Seperti yang telah diterangkan dalam pendahuluan, perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Antara contoh aktiviti-aktiviti fizikal ialah duduk, berjalan, berlari, melompat, memanipulasi objek dan sebagainya. Perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori terutamanya penglihatan dan pendengaran.
Perkembangan fizikal tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu memberikan implikasi yang besar bagi diri setiap kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan fizikal sebenarnya banyak mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa, kendiri dan emosi seseorang kanak-kanak.
Berdasarkan perkembangan fizikal ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan fizikal mereka. Contohnya, kanak-kanak ini masih belum sesuai untuk diberi peluang bermain permainan yang terlalu lasak seperti permainan ragbi. Apatah lagi jika disuruh bermain dengan orang yang jauh lebih besar berbanding mereka. Ia boleh menyebabkan murid ini tercedera.
Selain itu, pemakanan yang bersesuaian adalah perlu bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak ini tidak terjejas dan terbantut. Pengambilan makan seimbang adalah penting untuk mengelakkan obesiti ataupun terlalu kurus. Ini kerana, pada peringkat umur ini, kanak-kanak sedang membesar.
Sekiranya perkembangan fizikalnya terbantut, ia boleh mengganggu emosinya dan menghilangkan keyakinannya untuk bersama dan bersosial secra sihat dengan rakan-rakan sebaya. Ia juga boleh membantut minatnya yang menjurus ke arah berbentuk fizikal contohnya bermain bola sepak.
Seterusnya, guru perlu bijak menempatkan murid-murid di dalam kelas mengikut saiz badannya. Sekiranya murid kecil, maka perlulah diletakkan di hadapan agar mudah baginya untuk menjalani proses P&P. Sekiranya penyususunan meja di dalam kelas secar berkumpulan, guru tidak seharusnya meletakkan seorang murid yang kecil bersama ramai murid yang besar. Ini mungkin boleh menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment