CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, October 16, 2011

2.3 SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua...hopefully korang semua sihat2 la hendaknya yer,,,jgn selsema n batuk mcm Hana ni...esok dh nk exam...huhu....doakan Hana utk exam esok ek...Ok la, post kali ni, pasal 1 of my assignment. utk Gerko. Hana amek futsal sem ni. salah 1 soalan dlm asgnmnt tu, kena citer tentang pengenalan, sejarah futsal di dunia n di Malaysia. pengenalan n sejarah di dunia ok la... Tp sejarah futsal di Malaysia punyer la payah nk dpt maklumat...huhu...Buku pun xde...huhu... Maklumat yg Hana tulis ni pun hasil gabungan dr cebisan2 maklumat yg Hana dpt dr internet. Punyer la byk web yg Hana kena rujuk...huhu... So, untuk elakkan korang yg bakal dpt permainan futsal jugak sem akan2 dtg drp menghadapi nasib yg sama cam Hana, so, Hana post la hasil keje yg x seberapa ni... Tp, peringatan PENTING! jgn tiru ek, just jadikan sbg rujukan. Amalan plagiat kan x dibenarkan.. Lagipun, plagiat tu sama je mcm menipu. BERDOSA tau... ingat (gaya upin...hehe)



2.3 SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA

            Seperti yang telah diterangkan di dalam sejarah futsal di dunia, sukan futsal mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1989 di dalam Piala Dunia Futsal FIFA di Rosterdam, Belanda yang telah dimenangi oleh Brazil. Selepas kejohanan ini, sukan futsal mula mendapat perhatian yang meluas dari perbagai pihak di seluruh dunia.

            Namun begitu, sukan ini hanya mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 1990 an. Hal ini kerana, masih kurang orang yang berminat dengan sukan ini kerana pengaruh sukan bola sepak dan badminton lebih kuat di Malaysia pada ketika itu. Selain itu, sukan futsal kurang mendapat pendedahan yang meluas daripada pihak media di Malaysia.

            Pun begitu, pada tahun 2000, sukan futsal mula menjadi sukan yang terkenal di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hampir setiap golongan umur meminati sukan bola sepak, tetapi sukan ini memerlukan stamina yang tinggi, padang yang luas dan pemain yang ramai. Oleh itu, ramai yang mula berminat dengan sukan futsal kerana ia lebih mudah dimainkan, tidak memerlukan pemain yang ramai dan padang yang luas. Ia juga mendapat sambutan bukan hanya daripada golongan lelaki, malah turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan wanita. Selain itu, sambutan daripada golongan kanak-kanak dan golongan tua juga sangat menggalakkan berbanding dengan suka bola sepak.

            Sukan futsal menjadi lebih terkenal apabila krew produksi program TV inovatif 3R telah bekerjasama dengan Red Films telah menerbitkan sebuah filem yang berkisarkan sukan futsal iaitu filem “Gol & Gincu”. Filem ini telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia tentang sukan futsal. Melihatkan kejayaan file mini, drama rentetan filem ini iaitu Gol & Gincu The Series telah ditayangkan di TV8 pada tahun 2006.

Rajah 2.3.1: Filem Gol & Gincu

            Setelah itu, program TV inovatif 3R telah menganjurkan pertandingan futsal terbuka wanita terbesar di Malaysia pada tahun 2006. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada berbagai pihak dan turut mendapat sokongan daripada artis setempat. Setelah kejayaan filem, drama dan pertandingan ini, pusat-pusat futsal telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh Malaysia sama ada pengusaha ataupun dibina oleh exco negeri setempat.

            Berbagai usaha telah dilakukan oleh berbagai pihak bagi mengembangkan lagi sukan ini, contohnya memasukkan sukan ini ke dalam Kejohanan Sukan Universiti, Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011, Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 dan lain-lain. Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 telah mencatatkan acara futsal paling besar yang pernah diadakan di negara ini dan telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Rajah 2.3.2: Poster Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011


Rajah 2.3.3: Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011

Selain itu, golongan penggiat seni juga turut memberikan kerjasama dan galakan kepada sukan ini. Contohnya, pada tahun 2010, ramai artis terkenal seperti Hattan, Tomok, Zahid, Rabecca Nur Al-Islam, Amylea, Shahz Jazle, Fizo Omar, Intan Ladyana, Chaq dan ramai lagi serta penyampai-penyampai radio Hot Fm telah menggegar lapangan futsal di Sports Planet Subang Grand sempena Kejohanan EPLx Kosmo! Football Fever 2010.

Rajah 2.3.4: Logo Kejohanan EPLx Kosmo! Football Fever 2010.

            Semasa sukan ini mula bertapak di Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pasukan Futsal Malaysia yang berada di bawah seliaan FAM. Pasukan Malaysia pernah bermain dalam Piala Dunia Futsal FIFA pada tahun 1996, namun pulang tanpa memperoleh sebarang pingat.

Rajah 2.3.5: Logo Piala Dunia Futsal FIFA 2008

            Malaysia juga pernah menyertai dan menjadi tuan rumah bagi Asean Football Confederation (AFC) Futsal Championship 1999 dan berada pada kedudukan kelapan daripada sembilan pasukan. Pada tahun 2001, Malaysia telah menyertai Asean Futsal Championship dan telah menduduki tempat ketiga daripada lima pasukan dalam peringkat kumpulan. Pada AFC seterusnya iaitu pada tahun 2003, Malaysia telah berjaya mengukuhkan kedudukan dengan berjaya memasuki perlawanan akhir, namun terpaksa akur di tempat kedua sahaja. Pun begitu, pada tahun-tahun berikutnya, pasukan Malaysia mengalami kemerosotan sehinggalah tidak lagi menyertai Asean Futsal Championship yang terbaru iaitu pada tahun 2010.

            Berikut merupakan senarai jurulatih Pasukan Futsal Malaysia:
Tahun
Jurulatih
1999
Abdul Rahman Ismail
1999-2002
Bahwandi Hiralal
2007-2009
P. Balakrishnan
2009-2011
Maizal Hairi Marzuki
Jadual 2.3.1: Senarai Jurulatih Pasukan Futsal Malaysia


 ~ibu jari kiri yg silap urat time main futsal bln lps x sembuh2 lg...huhu

23 comments:

  1. mohon izin untuk bahan esaimen..

    ReplyDelete
  2. mohon izin untuk sebagai maklumat diletakan dalam buku log....

    ReplyDelete
  3. Nice Info...Keep it up!! :)

    ReplyDelete
  4. mohon izin untuk dijadikan rujukan dalam assignment :)

    ReplyDelete
  5. nak mintak izin rujuk sebagai bahan kerja ?

    ReplyDelete
  6. Nak mintak izin untuk gunakan info ini sebagai bahan rujukan assignment :)

    ReplyDelete
  7. Nak mintak izin untuk gunakan info ini sebagai bahan rujukan assignment :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih bagi maklumat..saya bdk f6 nak kene buat kerja khusus Pengajian am.saya buat pasal futsal..so saya ambik ckit2 isi dalm nie..harap2 hana x kisah lar ye..^_^

    ReplyDelete
  9. siapa orang yang pertama main futsal di Malaysia? serta memajukannya.

    ReplyDelete
  10. berapa peratuskah kenaikan graf sukan futsal ini dimainkan dr tahun 1990 2000 2010 n sekarang?

    ReplyDelete
  11. nak copy n ejas sikit2 buat esaimen yea kak..mnx izin..mnx izin..

    ReplyDelete
  12. mohon ambil info untuk penulisan ye..tq

    ReplyDelete