CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, December 18, 2011

Gaduh x bermakna menjadi musuh

“Kalu awk yang sakit, saya x kisah langsung!”

Haha… I had said that sentence 4 years ago. But what happen Hana? Kata-kata hanya tinggal kata-kata. Bila waktunya tiba untuk dye sakit, kenapa Hana kisah? Kenapa hingga terfikir untuk hulurkan bantuan kewangan untuk that kerek guy?


Bukan sebab Hana suka dye… rasanya hati ni normal lagi kot. Xde pape perasaan pun. Lagipun, mesti ke perlu ada perasaan yg special tu sebagai syarat untuk kita nk tolong seseorang? X kan? The main reason mungkin sebab Hana ni masih lagi normal kot…haha…

Ye la, manusia normal xkn boleh tengok kwn dye dlm kesusahan… Mesti terdetik kat hati untuk membantu. Kalu xde perasaan cam tu, maka x normal la anda…haha


Tapi, korang ni kawan ke Hana? Bukan ke gaduh sokmo dulu? Haha… Memang. Pantang jumpa or discuss pape, ada je yg nk jd sbb untuk bertikam lidah. Lawak pulak bila diingat semula. Haha…

Gaduh x semestinya sampai nak berdendam. Gaduh x bermakna menjadi musuh. Walau berapa kerap bergaduh pun, dye tetap kwn satu sekolah dulu (wlpn x pernah sekelas). Lagipun kitorang dh bermaafan pe (wlpn lps tu ada jugak Hana mengumpat dye…haha….asif ye).


Kepada that kerek guy (haha…gelak jahat), semoga anda cepat sihat. Sembuh seperti sedia kala. Boleh bermain bola sepak mcm biasa.


~~kerap bertekak pun satu seni dalam bersahabat...haha...apakah? :P

Wednesday, December 14, 2011

Nak tukar course bleh?

Walaupun ayah sangat2 mengharapkan Hana amek course agama sejak dulu, tapi Hana xnk... Bukan sbb course ni susah sangat (tp susah la jugak kan especially arab). Chemistry pun x kurang susahnya... Tapi the main factor why Hana xnk amek course ni sbb Hana takut... Hana x cukup baik untuk digelarkan sebagai "USTAZAH". Family Hana pun bukanlah what so called alim kan? So, its quite hard for me to choose course agama. Tapi, bila dah sesuatu tu dah tertulis untuk kita, nk elak cmmane pun, nk lari ke mana pun, ke situ jugak kita sampai...

Lari punyer lari, Pendidikan Islam jugak major Hana sekarang ni...huhu...

Apa perasaan? Bangga? Tak.... Jauh sekali riak... Actually, Hana rasa rendah diri... Sebabnya Hana ni xde la baik sangat... Alim apatah lagi... Syadid, zuhud? Tok sah tanye la...memang x... Kenapa? sbbnyer.....

Bila budak bukan course agama berperwatakan baik, bertudung labuh, orang mesti akan puji gler2 punyer la... Kalu budak bukan course agama x pakai tudung labuh, orang x kata apa pun... Tapi cuba kalu budak course agama pakai tudung labuh... Biasa la tu kan? Kalau budak course agama x pakai tudung labuh, mesti macam2 yang orang akan kata.... Padahal sebenarnya kat akhirat nanti Allah x tnye pun awk ni dulu course apa? Kenapa nk judge berdasarkan course?


Ok, mungkin orang akan berhujah, orang course agama ni mesti la kena behave as a muslim sejati sbb dye memang belajar tentang agama kan... Tapi yang x amek course agama pun tetap kena belajar tentang agama jugak kan? Sumer kena faham tentang kewajipan masing2 kan?


Kenapa x, kalau seseorang tu buat salah, tegur dye supaya dye perbaiki kesalahan dye, bukan tegur dye sbb course apa yang dye amek....?

~
~
~
~

Hana sebenarnya malu sebab x banyak menyumbang untuk agama... Kalu tengok kat status fb, post kat blog ni, berapa banyak sangat Hana post tentang agama? Hana lebih banyak merapu.... Malu dengan kawan2 yang jauh lebih baik daripada Hana walaupun amek course lain... Kadang2 Hana rasa macam Hana x patut amek course ni...sbb Hana takut Hana yang akan burukkan nama baik "USTAZAH" ni... Kalau bleh tukar course, Hana nak tukar course...xnk amek course agama... X perlu rasa bersalah nk buat apa pun... Kat matrik dulu, Hana bertudung labuh gak...bukannyer amek course agama pun (mne de course agama kat matrik). X perlu rasa bersalah atau terpaksa... Buat atas kehendak diri sendiri... Lebih bahagia begitu....

Mungkin apa yang Hana fikirkan sekarang ni x betul... Tapi sebenarnya tu la yang Hana rasakan... Rasa rendah diri n malu dengan kwn2 yang jauh lebih baik daripada Hana tu sangat menebal... Memang la Hana selalu katakan lebih baik jadi diri sendiri... Tapi sebenarnya jauh di sudut hati tercuit rasa cemburu pada mereka....Rasa rendah diri n malu..... Tapi, Hana xleh jadi mcm dyorang... Susah untuk berubah dalam masa yang singkat.....

Hmmmm.... -____-"

Berseluar...Salahkah?..

Hmmmm....Assalamualaikum semua... Jam sekarang dh pukul 4.14 pagi....but i'm still cannot sleep....

Hmmmm...Actually dh lama nk tulis pasal ni, tapi x berkesempatan...So, alang2 dh xleh tido, biarlah Hana amek peluang ni nk coretkan sesuatu tentang tajuk ni ek...

Melayu memang tinggi dengan nilai ketimurannya, penuh dengan adat-adatnya...Boleh katakan bila disebutkan tentang gadis melayu, memang akan terbayangkan seorang gadis yang ayu, sopan santun n apa2 la yang menggambarkan kelembutan seorang wanita. Baju tradisi wanita melayu pun baju kurung n kebaya. Kalu x pakai baju2 tu pun, wanita melayu tetap pakai kain, kain batik. Mne de istilah dalam kamus pakaian tradisi melayu. Boleh dikatakan pemakaian seluar ni mula wujud bila adanya pengaruh barat (pada pandangan Hana la...x kaji la pulak).

So, boleh dikatakan gadis2 melayu yang baik2 tu biasanya memang suka sangat pakai kain sama ada pakai baju kurung, jubah n even kalu pakai t-shirt labuh pun dengan kain (my fisrt experience when I was at secondary school, which is sekolah Agama). Kat asrama dulu, kitorang hanya pakai seluar time riadah petang2 n nk tido je. Its only in aspuri's area. Kalu nk keluar, xleh sama skali pakai seluar, apatah lagi seluar jeans....carik nahas la tu.

Thanks to budaya kat asrama ni, even kat umah pun boleh dikatakan everyday Hana akan pakai baju kurung dari pagi sampai ke petang. Tapi, bila Hana nk ke bandar or jalan2, Hana x pakai baju kurung. I dont know if I'm weird (bcoz my cousin n kwn2 sekampung yg x slalu pakai baju kurung tu, rajin pulak pakai baju kurung bila nk ke bandar...bila duk kat kampung la). Tapi tu memang jenis Hana. Bila kat IPIS pun, when everyday u r wearing baju kurung bila nk pegi kuliah, mestila time nak outing nk pakai baju lain gak kan? Hana bukannya jenis ske pakai skirt labuh tu...For me, daripada pakai skirt labuh tu, better Hana pakai baju kurung je, lagi selesa. Memang biasanya seluar la yang jadi pilihan kalu pakai t-shirt or blause. Apatah lagi bila dah guna motor sekarang ni.

Salahkah bila seorang wanita/perempuan memakai seluar bila dia tetap memakai sarung kaki, bertudung labuh, berbaju labuh, tidak berseluar ketat? Perlukah mementingkan budaya melayu melebihi apa yang telah disyariatkan oleh Islam?

Kadang2, kita lebih suka melihat seorang perempuan memakai baju kurung berbanding yang memakai seluar walaupun yang memakai baju kurung tu tidak menutup aurat dengan sempurna...

Kadang2 kita tidak senang melihat perempuan memakai seluar dan menunggang motor...walaupun sebenarnya dia berpakaian sebegitu kerana mengambil berat akan auratnya...dia menunggang motor kerana dia tidak mampu memandu sebuah kereta...bukan semua orang mampu mencapai kehidupan sebagaimana yang kita jalani...

Kenapa kita seringkali menidakkan apa yang sebenarnya telah pun dibenarkan oleh syarak? Kenapa kita lebih mementingkan adat berbanding syarak? Kenapa kita selalu menghukum hanya melalui kaca mata kita sahaja tanpa mengambil kira sudut pandangan lain? Kenapa kita tidak pernah memikirkan tentang budaya2 lain yang boleh kita contohi? Mengapa perlu menyempitkan fikiran kita dengan pemikiran yang terlalu tertutup? Kenapa kita selalu merasa diri kita terlampau baik atau hanya kita sahaja yang betul?

Tuesday, December 6, 2011

One Liter of Tears...

Actually, tu tajuk sebuah drama Jepun yang mengisahkan Aya, seorang pelajar sekolah tinggi yang menghidap penyakit spinal degeneration. Tengok tajuk pun dah bleh tau kan citer ni memang sedih. Mengalir jugak la air mata jantan Hana…haha (copy paste ayat Dayah). Mula-mula tengok citer ni, its quite similar like drama Hani yang penah bersiaran kat TV3. Agaknyer la kot, sebab Hana pun sempat tengok satu dua episode je citer Hani tu.
Tapi, bila makin banyak episode Hana tengok, it reminds me to 1 of my friend at matrik. Kak Atin. Actually, dye ni student PDT. That’s why I call her Kak. She’s older 1 year than me. She’s a cute girl, selalu tersenyum n ceria. Tapi bila anda tengok dye, anda pun boleh tengok perbezaannya daripada orang lain. She’s always wearing her sweater. Hana pun slalu jugak pakai sweater bila ada dalam dewan sebab Hana x tahan sejuk. Tapi dia sentiasa pakai even kat bilik, kat luar bilik, kafe and everywhere.
Actually, dye menghidap penyakit Spina Bifida. Bila ada je perkataan “SPINA”, rasanya dak2 bio leh agak kot, penyakit tu berkaitan dengan saraf dari otak ke tulang belakang. Dye x boleh duduk atas lantai yang keras, x boleh sejuk, x boleh naik tangga, x boleh penat sangat n mcm2 lagi perkara yang “x boleh” dalam hidup dye. Kalu x, dye xleh bangun. Dye slalu ke hospital, buat check up atau pun terlantar kat hospital sebab sakit. Bila dye masuk hospital tu, maknanya dye xleh bangun la tu. Hanya mampu terbaring.
Tapi, x macam citer One liter of tears tu, Alhamdulillah, dye orang2 sekeliling kat matrik x macam kebanyakan classmate Aya tu. Boleh kata semua orang baik dengan Kak Atin wlpn x berapa rapat. Ingat lagi, masa kami ada kem fasilitator kat Melaka, bila ada tangga, ramai-ramai akan tolong angkat Kak Atin. Shah pulak xleh la nak angkat Kak Atin gak kan, sebab dye lelaki, dye bawak je beg Kak Atin, x kasi Kak Atin bawak sendiri. Cikgu pun baik la dengan Kak Atin. Bilik Kak Atin kat ground floor, kalu makmal, klas tutor n klas exam pun, pihak pengurusan akan make sure Kak Atin ditempatkan di ground floor.
Tapi, Kak Atin jugak x macam Aya, sebab Aya ada Asou yang selalu ada di sisi Aya. Tapi Kak Atin x bernasib baik macam tu. Kak Atin ada sukakan someone. Tapi orang tu x tahu. Rasanya, lebih baik orang tu x tahu, sbb kalu dye tau sekalipun, x mungkin dye dapat balas perasaan Kak Atin. Bagi Hana, dye bukanlah seorang lelaki yang baik untuk Kak Atin.
Bila dah dekat nak abes matrik, Kak Atin disahkan menghidap barah otak plak. Mungkin x ramai yang tau sbb Kak Atin x hebahkan perkara ni. I can see her sadness. After matrik, dye x sambung belajar pun sbb mungkin dye dah hilang minat untuk belajar sebab sakitnya tu macam dah xde harapan. Lagipun, mungkin dye xnk susahkan orang sekeliling dye. Dulu ada jugak contact dye, tapi after a year, ada jugak Hana send msj, tapi x pernah berbalas. Bila call, x jawab. I don’t know what actually happen to her now. I really want to know. If something bad happen to her, I cannot imagine it.