CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, February 27, 2013

PERBEZAAN SIRAH & SEJARAH


1) a) Huraikan perbezaan di antara Sirah Nabawiyah & sejarah serta jelaskan sumber-sumber sirah dengan terperinci

Sirah
Sejarah
Mengkaji peribadi Nabi Muhammad SAW dalam bentuk reality hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hokum-hukumnya.
Pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Sirah Nabawiyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah SAW sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, maka untuk memudahkan proses pembelajaran, skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek.

Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab “syajaratun” yang bermaksud pokok. Menurut “bapa Sejarah”; Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut Aristotle pula, sejarah merupakan suatu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Beliau turut menambah bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod, atau bukti-bukti yang kukuh.

Tuesday, February 19, 2013

PENILAIAN SUMATIF















KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR



KOMPUTER RIBA
Kekuatan
Kelemahan
Menarik minat murid
Penggunaan masa
Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai

Guru kurang kemahiran
Menjimatkan kos
Kekurangan prasarana
Meningkatkan motivasi murid

Penguasaan teknologi yang lemah
Interaksi dua hala


PAPAN TULIS
Kekuatan
Kelemahan
Membantu guru menjelaskan konsep melalui tulisan
Murid cepat bosan
Menjimatkan kos
Penggunaan masa
Mudah penggunaannya
Komunikasi satu hala
Sesuai pada semua peringkat
Kurang perhatian guru

MODEL
Kekuatan
Kelemahan
Aktiviti pembelajaran dapat dipelbagaikan
Kurangnya kemahiran guru
Menarik perhatian murid
Murid tidak terkawal
Meningkatkan pemahaman murid
Kurang kreativiti dalam pelaksanaan
Memberi pengalaman nyata pada murid

Memerlukan kos
Membantu interaksi sosial antara guru dan murid

Monday, February 18, 2013

tak perlu sedih...

Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.

Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?

Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya....

C&P

Tuesday, February 5, 2013

TEMPAHAN JAHITAN || promote2...murah2...cantik2...

Salam... Hari ni Hana nak promote sket... Kak Ngah Hana ni sebenarnya bekerja di rumah dengan menjahit baju, tudung, manik, buat pin tudung bunga kain, jual kain pasang & lain2.... Walaupun di Selangor, tapi apa yang menariknya, upah yang dikenakan adalah pada harga yang murah... Kalu kat kampung Hana kat Terengganu tu, upah baju kurung pun susah nak cari yg RM20... Boleh kata semuanya up daripada nilai tu...
Time abang Hana kahwin dulu, kakak Hana ni la yg jahitkan langsir utk seluruh rumah & termasuklah pelamin... ^_^

So uollz... Kalu berminat, bleh la contact nombor2 tersebut ye...


*kalu korang kat:
Teluk Panglima Garang, korang bleh contact Pn Halimah & En Zuraidi
Kalu kat Kuala Terengganu, bleh contact Umaisarah
Kalu korang kat Bandar Baru Bangi, korang bleh contact Nuraini... ^_^



~Kalu ada kesempatan nanti Hana upload plak gambar2 produk tu eh...