CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, February 27, 2013

PERBEZAAN SIRAH & SEJARAH


1) a) Huraikan perbezaan di antara Sirah Nabawiyah & sejarah serta jelaskan sumber-sumber sirah dengan terperinci

Sirah
Sejarah
Mengkaji peribadi Nabi Muhammad SAW dalam bentuk reality hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hokum-hukumnya.
Pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Sirah Nabawiyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah SAW sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, maka untuk memudahkan proses pembelajaran, skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek.

Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab “syajaratun” yang bermaksud pokok. Menurut “bapa Sejarah”; Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut Aristotle pula, sejarah merupakan suatu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Beliau turut menambah bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod, atau bukti-bukti yang kukuh.

No comments:

Post a Comment