org yang tinggi, kurus, pakai spek, rambut lurus. Dan rupanya Encik Umar ni macam ni selain bab rambut tu. Jadi ladies, sila hati2 dalam berkata-kata. Sebab kata2 tu satu doa. Walau bergurau pun, ucaplah kata-kata yang baik.

Yang paling aku nak tekankan kat sini, buat sahabat yang terluka, heart broken. Cubalah untuk MOVE ON dan buang kekecewaan lalu. Kadang2 jodoh tu datang bila kita betul2 buang masa lalu kita. Mungkin hikmahnya supaya kita x menduakan suami kita kelak walaupun sekadar di dalam hati. I know, it is not easy to move on, but keep on trying and praying... Insya-Allah kita kuat. Allah xkan uji melebihi batas kemampuan kita. Lupakan orang yang tak reti nak hargai kita. Jangan bazirkan air mata kita pada orang yang langsung tak fikirkan tentang kita. Kalau dia betul sayangkan kita, dia takkan tinggalkan kita. Hargai orang yang hargai kita.

Dan ingatlah juga, perkahwinan bukan pengakhiran matlamat hidup kita. Itu sunnah, tapi kalau belum berjodoh, janganlah bersedih hati. Insya-Allah jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Usaha dan berdoa. dan jangan lupa, matlamat hidup kita yang sebenar adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Aku doakan yang pernah terluka agar berbahagia dan dirahmati Allah....





Sebelum nk dpt capture gambar salam ni, actually kena banyak kali snap, baru dpt... Sebab sangat la awkward nk sentuh kulit lelaki ajnabi 😶

Tuesday, September 4, 2018

E-Day Omar Hana

Jadi... Sambungan daripada kisah lepas http://hanasyakira90.blogspot.com/2018/08/cuti-akhir-tahun-2017.html
Walaupun xtau mcm mana nk bagitau parents, tp terpaksa la bagitau jugak hajat orang. Mak ayah setuju, tp bergantung kepada keputusan aku. And me.... Entah. Actually x rasa sgt pun nk kawen. Sbb aku sokmo perasan muda..hahaha
Jadi, aku buat solat istikharah. Actually dh lama jugak buat, bila ada org nk kenal, usha2 or ada yg nk masuk meminang. Jadi, skrg, aku buat lagi. And... at that time, aku rasa hati aku terbuka nk terima, even aku xde perasaan pun pada pakcik ni. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan masing2, cuma, aku fikir, kekurangan dye stkt ni byk hal2 duniawi yg turut memberikan kesan sebenarnya, tapi apa yg Nabi pernah bersabda:
"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian
ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadits ini hasan lighoirihi)"


Jadi aku terasa lapang untuk menerima dia. And then, i say yes to him... Dan setelah bincang2, we decided, dia akan dtg risik pd 22/12/17. Tapi tiba2 tukar, nk bertunang terus. X ke terkejut beruk aku. Aku ada masa dlm 2 minggu je untuk buat persiapan.

Memang la aku x terfikir pun nk ada pelamin bagai masa tunang, but still, baju lawa pun xde. Aku actually ada sepasang baju yg lawa la jugak. Aku beli masa nk amek anugerah yayasan Terengganu 2015 dulu. Aku penah gurau, nk pkai baju tu pulak masa tunang. Tapi sbb after a few years, jgn kata tunang, pakwe pun xde, aku bawak la baju tu ke Joho. Pakai je pegi skolah. And, sebabkan unexpected psl pertunangan ni, maka aku x wat balik pun baju tu. So, end up aku kena cari baju lain.

Jenuh la nk cari baju, sbb aku nk yg simple n murah. Dan jugak saiz 36. Memang payah bebenor la nk cari. Tambahan pulak dgn perangai memilih aku ni...huhuhu... Last skali, beli jugak la sepasang baju, pinjam tudung adik n pkai bunga atas kepala yg aku beli utk pkai mse Diva run bln 8 ari tu...










Make up sendiri, kek malas nk beli, buat sendiri je. kain pelikat n serban ayah bagi (ayah dpt saguhati baca doa kalu x silap), bunga tangan tu lebihan bunga masa kakmah buat apa ntah..x sure, tp byk guna apa yg ada je...heheh


Dan alhamdulillah, majlis merisik n pertunangan tu berjalan dgn lancar. Dan end up, aku x jadi pun pegi majlis tunang kakak dye pd 23/12 (esoknya)..haha

~Hidup ni penuh dgn kejutan yang kita x pernah sangka pun. Sape sangka, aku akan bertunang pd cuti bln 12 tu. Dgn someone yg kenal dlm fb je... Dulu aku rasa cliche sgt hubungan drp socmed ni... Tapi it happen...to me...huhuhu

Him

Sunday, August 26, 2018

cuti akhir tahun 2017

Assalamualaikum...dh dekat setahun x jenguk sini...dlm masa yg x sampai setahun ni, rupanya byk benda yg dh berubah...

masih diingat, post terakhir sebelum ni (23 nov 2017), sblm tamat sesi persekolahan tahun lps...di kala aku rasa lelah dengan kehidupan...its not all about relationship pun...biasala, dh dewasa, byk benda nk kena fikir, byk tanggungjawab n komitmen n u have to pretend matured all the time...huhuhu

dan x lama lepas tu, cuti sekolah pun bermula... sebelum cuti, encik B ajak dtg rumah dia, kakaknya nk bertunang katanya... aku hanya mengiyakan sbb masa raya haji aku dh bg bermacam excuse, malas nk pegi. awkward nk pegi umah org yg x bape kenal. dia lain la, slumber je dtg umah aku raya puasa lps... jadi, cuti skolah yang bermula begitu menenangkan...haha... boleh lari sekejap dari pening2 urusan kerja. tp, 2 dec 2017 tiba2 mesej dari encik B mengganggu ketenangan aku.

"Ui"
"ye?"

"Watpa"
"Mesra mall"

"kuat jalang"
"naik kete"

wat muka...
"p shopping ke apa? ke tengok wayang?"
"bawak anak2 jalan"

"mak ayah ada umah x?"
"ad. nape?"

"saje tnye. Ble boleh sy mai umah?"
"mai jela...tp bgtau awal2"

"family sedara sepupu duk tnye"
"tnye apa?

"Ble bole dtg umah awk nk mai merisik?"
"awk ni biar betul?"


x ke terkejut beruk aku kat mesra mall tu...adik aku gelak terbahak2...ceh. cmne la nk bgtau parents ni?

Thursday, November 23, 2017

hidup

lamanya x singgah sini.. sampai nak post pun dh lupa nk klik mne...

long story short...thn ni dh pindah ke sekolah lain... sk... suasana berbeza n bertambah bz...hwaaa...hahahaha

based on the topic... "hidup"... yeah... hidup ni melelahkan... tapi bila fikir psl mati, menggerunkan... amal ntah tahap mana... dosa ntah banyak mana... Allahu...

Monday, July 11, 2016

kuiz ramadhan

 Assalamualaikum.... lama x menulis... just nk share kuiz ramadhan yg Hana buat ari tu...


https://drive.google.com/drive/my-drive

Thursday, May 5, 2016

Mne Putera iRAU? ^_^

Ok, 1/4 dh pegi ledang... pastu bleh plak dyorg (KRG) buat trip pegi irau plak. Dh la penah viral irau sgt cantik, jadi, x smpai sebulan, Hana join lagi...haha.
Tapi, sbb irau sgt la jauh, so, Hana memerlukan bantuan untuk org lain drive... Hana malas drive. tq to Hayat n Mior.hehe...

 seperti biasa, takut memeori hilang, Hana share gambar kat sini.