CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, April 20, 2010

tugasan@assignment

Alhamdulillah....tepat jam 2.26 pagi hari ini (20 April 2010), tugasan saya yang terakhir siap juga. lepas ni, rasa lega la sikit walaupun masih terikat dengan banyak komitmen...

Hidup di IPG ini, dalam erti kata lain, dalam proses untuk menjadi seorang guru, ianya bukanlah semudah yang saya fikirkan sebelum ini. walaupun proses pembelajarannya tidaklah terlalu mengancam seperti hidup saya di matrik dulu, tapi untuk menjadi seorang guru, saya perlu cuba untuk menguasai semua bidang. bukan hanya terhad dalam dalam pembelajaran sahaja.

Mungkin bagi sesetengah orang akan berfikir, "ala...mudah je, copy kan senang".. Namun bagi saya, ye copy and paste memang senang, tapi inikah kita generasi guru akan datang? guru pasti sahaja tidak suka andainya murid meniru. tapi, sedarkah guru tersebut bahawa dia mendapat lesen sebagai guru juga dengan cara meniru? lagipun, dalam apa jua yang kita lakukan, keberkatan dan keredhaan Ilahi jua yang kita harapkan. berkatkah ilmu yang kita peroleh andainya kita meniru? fikirkanlah...
lagi pula, saya lebih suka andainya kerja yang saya hantar itu, adalah hasil titik peluh saya sendiri walaupun ianya tidak secantik dan sehebat orang lain, tapi yang penting, ia adalah hasil kerja saya sendiri.

untuk menjadi seorang guru juga,kita perlu siapkan diri kita dengan berbagai kemahiran. disebabkan itulah, saya sentiasa sahaja sibuk dengan berbagai tanggungjawab. kerana bagi saya, di sinilah tempat bagi saya menimba sebanyak yang boleh pengalaman untuk saya jadikan panduan apabila bergelar seorang guru kelak.tipulah kalau saya cakap tak penat. penat, amat penat. kadang-kadang pun tertekan juga. tapi itulah sebenarnya kemanisan dalam menuntut ilmu.

saya amat berharap, saya akan menjadi murabbi yang benar-benar murabbi kepada anak-anak murid saya kelak. ingin saya lihat anak-anak murid saya kelak menjadi orang yang berjaya di dunia, mahupun di akhirat nanti....ameen...

~semoga langkahku dipermudah dan diredhaiMu, Ya Allah...

No comments:

Post a Comment