CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, February 29, 2012

SUNNAH NABI?

Alhamdulillah…selesai sudah Seminar Sirah anjuran PISMP semester 3 Ambilan Januari 2011 Pengkhususan Pendidikan Islam pada hari semalam; 28/02/12. Penceramah yang sudi meluangkan masa bagi berkongsi ilmu dengan kami ialah Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, Ustaz Sahrul Azmi Bin Sidek dan Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil.

Bersempena dengan tarikh 29 Febuari yang 4 tahun sekali kita jumpa ni, Hana nk share something yang bermanfaat la sket kan (sebelum ni asyik merapu je kejenyer). Sedikit tuaian daripada seminar semalam.

Penah dengar x tentang sunnah Nabi makan dengan menggunakan 3 jari? Kompem penah dengar kan? Majoriti kita orang Malaysia ni makan nasi as makanan ruji. So, Hana nak tanya la, korang makan dengan berapa jari? Hana mengaku siap2, Hana makan dengan 5 jari. Jadi, kita ni x ikut sunnah Nabi ke?

Okey, memang betul. Nabi kita makan dengan menggunakan tiga jari. Tapi, sebenarnya sunnah Nabi bukannya hanya tertumpu kepada bilangan jari yang digunakan untuk makan je. Actually, kita kena kaji betul2 tentang apa sahaja yang dibuat oleh Nabi dan apa sebabnya. Islam ni kan universal, bukan hanya sesuai untuk orang Arab je (yang makan roti)

Mengikut apa yang dikongsi oleh Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, penceramah slot 1 Seminar Sirah semalam:

"Nabi Muhammad (SAW) makan roti yang dikisar tidak sempurna. Diuli pun dengan tidak sempurna. Makan dengan hanya menggunakan tiga jari."

Baik, roti yang dikisar dan diuli dengan tidak sempurna ni keras sebenarnya. Lagi keras daripada biskut oat/ bijirin penuh yang kita makan sekarang tu. (kalu kita, kena makan bubur nasi segera/roti/megi time xde duit sbb elaun lambat masuk pun dah merungut kan?malunya kita dengan Nabi). 

Apabila makan dengan menggunakan tiga jari ni, kita hanya boleh mencubit sedikit je. sebabnya, Nabi Muhammad biasanya tak makan bersendirian. Nabi Muhammad biasanya berkongsi makanan dengan para sahabatnya (makan berjemaah). Jadi, makanan yang sedikit tu boleh dimakan oleh semua. Sikit sama dicecah, banyak sama dilapah kata orang2 tua. Nabi x pentingkan diri dan sentiasa mengutamakan orang lain daripada Baginda sendiri.

Ok, ni tambahan daripada Hana sendiri. Kenapa Nabi kunyah 40 kali pada 3 kunyahan pertama? Sebabnya, macam yang Hana mention kat atas, roti tu keras. Jadi, dengan cara mengunyah 40 kali akan membantu penghadaman. Walaupun dalam air liur ada enzim yang membantu penghadaman, tapi ia tetap tak cukup dan perlu dibantu dengan mengecilkan saiz makanan. Macam yang kita belajar dalam bio, semakin kecil saiz sesuatu bahan, lagi senang bahan tu nak undergo chemical reaction. Jadi, perut tak perlu bekerja keras untuk menghadam makanan. Jadi, kalau nak sihat, ikut la sunnah Nabi. Insya-Allah di sebalik apa yang Nabi buat, pasti ada hikmah dan kebaikannya.



So, setelah Hana terangkan tentang sunnah makan dengan tiga jari tu, bleh la kita reflect pada diri kita, jangan hanya memandang sunnah Nabi dari satu segi/pandangan atau pada dasarnya sahaja. Cuba kaji dengan lebih mendalam agar kita lebih memahami akan hikmah di sebalik sunnah tersebut.

Oklah, buat masa ni, yang tu je la Hana sempat share... Insya-Allah kalu Allah izinkan, lepas ni bolehlah share lebih banyak lg ilmu yang Hana dapat daripada Seminar Sirah tu.

Ustaz Zamri ni DJ kat IKIM. Hana suka juga cara penyampaian beliau yang mengupas sesuatu topik dengan begitu terperinci. Banyak ilmu baru yang Hana dapat, yang selama ni rupanya apa yang Hana sangka tu salah... Kalu teringin nk jemput Ustaz zamri untuk bagi talk ke tempat korang, korang bleh la contact ustaz ye...hehe...
(tetibe jadi pengurus pemasaran tak bertauliah.)




~Ustaz Zamri~

2 comments:

  1. cara memberi nasihat agak kasar klu dibaca..mugkin boleh susun perkataan dgn lebih baik, someone might read it in a rude waaayyyy juz like i did..but u hv a nice point, juz the tone is bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran... saya x perasan pula penggunaan bahasa dalam post kat atas tu kasar... saya dh edit dah... harap x dibaca dalam rude way anymore

      Delete