CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, November 2, 2012

ILMU

Kat sekolah dulu, ada 1 mural kat koridor... Hana x ingat tu kata2 sape. Hana try search, tp x jumpa la pulak. Kata2 dye lebih kurang mcm ni:

"Bila mana kita mempunyai harta yang banyak, harta itu akan habis jika tiada ilmu untuk menguruskannya dengan baik. Tapi, bila mana kita mempunyai ilmu, kita tidak akan pernah miskin kerana ilmu itu akan menjaga kita."


Ustazah Fatimah (warden kat sekolah dulu) penah ckp:
"Hidup kita xkan susah kalau kita ada ilmu Al-Quran".

Ustazah ni Ustazah Bahasa Arab, Tapi mengajar Al-Quran kat umah beliau. Allah... sangat rindukan Ustazah... xde plak khabar berita Ustazah... Sihatkah Ustazah?


Hadis Rasulullah (Hana x ingat sanadnyer apa)
"Jika kamu mahukan dunia, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, adalah dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia dan akhirat, adalah dengan ilmu."


Hadis kat atas tu menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita di dunia dan jugak kat akhirat. Ilmu bukan hanya untuk kaya, belajar bukan hanya untuk mendapatkan kerjaya. Tapi, dengan ilmu jugak kita xkan hidup susah.

Apa yang Ustazah Fatimah cakap tu betul, cumanya Ustazah hanya fokuskan pada ilmu Al-Quran sebab mungkin tu bidang beliau. Tapi, bagi Hana, asalkan kita punya ilmu yang bermanfaat, insya-Allah hidup kita x susah. Tapi yang penting, sebagai seorang Muslim, ilmu agama n Al-Quran tu kita jangan tinggal. Tu kewajipan kita.

Hana penah terbaca satu kata2 kat fb,
"Tak salah untuk kita mengejar ilmu dunia, tapi yang salahnya bilamana kita meninggalkan ilmu akhirat."

Dalam bab ilmu ni, Hana ada jumpa ramai orang. Suaminya meninggal di kala anak2 nya yang ramai masih belajar lagi. Tapi, dengan ilmu dan kemahiran yang dye ada iaitu buat kuih, dye boleh teruskan hidup dengan buat kuih untuk tampung hidup dye n tanggung anak2 nya belajar. makcik ni buat kuih banyak, bukan sikit2 je... Sedap... laku... Alhamdulillah, senang hidupnya.

Ada seorang akak ni, takdir hidup menentukan dye x dapat merasai alam persekolahan walaupun dye sangat menginginkannya. Tapi, dye seorang yang gigih untuk mengubah nasib diri. Jadi, dye ambil kursus menjahit sekejap. And now, dye mengambil upah menjahit. Walaupun kecil-kecilan je, tapi cukup untuk dye. Lagipun dye disibukkan dengan urusan family. Kalau dye fokus betul2, insya-Allah dye boleh dan mampu ada butik sendiri.

Hana kan penah citer Hana ngajar tuisyen. Alhamdulillah, dengan sedikit kemahiran yang Allah bagi, boleh la cari rezeki di samping memberi khidmat kepada masyarakat. Semoga generasi kita menjadi generasi yang mengenal Al-Quran.

Allah berikan kita akal dan kekuatan fizikal. Jadi, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bermalas-malasan dan hanya menunggu mengharap simpati pada orang lain. Tentang orang yang meminta sedekah di jalan2 atau di luar bank, Hana sebenarnya agak kurang senang dengan situasi masyarakat yang sebegitu. Apatah lagi kebanyakannya adalah orang Islam. Hana sedih melihat mereka berpanas terik dan meminta-minta. Bila meminta, pastinya kita terpaksa meletakkan maruah kita di tempat yang rendah. Allahu Rabbi... Mungkin mereka masih belum nampak kebolehan mereka atau belum mendapat peluang untuk berusaha sendiri. Hana harap dan berdoa agar mereka diberikan peluang dan dapat mengubah nasib mereka dengan daya usaha mereka.


Hana bersyukur diberikan ilmu Al-Quran walaupun just di tahap basic, dan masih ada banyak kelemahan di dalam bacaan. Sebab, sekarang Hana perasan masih ramai yang tidak bernasib baik untuk kenal ilmu Al-Quran even dah tua pun. Moga Allah membantu mereka mengenali Al-Quran.

Hana sedar akan kepentingan ilmu dan kemahiran. Jadi, Hana cuba mengisi diri dengan berbagai bidang ilmu agar tidak patah sayap jika satu bidang tidak menjadi. Alhamdulillah, walaupun di tahap basic, tapi harap2 ia dapat membantu Hana. -photoshop-silat-khat-






No comments:

Post a Comment