Hmmmm....Assalamualaikum semua... Jam sekarang dh pukul 4.14 pagi....but i'm still cannot sleep....
Hmmmm...Actually dh lama nk tulis pasal ni, tapi x berkesempatan...So, alang2 dh xleh tido, biarlah Hana amek peluang ni nk coretkan sesuatu tentang tajuk ni ek...
Melayu memang tinggi dengan nilai ketimurannya, penuh dengan adat-adatnya...Boleh katakan bila disebutkan tentang gadis melayu, memang akan terbayangkan seorang gadis yang ayu, sopan santun n apa2 la yang menggambarkan kelembutan seorang wanita. Baju tradisi wanita melayu pun baju kurung n kebaya. Kalu x pakai baju2 tu pun, wanita melayu tetap pakai kain, kain batik. Mne de istilah dalam kamus pakaian tradisi melayu. Boleh dikatakan pemakaian seluar ni mula wujud bila adanya pengaruh barat (pada pandangan Hana la...x kaji la pulak).
So, boleh dikatakan gadis2 melayu yang baik2 tu biasanya memang suka sangat pakai kain sama ada pakai baju kurung, jubah n even kalu pakai t-shirt labuh pun dengan kain (my fisrt experience when I was at secondary school, which is sekolah Agama). Kat asrama dulu, kitorang hanya pakai seluar time riadah petang2 n nk tido je. Its only in aspuri's area. Kalu nk keluar, xleh sama skali pakai seluar, apatah lagi seluar jeans....carik nahas la tu.
Thanks to budaya kat asrama ni, even kat umah pun boleh dikatakan everyday Hana akan pakai baju kurung dari pagi sampai ke petang. Tapi, bila Hana nk ke bandar or jalan2, Hana x pakai baju kurung. I dont know if I'm weird (bcoz my cousin n kwn2 sekampung yg x slalu pakai baju kurung tu, rajin pulak pakai baju kurung bila nk ke bandar...bila duk kat kampung la). Tapi tu memang jenis Hana. Bila kat IPIS pun, when everyday u r wearing baju kurung bila nk pegi kuliah, mestila time nak outing nk pakai baju lain gak kan? Hana bukannya jenis ske pakai skirt labuh tu...For me, daripada pakai skirt labuh tu, better Hana pakai baju kurung je, lagi selesa. Memang biasanya seluar la yang jadi pilihan kalu pakai t-shirt or blause. Apatah lagi bila dah guna motor sekarang ni.
Salahkah bila seorang wanita/perempuan memakai seluar bila dia tetap memakai sarung kaki, bertudung labuh, berbaju labuh, tidak berseluar ketat? Perlukah mementingkan budaya melayu melebihi apa yang telah disyariatkan oleh Islam?
Kadang2, kita lebih suka melihat seorang perempuan memakai baju kurung berbanding yang memakai seluar walaupun yang memakai baju kurung tu tidak menutup aurat dengan sempurna...
Kadang2 kita tidak senang melihat perempuan memakai seluar dan menunggang motor...walaupun sebenarnya dia berpakaian sebegitu kerana mengambil berat akan auratnya...dia menunggang motor kerana dia tidak mampu memandu sebuah kereta...bukan semua orang mampu mencapai kehidupan sebagaimana yang kita jalani...
Kenapa kita seringkali menidakkan apa yang sebenarnya telah pun dibenarkan oleh syarak? Kenapa kita lebih mementingkan adat berbanding syarak? Kenapa kita selalu menghukum hanya melalui kaca mata kita sahaja tanpa mengambil kira sudut pandangan lain? Kenapa kita tidak pernah memikirkan tentang budaya2 lain yang boleh kita contohi? Mengapa perlu menyempitkan fikiran kita dengan pemikiran yang terlalu tertutup? Kenapa kita selalu merasa diri kita terlampau baik atau hanya kita sahaja yang betul?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment