Assalamualaikum... sebenarnya dh lama Hana nk post menda ni, tp ntah la...lps dekat 2 tahun baru nk post...tu pun sbb x sengaja terjumpa balik...hehe...Ok2...lupakan perkara yg lagha...jom top up sket ilmu ^_^
Suatu hari,
ayah bertanyakan syarat sah takbiratul ihram. Selama ni, kita biasa dengar
syarat sah solat je kan? Tak pernah dengar la pulak syarat sah takbiratul
ihram. Yang Hana tau, kita kena laksanakan takbiratul ihram tu dengan sempurna
je. Ayah tanya pulak, sempurnanya macam mana? Hana pun jawab je la, yang Hana
tau:
Mengikut tajwid dan makhraj yang betul
Panjang lafaz ‘lah’ pada perkataan الله tu x
mesti antara 2 hingga 14 harakat
Ayah pun
cakap, betul… tapi yang tajwid dan makhraj tu, sebenarnya ada lagi
perinciannya. Ayah pun explain la, macam ni:
Lafaz ‘al’ pada perkataan الله
mestilah 1 harakat. Tidak boleh di mad kan.
Antara perkataan اللهdan اكبر tidak boleh
disaktahkan
Lafaz ‘hu’ pada perkataan الله
mestilah 1 harakat. Tidak boleh di mad kan.
Lafaz ‘lah’ pada perkataan الله
mestilah ditebalkan. Tidak boleh dinipiskan.
Lafaz ‘ak’ pada perkataan اكبر tidak boleh di
qalqalah kan
Lafaz ‘bar’ pada perkataan اكبر tidak boleh
dipanjangkan. Mestilah sekadar 1 harakat.
Lafaz ‘bar’ pada perkataan اكبر tidak boleh
dinipiskan kerana ب berbaris fathah,
bukan kasrah.
Selain tu, Hana penah jugak terdengar seorang Ustaz cakap bahawa,
apabila lafaz “bar” pada اكبر dipanjangkan, maka maksudnya akan menjadi “gendang
Allah yang besar”. Allah...kan dah lain maksudnya tu... Jadi, sebagai seorang
Islam Melayu yang x pandai/kurang arif tentang bahasa arab, hendaklah kita
berhati-hati dalam menyebut kalimah2 suci dan menjaga sebutan dalam solat kita
agar solat kita sempurna dan diterima Allah. Selain tu, rajin-rajin la timba
ilmu, jangan hanya berharap pada buku teks semata-mata (debish...kena kat Hana
sebijik!)
oh ye, 1 maklumat tambahan, perkataan الله boleh dipanjangkan lebih daripada 14 harakat sewaktu azan...ikut la...kalu dh nafas panjang sangat...
~sekarang ni, asal balik je dpt soalan hard core dr ayah...and biasanya xleh jawab la...hukhuk