CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, May 10, 2011

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Setiap manusia mewarisi genetik dari trait ibu bapa masing-masing. Seseorang manusia yang normal mempunyai 46 kromosom yang mana mempunyai ciri-ciri yang ada pada seseorang individu tersebut. Faktor genetik atau faktor baka ini memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan fizikal seseorang individu.

Namun begitu, faktor baka bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, kendiri mahupun sosioekonomi seseorang individu. Persekitaran juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas perubahan perkembangan fizikal individu.

Ramai pengkaji yang berdebat tentang pengaruh faktor-faktor ini ke atas perkembangan kanak-kanak sejak sekian lama. Ada yang berpendapat faktor baka memainkan peranan yang lebih penting, namun ada pula pihak yang emndakwa faktor persekitaran lebih mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ada pula pihak lain yang berpendapat baka menetapkan had atau tahap perkembangan individu manakala persekitaran menambah atau menghalang perkembangannya.

Namun, apa yang pasti, kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan indivdiu. Tidak hairanlah salah satu aspek yang ditekankan oleh Rasulullah di dalam hadis Baginda yang bermaksud:

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Dalam hadis tersebut, keturunan dan kecantikan merupakan faktor baka, manakala harta dan agama merupakan faktor persekitaran. Ia menjadi bukti dan dalil bahawa, kedua-dua faktor ini sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan individu.

Dari segi perkembangan fizikal, sekiranya sepasang suami isteri mempunyai kulit yang cerah, besar kemungkinan anak-anaknya akan mempunyai kulit yang cerah juga. Sekiranya ada antara anak-anaknya mempunyai kulit yang gelap, mereka mungkin mewarisi gen berkulit gelap yang tersembunyi dalam trait ibu bapanya. Ini kerana, mungkin ibu bapa pasangan terbabit iaitu datuk dan nenek anak-anaknya berkulit gelap.

Selain itu, kita dapat lihat, kebanyakan orang melayu mempunyai rambut ikal mayang berwarna hitam. Oran cina juga mempunyai rambut yang hitam namun lurus. Manakala orang mexico pula kebanyakannya mempunyai rambut yang merah keperangan. Ini terjadi kerana ia dipengaruhi oleh faktor baka.

Pun begitu, faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi kulit anak-anak ini. Walaupun ibu bapanya berkulit cerah, namun anaknya boleh mempunyai kulit yang gelap jika sering terlibat dengan aktiviti luar yang terdedah dengan matahari. Kita dapat lihat, kebanyakan orang yang bekerja di laut mempunyai kulit yang gelap kerana sering terdedah dengan cahaya matahari dan suasana di pantai dan laut sangat panas.

Seterusnya, kedua-dua faktor ini juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif. Kebiasaannya, ibu bapa yang pandai akan mempunyai anak-anak yang pandai. Selain itu, bakat seni ibu bapa biasanya akan turut diwarisi oleh anak-anaknya. Oleh sebab itulah, salah satu cirri yang perlu ada pada wanita atau lelaki yang ingin dikahwini adalah keturunan yang baik. Ini kerana, perkembangan kognitif seseorang itu juga dipengaruhi oleh faktor baka.

Sungguhpun begitu, faktor persekitaran tidak ketinggalan mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai otak yang genius, namun persekitarannya membantutnya untuk meneroka ilmu, perkembangan kognitifnya juga turut terbantut. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu mempunya otak yang genius, tetapi sering dibuli, emosinya akan terganggu dan akan mengganggu dan membantutkan perkembangan kognitifnya juga. Tidak ketinggalan, sekiranya seseorang itu mempunyai sikap yang malas, menjalani gaya hidup bebas dan tidak menumpukan pelajaran atau sering ponteng, perkembangan kognitifnya juga boleh terganggu.

Kerana itulah, tidak semua anak-anak orang yang terpelajar berjaya di dalam peperiksaan dan kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di pedalaman tidak tahu menulis dan membaca. Ini kerana persekitaran mereka mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk identitit kanak-kanak agar cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik, malah juga dalam aspek sahsiah dan ketrampilan diri.

No comments:

Post a Comment