CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, September 14, 2018

JODOH

Assalamualaikum. Urm... Dah bertunang, lepas tu kahwin la kan? hehe
Tapi post ni xde la nk citer sgt pun psl perjalanan nk kahwin tu. Cuma lebih nak tekankan pasal jodoh. Jujurnya, semasa aku bertunang ni, aku x berani sangat nk heboh pun. Sebab aku takut sangat kalau2 x jadi. Yelah, ujian semasa bertunang ni lain macam sket kata orang. Tambahan plak mse tu Sufian Suhaimi n Elfira Loy putus tunang. Aku x minat pun 2 org ni, tp berita putus tunang agak menakutkan aku... Tapi alhamdulillah la, setakat cukup2 6 bulan aku bertunang, boleh kata xde ujian yang berat pun. Dan alhamdulillah, aku selamat diijab kabulkan dengan Encik Umar pada 22 Jun 2018 bersamaan 8 Syawal 1439H.

Setelah aku berkahwin dengan Encik Umar ni, banyak iktibar yang aku boleh simpulkan tentang JODOH. Jodoh tu kadang2 UNEXPECTED! Kadang-kadang jodoh kita tu dengan orang yang tak pernah kita sangka pun. Macam aku, aku selalu mengharapkan jodoh aku dengan orang yang aku kenal. maksudnya, biarlah orang tu aku kenal baik as a friend dulu. Sebab bila kita kawan ni, at least byk jugak kte kenal tentang orang tu. Bukan pakwe tau, kawan biasa. Kalu pakwe, byk fake jugak. Tapi tulah, rupanya jodoh aku orang yang bukan kawan aku pun. Setakat friend kat fb, x aci la kan...hehe. Kali kedua jumpa adalah hari pertunangan aku dengan dia. Dan semasa bertunang pun xde pulak dating2. Keluar pun untuk urusan kahwin dengan ditemani adik2 or anak2 buah.

Selain tu, kadang-kadang jodoh ni boleh jadi apa yang kita impikan atau sebaliknya. Macam aku, sebenarnya aku nak sama-sama cikgu jugak. Yela, senang nak cuti sama-sama. Tapi bukan semua yang kita nak tu kita dapat sebab kita taktau apa yang terbaik untuk kita. Tapi rupanya Allah bagi jugak apa yang kita nak. Alkisahnya, masa sekolah menengah, kadang2 ada jugak gedik2 ngan kwn2 kat asrama kan. Bila ada kwn tanya aku minat orang macam mana, aku slalu jawab, aku nk org yang tinggi, kurus, pakai spek, rambut lurus. Dan rupanya Encik Umar ni macam ni selain bab rambut tu. Jadi ladies, sila hati2 dalam berkata-kata. Sebab kata2 tu satu doa. Walau bergurau pun, ucaplah kata-kata yang baik.

Yang paling aku nak tekankan kat sini, buat sahabat yang terluka, heart broken. Cubalah untuk MOVE ON dan buang kekecewaan lalu. Kadang2 jodoh tu datang bila kita betul2 buang masa lalu kita. Mungkin hikmahnya supaya kita x menduakan suami kita kelak walaupun sekadar di dalam hati. I know, it is not easy to move on, but keep on trying and praying... Insya-Allah kita kuat. Allah xkan uji melebihi batas kemampuan kita. Lupakan orang yang tak reti nak hargai kita. Jangan bazirkan air mata kita pada orang yang langsung tak fikirkan tentang kita. Kalau dia betul sayangkan kita, dia takkan tinggalkan kita. Hargai orang yang hargai kita.

Dan ingatlah juga, perkahwinan bukan pengakhiran matlamat hidup kita. Itu sunnah, tapi kalau belum berjodoh, janganlah bersedih hati. Insya-Allah jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Usaha dan berdoa. dan jangan lupa, matlamat hidup kita yang sebenar adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Aku doakan yang pernah terluka agar berbahagia dan dirahmati Allah....





Sebelum nk dpt capture gambar salam ni, actually kena banyak kali snap, baru dpt... Sebab sangat la awkward nk sentuh kulit lelaki ajnabi 😶

No comments:

Post a Comment