CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Monday, May 24, 2010

TGFU

Assalamualaikum... Untuk post kali ni, Hana nak share psl TGFU (Model Teaching Games for Understanding Approach) lak...
ni assignmenet Hana sem lepas..masih hana ingat, bukan main pening nak wat assignment ni sbb Hana bkn dak PJ dan memang cetek sket ilmu sal PJ ni. so, bila kena wat assignment PJ, mula la pening kepala. bila cari maklumat kat internet, susah bebenor nak dapat maklumat dalam BM. kalau ada pun, maklumat yg ada tu terhad sgt. Hana bukan pe, kalu maklumatnya dalam BI, benda yg Hana kurang arif(PJ), kang tersilap translate lak, nanyer lak assignment Hana nanti. kalau sal bio ke, chem ke, ok r kalu maklumat in english pun.so, disebabkan tu, Hana nak kongsi la benda alah TGFU ni dalam versi BM. apa2 yg terkurang tu, terima je la ek...kalu nak complete, kena cari maklumat dari byk sumber.





Model Teaching Games for Understanding Approach (1986)

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkann faedah yang baik.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.
Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.
Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan memfokuskan kemahiran asas ( theoritical base ) dan ‘peringkat jangka masa singkat’ ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.




Kategori permainan model TGFU
Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU ini. Antaranya ialah:
• Target
– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
– Contoh: bowling, archery, golf

• Striking / Fielding
– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
– Contoh: baseball , softball, cricket

• Net / Wall
– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
– Contoh: badminton, squash, table tennis

• Invasion / Serangan
– Permainan berpasukan
– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
– Contoh: soccer, basketball, handball

35 comments:

  1. ada contoh permainan serangan x? really need it....

    ReplyDelete
  2. ada contoh kat atas tu...basketball, handball....

    ReplyDelete
  3. sgt berguna..thz ya..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. salam,,
      saya pelajar UPSi sem 3 Opsyen Pj, ade x conntoh asiment, ni pun dah banyak leh membant saya. saya nak tgk mcm mn awk mengolah berkaitan TGFU dlm permainan.. tq

      Delete
    2. waalaikumussalam...
      maaf la, sy rasa assignment ni dh xde..ni assignment sy pada awal 2010...
      lgpun, sy dh agak lupa pada pada tajuk ni...sy opsyen agama, jadi kurang ilmu dalam bidang berkaitan PJ ni...maaf ye..

      Delete
  5. nak tnye..xtau nak pgl ape..bljr mktb ek?sem brape?de x sal pengasas tgfu?

    ReplyDelete
  6. panggil Hana je. a'ah, belajar kat maktab (IPG).
    saya sem 2 ijazah.
    rasanya dh xde la. sbb ni assignment masa saya sem 2 foundation dulu.
    awk sem berapa?maktab mana?

    ReplyDelete
  7. tq kak...ade maklumat lebeh x??

    ReplyDelete
  8. ada tp in english la...
    kalau nk, bg emel

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam, hana leh x share topik ni? tolong email kat kasih552000@yahoo.com. tq

      Delete
    2. as salam hana, boleh x saya minta bahan atau nota mengenai TGFU. ni email saya kasih552000@yahoo.com TQ

      Delete
  9. owh, kre kte sme sem lah ek..tp knpa sy baru bljr sem ni?knpa x sme ek?plek2..hana mktb mne?nak jgk yg dlm bi..

    ReplyDelete
  10. mungkin berbeza sket kot antara maktab. awk course apa? maktab mne?
    kalau nak, bg la emel...

    ReplyDelete
  11. sy ambk kos math..mktb teknik..awk ktne?
    ok2.. firasuja@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. oh...sy maktab perguruan Islam.
    jap ek, sy send

    ReplyDelete
  13. terima kasih... mohon share ye

    ReplyDelete
  14. langkah-langkah dalam model tgfu ad x?

    ReplyDelete
  15. mungkin nota ada, tp sy dh lupa la...ni asgnmnt sy tahun lps...lgpun sy bkn major pjk...maaf ye...

    ReplyDelete
  16. salam...mtk share..(=

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam...sila2...moga bermanfaat ^^

    ReplyDelete
  18. tq hana..sgt2 membantu..

    ReplyDelete
  19. tq hana..sgt2 membantu, br la sy phm sdikit mengenai tgfu ni..

    ReplyDelete
  20. tolong email bahan berkenaan tgfu @ ape2 yg berkaitan...... impul30@gmail.com..... tq sesangan sbb dah pening....hehehe

    ReplyDelete
  21. ekin emy>alhamdulillah kerana bisa membantu wlpn sedikit...

    ReplyDelete
  22. ada asignment tgfu x? portfolio

    ReplyDelete