CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, May 10, 2011

PMI

a- huraikan PMI dan apakah PMI ke atas idea ini? Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.
P - PLUS (kebaikan)
M - MINUS (keburukan)
I - INTERESTING (menarik)
PMI merupakan singkatan bagi PLUS, MINUS, INTERESTING iaitu baik, buruk dan menarik. PMI merupakan alat berfikir yang sangat penting dalam sesebuah perbincangan. Ia membantu dalam memilih tindakan yang patut diambil dari segi kebaikan atau kelebihan sesuatu tindakan, juga keburukan tindakan tersebut dan juga apakah nilai tambah sesuatu tindakan tersebut.
Bagaimana kita ingin menggunakan alat berfikir PMI ini?
* Buat satu lajur yang tertulis ‘PLUS (kebaikan)’. Dalam lajur ini, senaraikan semua kebaikan ke atas tindakan si ibu yang meletakkan tabung syiling, supaya anaknya membayar jika ingin menonton televisyen.
* Kemudian, tuliskan pula segala keburukan tindakan tersebut dalam lajur kedua, iaitu lajur ‘MINUS (keburukan)’
* Dalam lajur terakhir, iaitu lajur ‘INTERESTING (menarik)’, tuliskan semua kebarangkalian dan kemungkinan apabila mengambil tindakan tersebut sama ada ia positif, negatif ataupun bukan positif mahupun negatif.
Setelah anda menyudahkan langkah ini, tambahkan mata bagi setiap tindakan yang patut diambil, dan tolakkan mata bagi setiap tindakan yang tidak patut dibuat.
Dalam langkah yang lebih mudah kita boleh :
  • Melihat kedua-dua belah pihak (kebaikan dan keburukan)
  • Lihat setiap tindakan tersebut dari sudut yang berbeza
  • Fikir sedalamnya tentang isu tersebut
Kita telah mengetahui apa itu PMI. Sekarang, kita beralih kepada soalan mengenai seorang ibu yang meletakkan tabung syiling kepada anak-anaknya sebagai bayaran untuk menonton televisyen.
PLUS (kebaikan)
MINUS (keburukan)
INTERESTING (menarik)
Mengurangkan waktu untuk anak-anak ibu terbabit menonton televisyen. (5)
Minda anak-anak akan kurang berkembang kerana menerima kurang maklumat. (-3)
Ianya unik kerana belum pernah dilakukan oleh ibu-ibu. (3)
Dapat mengawal wang anak-anak dari dibazirkan ke tempat lain. (5)
Mereka akan lebih meluangkan masa di luar. (-5)
Satu cara untuk mengajar anak-anak untuk menyimpan wang. (3)
Dapat menggunakan duit tersebut untuk membayar bil elektrik. (3)
Wang poket yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan dan buku rujukan digunakan untuk menonton televisyen. (-5)
Kaedah yang digunakan menyerupai seperti telefon awam. (1)
Anak-anak akan mempunyai masa yang lebih untuk menyiapkan kerja sekolah. (5)
Satu cara untuk mengajar anak-anak. (3)

No comments:

Post a Comment