Untuk subjek Teknologi dalam Pendidikan ni, Hana pun xtau nape kena buat latihan berkaitan kegunaan telur... Tapi dah lecturer suh buat, Hana buat la... Mungkin ada la tu hidden information di sebalik latihan ni kot. Xpela...lagipun lecturer ni best. X abaikan pun pengajaran. Ok, lets check it out apa tu kegunaan telur.... ^^
BAHAN MASAKAN
Telur adalah antara bahan masakan yang
popular kerana banyak digunakan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Bagi
masakan yang menggunakan telur sebagai bahan utama, telur boleh disediakan
secara ringkas, contohnya telur rebus mahupun secara sedikit rumit seperti
telur bungkus.
Di samping itu, telur turut digunakan
sebagai bahan sampingan dalam masakan lain contohnya kek, bingka, tart, char
kuew teow dan lain-lain. Ia membantu memekatkan kuah atau menjadikan bancuhan
kek menaik dan gebu.
RAWATAN KECANTIKAN
Ramai wanita yang sanggup menghabiskan
sejumlah besar wang semata-mata untuk membeli produk kecantikan. Namun
sebenarnya telur yang selalu ada di dapur itu boleh digunakan bagi tujuan
rawatan kesihatan. Telur boleh digunakan sebagai masker wajah bagi membantu
merawat kulit yang kering dan berminyak.
PERUBATAN
Telur juga turut digunakan untuk tujuan
perubatan. Ini kerana, telur kaya dengan protein, asid amino, asid lemak omega
3, vitamin, folik, kolina dan kalsium. Melalui kajian terbaru, telur terbukti
dapat membantu menyeimbangkan kandungan kolestrol dalam darah. Kandungan asid
lemak omega 3 yang tinggi pula dapat membantu mengurangkan risiko sakit
jantung.
Mengikut amalan orang-orang tua
terdahulu, sekiranya seseorang itu selalu sakit di bahagian dada dan sering
batuk akibat kerja berat seperti buruh, maka digalakkan mengambil telur kampung
separuh masak yang dicampurkan bersama madu dan serbuk lada hitam setiap pagi.
Namun, petua ini masih belum terbukti keberkesanannya secara klinikal.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Telur bukan hanya terhad sebagai sumber
makanan semata-mata. Telur juga selalu digunakan sebagai bahan bantu di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam pengajaran seni,
kulit telur digunakan bagi membuat boneka. Selain itu, ia juga kerap digunakan
dalam eksperimen sains seperti dalam eksperimen yang mengkaji kandungan
ammonia.
BAJA
Tanpa disedari kulit telur juga
sebenarnya mempunyai manfaatnya kepada manusia. Ia sangat baik untuk dijadikan
baja kepada tanaman. Ini kerana kulit telur adalah bahan yang mudah diuraikan
oleh mikroorganisme di dalam tanah. Melalui penguraian ini, kalsium dan
beberapa kandungan mineral lain akan terhasil.
ISTIADAT KEBUDAYAAN
Telur juga turut digunakan dalam adat
istiadat kebudayaan. Dalam perayaan Paskah (Easter), telur separuh masak akan
dihias atau dicat dengan cantik dan disembunyikan. Kemudian, kanak-kanak akan
diminta untuk mencarinya. Ia dipanggil “Pencarian Telur Easter”.
Dalam kebuadayaan Melayu pula, dalam
majlis-majlis perkahwinan, telur biasanya digunakan sebagai bunga telur sebagai
salah satu daripada dulang hantaran dan diberikan kepada tetamu yang hadir.
SUMBER:
Aienshanieys. http://aienshanieys.wordpress.com/pemilihan-pemakanan/telur/. Dilayari pada 02 Julai 2012
Tenggeng007.
http://blogrenaldi.blogdetik.com/kegunaan-telur-sangat-banyak/. Dilayari pada 02 Julai 2012
Unikversiti.http://unikversiti.blogspot.com/2011/07/12-rawatan-alamiah-dari-dapur-anda.html.
. Dilayari pada 02 Julai 2012
Kosmo.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm. Dilayari pada 02 Julai 2012
No comments:
Post a Comment