CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, May 10, 2011

C&S

e- Terangkan C & S dan buat satu C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini iaitu pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot.
Terdapat banyak perkara di dunia ini yang akan berubah dari semasa ke semasa. Apabila revolusi perindustrian berlaku, banyak benda akan tercipta bagi emmudahkan kerja manusia. Perubahan ini berlaku dari semasa ke semasa, tahun ke tahun selagi masa berjalan. Dapat kita lihat, kalau suatu masa dahulu, manusia perlu menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk merantau dari satu tempat ke tempat yang lain. kemudian, terciptanya kereta kuda dan lembu, dan selepas itu kapal pula mendapat tempat dengan dapat bergerak dengan lebih laju. Beberapa dekad yang lalu, kapal terbang mula menjadi pilihan utama kerana dapat lebih menjimatkan waktu berbanding kapal. Namun kini, jet telah terbukti dapat membawa manusia lebih jauh dengan lebih pantas, sehinggakan manusia mampu menjejak ke luar ruang angkasa.
Namun, segala perubahan yang berlaku turut diiringi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Justeru, dalam melakukan sesuatu keputusan, kita perlu mengambil kira banyak aspek untuk kesan jangka pendek, sederhana dan panjang. Kesan-kesan ini bukan hanya terhad kepada diri sendiri sahaja, bahkan juga kepada masyarakat, negara dan alam sekitar.
C & S membantu kita dalam menganalisis semua maklumat dan mengambil kira semua maklumat tersebut untuk membuat keputusan yang bijak. C & S boleh berfungsi dengan kita menyenaraikan semua kesan yang mempunyai kemungkinan akan berlaku dan kemudian, catat segala kemungkinan tersebut mengikut urutan, iaitu kesan jangka serta merta, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang ini dibahagi mengikut:
  • Kesan jangka serta merta : segera-1 tahun
  • Kesan jangka pendek : 1-5 tahun
  • Kesan jangka sederhana : 5-25 tahun
  • Kesan jangka panjang : lebih dari 25 tahun
Alat ini membuatkan kita berfikir di luar kotak, bukan hanya tertumpu kepada apa yang berada di depan mata sahaja. Dengan berfikir jauh ke masa hadapan, akan membuatkan kita memperoleh lebih idea bagi meningkatkan mutu persediaan kita.
Baiklah, C & S telah pun saya terangkan. Ayuh kita lihat pengaplikasian C & S terhadap soalan di atas.

Kesan jangka serta merta
  • Bebanan kerja akan berkurang
  • Pekerja tidak akan berasa stress lagi semasa bekerja
  • Pekerja tidak akan ponteng kerja mereka
  • Ramai orang akan kehilangan pekerjaan
  • Produktiviti pekerja akn meningkat kerana kurang bebanan kerja
  • Kualiti pekerja akan meningkat

Kesan jangka pendek
  • Pekerja akan mula berasa bosan dengan kerjanya
  • Hubungan sosial antara pekerja akn terbatas
  • Pekerja akan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga
  • Pekerja hanya akan mendapat sedikit pengalaman kerja kerana banyak daripada kerjanya dilakukan oleh robot

Kesan jangka sederhana
· Akan berlakunya persaingan yang amat sengit antara manusia dan robot dalam sesebuah pekerjaan
· Manusia akan hilang autoriti
· Manusia akan menderita kerana stress
· Produktiviti akan berkurang
· Berlakunya peningkatan dalam penciptaan robot-robot yang berteknologi tinggi
· Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memastikan fungsi robot sentiasa dalam keadaan baik


Kesan jangka panjang

· Sistem robot akan dijangkiti virus
· Manusia akan hilang kawalan terhadap robot tersebut
· Robot-robot akan mengawal manusia pula
· Tiada lagi kerja untuk manusia kerana semuanya telah dikuasai robot
· Manusia akan kehilangan hak
· Robot akan menguasai bumi dan menghapuskan manusia

No comments:

Post a Comment