Alhamdulillah...syukur...
Itu kata-kata yang bertepatan yang patut Hana ucapkan pada hari ini...
Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kesempatan untukku menyedut udara-Nya di muka bumi ini... Masih diberi penglihatan yang baik (wlpn rabun...huhu)... Masih bisa mendengar dan bertutur dengan baik... masih punya badan yang sihat (wlpn sakit2 lps bersilat semalam...huhu)
Syukur Hana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan begitu banyak nikmat buat Hana walau masih ada doa Hana yang tak termakbul n ada peristiwa yang pernah membuatkan Hana kecewa. Hana sedar n faham, mungkin apa yang Hana inginkan itu bukanlah yang terbaik buat Hana. Hana juga tahu, Allah lakukan semua ini bagi menguatkan hati Hana. Segala apa yang berlaku, tidak akan pernah mematahkan semangat Hana untuk terus membawa haluan hidup di dunia ini sebelum pulang ke kampung akhirat sana....
Hari ini, Hana dh berumur 22 tahun...Hmmm... Xnk percaya pun xleh.. Kena percaya gak. Masa yang berlalu xkan mungkin kembali lagi. Segala kesilapan yang pernah Hana lakukan dulu, Hana mohon pada Allah, ampunkanlah... Sungguh... Banyak benar kesilapan yang pernah Hana lakukan. Harapan Hana, moga detik yang akan datang ini menjadi lubuk buat Hana menebus segala dosa yang telah lalu dan mengumpul bekalan untuk pulang ke kampung akhirat sana...
~Ada yang tnye, kenapa Hana hide birthday kat fb? Hmmmm... x guna ramai yang wish even dyorg sbnrnye x ingat pun kan? And thanks to all friend yg wish... Hadiah? Ntah la... x berharap sgt pun... Wish tu pun dh mencukupi sbg tanda ingatan... Tapi kalu nk bagi, bleh gak...huhu
Friday, January 13, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)