CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Tuesday, March 30, 2010

penat.....

minggu lepas...minggu ini...dan mungkin seterusnya...saya sibuk sangat...
saya penat sangat...dengan berbagai tuntutan...
tuntutan kerja tugasan...tuntutan tanggungjawab...
bagaimana dengan tuntutan terhadap diriku???
entah la...saya berasa penat yang amat...

Thursday, March 25, 2010

Motivasi: Cukup Aku Ada Dia

artikel ni saya ambil dari notes yang senior saya tag saya kat facebook...sama-sama kita renung danmuhasabah diri kita...


Beberapa tahun lalu, saya pernah duduk berbincang dengan seorang teman yang begitu obses menjadi kaya dan meraih kejayaan dunia. Dia hidup sederhana dan bekerja tanpa mengenal waktu sebagai nafkah kepada rumah tangganya dan dua anak perempuannya.

Satu hari dia mengeluh dan menyesali nasibnya kerana berasa kesal dengan Allah SWT yang belum memberi kekayaan dan kejayaan kepadanya. Saat itu, nada bicaranya terkesan memperlecehkan Allah SWT dan berkata, “Daripada menjadi Muslim yang miskin lebih baik menjadi orang kafir yang hidup kaya raya.” Saya tersentak mendengar ucapannya dan menyuruh dia beristighfar. Lalu, saya membacakan beberapa ayat daripada Al-Qur’anul Karim:

“Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu bereti Kami segera memberi kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Mu’minun (23) ayat 55-56.

“Maka janganlah kerana harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.” – Al-Qur’anul Karim; Surah At-Taubah (9) ayat 55.

Saya jelaskan kepadanya, penderitaan yang dialaminya kini adalah kesan daripada sifat obsesnya untuk menjadi jutawan. Saya bertanya kepadanya, “Seandainya saat ini kamu mempunyai wang sejumlah satu juta ringgit, adakah wang itu mencukupi?” Dia berkata, “Asalkan wang itu boleh saya dapatkan saat ini, saya mahu.” Tegasnya.

“Tapi bagaimana kalau ada kesannya?” Kata saya. Dia bertanya, “Apa kesannya?”

Saya berkata, “Misalnya selepas menerima wang itu kamu diserang angin ahmar atau lumpuh, sehingga kamu hidup cacat, maka apakah kamu masih ingin memiliki wang tersebut?”

“Tidak mahu! Saya ingin hidup sihat. Apa gunanya hidup kaya raya tapi sakit?” Tegasnya.

Kemudian saya menasihatinya dan bertanya kepadanya, “Apabila kesihatan kamu lebih berharga daripada wang sebanyak 1 juta ringgit, lantas selama ini mengapa kamu rela mengorbankan semua untuk memilikinya dan kemudian melepaskannya semula demi untuk hidup sihat?” Saat itu saya lihat air mukanya berubah dan saya terdiam.

Sekitar dua tahun kemudian, saya bertemunya lagi dan dia mengundang saya ke rumahnya yang baru. Saya berkunjung ke rumah barunya di kawasan Cibubur. Dia menceritakan bahawa sekarang dia sudah menjadi pengusaha hasil wang tabungan yang mencukupi. Katanya, setiap hari Khamis, dia mengadakan bacaan Al-Qur’an.

KESENANGAN DALAM KESUSAHAN

Saat itu saya terkesima dan bertanya apa rahsianya sehingga dia dapat hidup berjaya seperti ini?

Dia menceritakan bahawa beberapa bulan selepas pertemuan antara kami dua tahun lalu, dia diserang penyakit hati yang parah. Keadaan hidupnya menjadi semakin sulit dan membuat rumah tangganya goyah. Isterinya kesal dan pergi meninggalkannya, sehingga dia dirawat oleh anak perempuan sulungnya yang baru berusia 14 tahun. Saat itu juga doktor menyuruh dia berehat selama empat hingga enam bulan.

Satu malam di kamarnya, dia menangis seorang diri dan teringat akan ayat-ayat Al-Qur’an yang pernah saya bacakan. Saat itu dia sangat menyesali perbuatannya dan berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Kawan saya bukan jenis yang gemar membaca buku, lebih-lebih lagi buku agama. Tapi pada malam itu, sampai Subuh dia merintih dan menangis teresak-esak dalam kegelapan malam seorang diri dan berdoa. Berikut petikan doanya:

“Segala puji bagi Engkau, duhai Tuhan semesta alam. Aku banyak berdosa kepadaMu dan aku tidak memiliki alasan untuk berdalih daripada dosa-dosaku. Apapun yang aku derita saat ini semata-mata kerana kecintaanMu kepadaku yang berusaha menyedarkan diriku daripada kesalahan-kesalahanku. Tuhanku, aku adalah milikMu, lakukanlah apa sahaja seperti yang Engkau kehendaki. Aku lebih suka saat ini kerana penyakitku telah mengingatkan aku kepadaMu. Maafkan aku, maafkan aku duhai Tuhanku. Engkau adalah Tuhan Yang Maha Baik dan aku percaya kepadaMu dengan segenap hatiku. Engkau takkan pernah kutukar dengan apapun dari nikmat dunia ini. Selamatkan aku dari dunia dan akhirat.”

Doa yang dibacanya itu terus dicatit di atas sekeping kertas. Sejak malam itu, dia selalu membawa doa itu ke mana pun dia pergi. Setiap kali kertas itu lusuh, dia akan menyalin doa tersebut di atas kertas lain. Dia menjadi seorang yang rajin solat dan tekun membaca Al-Qur’an, meskipun bacaannya masih tersangkut-sangkut.

Setiap selesai solat wajib, dia sentiasa membaca doa itu. Tidak sampai tiga minggu, dia berhasil memperoleh wang yang cukup banyak berbanding tahun-tahun lampau kehidupannya – tahun sebelum dia ditimpa penyakit.

Selepas menerima wang itu, 20% daripadanya disedekahkan, dan dia menyembelih empat ekor kambing korban sebagai tanda bersyukur. Masing-masing untuk anggota keluarganya, termasuk untuk isteri yang telah pergi meninggalkannya saat dia sakit.

Ketika kesihatannya semakin baik lapan bulan kemudian, dia mendapat penghasilan yang besar. Dengan wang itulah dia membeli rumah dan kereta baru. Tidak lama selepas berpindah ke rumah baru bersama dua orang anaknya, isterinya datang meminta maaf kerana perbuatan silamnya.

Sejak kekayaannya bertambah, dia banyak berehat di rumah. Pasangan itu kini hidup semula sebagai suami isteri bahagia. Doa yang dicatatnya kini diajar kepada isteri dan dua orang anaknya.

Kawan saya ini mengakhiri kisah hidupnya dengan mengatakan bahawa sekarang dia sudah punya prinsip hidup. “Apa prinsip hidup kamu?” Tanya saya. Dia menjawab sambil membaca sepotong ayat Al-Qur’an berikut:

“Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-An’aam (6) ayat 162.

PETIKAN DARIPADA

Ali Ahmad, Maleya. Berubat Al-Qur’an Rahsia Terunggul. Selangor Darul Ehsan: Kharisma Network Sdn Bhd;

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Tuesday, March 23, 2010

alhamdulillah....

duka lara yang aku rasai itu akhirnya hilang jua...

syukur padaMu ya Allah kerana telah membantu hambaMu yang hina dan tidak berdaya ini...

semoga aku termasuk dalam golongan mukmin yang beriman...

amin.....

Monday, March 22, 2010

hati sy resah sangat buat waktu ini selagi benda tu tak dijumpai semula...
di manakah benda tersebut???
ya Allah, bantulah saya supaya berjumpa semula benda tersebut..amanah yang sangat besar..
bantulah saya...
keresahan hati ini tidak dapat saya kongsikan dengan sesiapa pun pada tika dan saat ini sedangkan saya sangat memerlukan pertolongan dan bimbingan agar kurang resah di hati ini....
ujian ini tak mampu saya hadapi buat masa ini...tolonglah....

Sunday, March 21, 2010

tempoh edah

tgh wat asgnmnt pasal tafsirul qur'an..terjumpa ayat pasal edah ni, then, sy terpaksa mencari maklumat sikit pasal edah ni. saya pun terjumpa artikel ni. rasanya tak salah kalau saya kongsi dengan semua kat blog ni. semoga semua mendapat manfaat, insya-Allah....

Memahami maksud edah


PERSOALAN mengenai idah jarang diperkatakan dengan anggapan ramai tahu mengenainya, tetapi yang nyata masih ada kurang faham sehingga keadaan menjadi keliru.

Menurut kitab fiqah, idah ialah waktu menunggu diwajibkan ke atas wanita yang diceraikan, sama ada cerai hidup atau cerai mati, bagi mengetahui sama ada empunya diri hamil atau tidak.


Bagi wanita hamil, idahnya sehingga lahir anak dikandungnya itu, baik cerai mati atau cerai hidup.

"Dan perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya." (Surah at-Talaq: 4)

Wanita tidak hamil, ada ketikanya bercerai mati dan bercerai hidup.

Bagi yang bercerai mati, idahnya empat bulan sepuluh hari.

"Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (Surah al-Baqarah: 234)

Jika diperhatikan, ayat 4 surah at-Talaq umum membabitkan cerai hidup dan cerai mati apabila hamil idahnya sehingga lahir anak dan ayat 234 surah al-Baqarah juga umum membabitkan wanita hamil dan tidak apabila bercerai mati idahnya empat bulan sepuluh hari.

Di sini wujud sedikit perselisihan faham mengenai wanita bercerai mati sedangkan dirinya hamil, manakala anaknya lahir sebelum cukup empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal.

Apakah idahnya tamat dengan melahirkan anak walaupun belum cukup tempoh empat bulan sepuluh hari dari tarikh suaminya meninggal kerana berdasarkan umumnya ayat pertama di atas?

Haruskah idahnya dicukupkan juga empat bulan sepuluh hari kerana berdasarkan ayat yang kedua?

Menurut jumhur ulama salaf (terdahulu), idahnya ialah lahir anaknya walaupun belum cukup empat bulan sepuluh hari.

Tetapi menurut pendapat lain yang diriwayatkan daripada Ali, idahnya mesti mengambil yang lebih panjang. Walaupun anaknya lahir lebih awal, idahnya harus menunggu sehingga empat bulan sepuluh hari.

Menurut pendapat itu, jika sampai tempoh empat bulan sepuluh hari, tetapi anak yang dikandungnya belum lahir, idahnya harus menunggu sehingga bersalin.

Selain itu, ada perbezaan pendapat mengenai idah wanita hamil.

Imam Syafie berpendapat idah wanita terbabit dengan lahirnya anak dikandung apabila anak itu dari suami yang menceraikannya.

Tetapi jika anak bukan dari suami yang menceraikannya, wanita terbabit tidak beridah dengan kelahiran anak.

Pendapat Abu Hanifah, perempuan itu harus beridah dengan lahir anaknya, baik anak itu anak daripada suami yang menceraikannya atau bukan, walau anak zina sekalipun.

Idah bagi wanita bercerai hidup dengan suaminya ialah tiga kali suci sekiranya dia mempunyai haid.

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)." (Surah al-Baqarah: 228)

Mengira tiga kali suci itu tidak dicampuri suaminya, dengan suci sewaktu perceraian dikira satu kali suci.

Tetapi jika dalam suci waktu perceraian itu dicampuri, dikira tiga kali suci mulai suci dari haid pertama selepas perceraian.

Demikian juga perceraian yang berlaku ketika haid, dikira tiga kali suci dari suci selepas haid yang berlaku sewaktu perceraian.

Keadaan terbabit sekali gus menyebabkan idah bagi seseorang wanita lebih panjang.

Oleh kerana itu, adalah dilarang suami menceraikan isteri dalam keadaan haid dan suci yang sudah dicampuri.

Isteri yang diceraikan suaminya sebelum dicampuri tiada idah (tidak perlu beridah).

"Kemudian kamu talak mereka itu sebelum kamu campuri, maka tidaklah mereka beridah." (Surah al-Ahzab: 49)

Tetapi bagi wanita yang tiada haid, idahnya tiga bulan. "Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan..." (Surah at-Talaq: 4)

Perempuan yang tiada haid ada tiga golongan; iaitu yang masih kecil (belum sampai umur), sudah sampai umur, tetapi belum pernah haid dan orang tua yang sudah keputusan haid.

Wanita beridah tidaklah boleh dibiarkan begitu saja, malah mereka masih mempunyai hak daripada bekas suaminya, seperti tempat tinggal (rumah), pakaian dan segala perbelanjaan.

Mereka ialah wanita yang taat dalam idah rajiyah (boleh dirujuk), kecuali isteri derhaka, tidak berhak menerima apa-apa.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Dari Fatimah binti Qais, berkata Rasulullah s.a.w kepadanya: 'Perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman daripada bekas suaminya itu apabila bekas suaminya itu berhak rujuk kepadanya.'" (Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)

Wanita dalam idah bain (tidak boleh dirujuk) jika hamil juga berhak mendapatkan kediaman, nafkah dan pakaian.

"Jika mereka (janda yang dicerai) mengandung, maka beri nafkahlah olehmu sampai lahir kandungannya." (Surah at-Talaq: 6)

Sementara wanita yang dicerai secara bain, tetapi tidak hamil, sama ada bain dengan tebus talak mahupun dengan talak tiga, mereka hanya berhak mendapatkan tempat tinggal.

"Tinggalkanlah mereka di tempat kediaman yang sepadan dengan keadaan kamu." (Surah at-Talaq: 6)

Bagaimanapun, sesetengah ulama berpendapat, wanita dicerai secara talak bain yang tidak hamil tidaklah berhak mendapatkan nafkah dan tempat tinggal.

Dari Fatimah binti Qais dari Nabi s.a.w mengenai perempuan yang ditalak tiga, kata Rasulullah, dia tidak berhak tempat tinggal dan tidak pula nafkah. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Adapun firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 6, kata mereka hanya terhadap wanita dalam idah rajiyah.

Bagi wanita yang beridah disebabkan kematian suami, mereka tidak mempunyai hak sama sekali walaupun hamil kerana diri dan anak yang dikandungnya sudah mendapat hak pusaka daripada suaminya yang meninggal.

"Janda hamil yang kematian suaminya tidak berhak mengambil nafkah." (Riwayat Daruqutni)

Read more: http://www.maxx.my/story.php?title=memahami-maksud-edah#ixzz0inNV1LEc
Under Creative Commons License: Attribution

Monday, March 8, 2010

assignment...


Rasanya, majoriti pelajar di peringkat lepasan SPM dan ke atas akan sering memikirkan perkataan ini; 'assignment' (tak terkecuali la saya...hehe)
Sambil-sambil kita dok fikirkan assignment yang berlambak tu, ayuh kita berfikir tentang 'assignment' yang dah Allah bagi siap-siap kat kita semenjak kita dilahirkan kat dunia ni lagi. Apa yang saya maksudkan ialah tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Saya membicarakan tentang hal ini, bukan bermakna saya dah perfect. nobody is perfect. apatah lagi saya yang banyak membuat kesilapan ini. sekadar saling mengingatkan sesama kita.