CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Monday, August 2, 2010

أهلا وسهلا يا رمضان






Pejam celik, pejam celik, pejam… celik lagi, pejam lagi, alhamdulillah masih mampu celik lagi..heheh… pantas betul masa berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar, umur pun dah menjangkau 20 tahun. Apa? 20 tahun? Ish.. dah besar rupanya Hana..hehe..ok la…sebenarnya, Hana tengah nak rest jap..penat sangat menaip jawi (untuk assignment qiraat Hana)…so, sambil-sambil rest ni, lepak jap kat blog. Kebetulan, dh lebih seminggu rasanya Hana x update blog. Sibuk..huhu…so, kat sini, Hana nak post la satu kisah untuk share dengan anda semua (walaupun Hana xde Hana x kasi pun kawan-kawan follow blog Hana. So, Hana rasa xde orang pun yang nak baca. Takpe2, Hana nak citer gak. Mana la tau, satu hari nanti ada orang yang terbuka blog Hana ke. Harapnya dia dapat la sedikit manfaat bila baca blog Hana (walaupun byk yang merapu…heheh)

Okey la. Banyak merapu lak Hana ni. Kita berbalik pada matlamat asal… Sebenarnya Hana nak bercerita tentang satu kenangan semasa menuntut di matrikulasi dulu. kisah yang berkaitan dengan kedatangan bulan yang bakal bertemu dengan kita tak lama je lagi (kalau masih dipanjangkan umur) iaitu Bulan Ramadhan.

Hana tak tahu kenapa, Hana suka Bulan Ramadhan, sejak kecik lagi. And I think, mesti ramai lagi umat Islam kat luar sana tu yang sukakan bulan yang penuh barakah ni, meskipun Hana tak nafikan, penat puasa ni. Siapa yang cakap tak penat? Memang penat, lapar, dahaga. Tambah lagi kalau duduk kat rumah. Tengah-tengah tolong mak buat kuih untuk juadah berbuka, memang betul-betul terliur la. Serius, tak tipu. (touching la pulak, tahun ni dah jadi tahun ke-8 Hana puasa berjauhan dari rumah (since form 1)








Okey la, balik pada matlamat asal, kisah Hana berpuasa di matrikulasi. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Hana pun. Nak cerita pasal orang lain sebenarnya. Suasana puasa kat matrikulasi dulu best juga. Ada bazaar ramadhan kecil yang dibuka dalam kawasan matrik. Alhamdulillah, maklumlah, kami tak boleh keluar dari akwan matrik selain hari Jumaat dan sabtu je. Ada macam-macam jugak juadah yang dijual. Ada yang mahal, ada yang murah. Masa ni la mula berjinak-jinak dengan Roti John. Masa duduk kampong atau asrama sekolah dulu, tak tergerak hati la pulak nak beli. Hana paling kerap beli nasi goreng+telur mata kerbau+udang seekor. Memang sedap betul la nasi ni. (sebenarnya yang tambah lebih sedap sebab harganya murah=RM2.00 je. Murah la berbanding juadah lain. duduk matrik ni memang kena jimat duit, sebab elaun tak cukup. Nak minta elaun P.A.M.A xleh kerap sangat. Mak ayah orang susah)







Kata tak nak citer sal Hana, tapi citer jugak..ish2.. okey la, balik pada matlamat asal. Hana nak citer tentang seorang kawan Hana ni. Dia ni India. Bukan India Muslim tau, memang non-muslim la. Bila dah berkawan dengan kawan-kawan yang majoritinya orang Islam, so bila dah sampai Bulan Ramadhan ni, dia pun nak jugak merasa berpuasa. Biasalah, remaja kan suka mencuba. Tapi yang tak boleh blah nyer, punyer la bersahur lebih-lebih dari orang yang nak puasa betul-betul, tapi belum sampai tengahari dah lemah longlai dah. Dah tak larat sangat dah. Tapi dia tahan jugak. Tak nak putus asa katanya. Dalam kuliah pun dah tersengguk-sengguk. Tapi tahan lagi. Sampai la maghrib, tangan memang dah laju sambar kuih. Tapi baru dia perasan, orang lain duk tadah tangan, baca doa. Dia lepas balik kuih tu, sama-sama tadah jugak. Then, bila aminkan doa, terus la dia melahab makanan yang terhidang tu.. tu la alkisah seorang non-muslim yang cuba berpuasa pada Bulan Ramadhan. Tahniah la kat dia sebab berjaya gak ‘berpuasa’ penuh satu hari.







Bila difikir balik, umat Islam ni lagi kuat la, sebab ramai kanak-kanak yang berjaya puasa penuh sebulan Ramadhan. Padahal apa la sangat kudrat seorang kanak-kanak kan? Tapi apa yang Hana kesalkan, yang besar-besar ni. Dah layak jadi bapak budak, mak budak dah. Tapi bila sentuh bab-bab puasa, kenapa susah sangat? Mati ke kalau puasa? Diet boleh la pulak. Padahal diet tu lagi lapar. (berdasarkan pengalaman, Hana penah try untuk diet(padahal berat naik sikit je…haha), tapi memang tak tahan. Lapar sangat. Lastly, tak sampai sehari pun, dah give up dah. Tapi kalau puasa, boleh la pulak. Sebabnya, puasa ni ada berkat dari Allah. Sebab tu kita boleh tahan lapar tu). Okey, so, Hana nak ceritakan kisah pasal kawan Hana kat matrik ni yang tak puasa.(Hana tak kenal pun orangnya, tapi orang yang ceritakan hal ni kat Hana).







Dia ni perempuan. Mengikut cerita yang Hana dengar tu, dia ni tak pernah puasa walau sehari pun. Dah la slumber tak puasa, boleh pulak dia slumber pegi makan kat KFC. Memang la kalau perempuan, orang akan fakir, xleh solat kot. Tapi rasanya orang yang takleh solat pun tak pegi makan kat KFC(atau mana-mana restoran) pada siang hari di Bulan Ramadhan. Senangnya umat Islam sendiri tinggalkan puasa, sedangkan yang bukan Islam pulak beriya-iya berpuasa. Puasa tu dapat mendidik kita agar bersyukur pada nikmat Ilahi, mengajar kita agar bersabar dan juga mampu menguatkan semangat juang kita. Tak rugi pun kalau kita puasa. Badan sihat, jimat duit.
(^_^)