CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, May 11, 2013

KESEMPURNAAN TAKBIRATUL IHRAM


Assalamualaikum... sebenarnya dh lama Hana nk post menda ni, tp ntah la...lps dekat 2 tahun baru nk post...tu pun sbb x sengaja terjumpa balik...hehe...Ok2...lupakan perkara yg lagha...jom top up sket ilmu ^_^

Suatu hari, ayah bertanyakan syarat sah takbiratul ihram. Selama ni, kita biasa dengar syarat sah solat je kan? Tak pernah dengar la pulak syarat sah takbiratul ihram. Yang Hana tau, kita kena laksanakan takbiratul ihram tu dengan sempurna je. Ayah tanya pulak, sempurnanya macam mana? Hana pun jawab je la, yang Hana tau:

*      Mengikut tajwid dan makhraj yang betul
*      Panjang lafaz ‘lah’ pada perkataan الله tu x mesti antara 2 hingga 14 harakat


Ayah pun cakap, betul… tapi yang tajwid dan makhraj tu, sebenarnya ada lagi perinciannya. Ayah pun explain la, macam ni:

*      Lafaz ‘al’ pada perkataan الله mestilah 1 harakat. Tidak boleh di mad kan.
*      Antara perkataan اللهdan اكبر tidak boleh disaktahkan
*      Lafaz ‘hu’ pada perkataan الله mestilah 1 harakat. Tidak boleh di mad kan.
*      Lafaz ‘lah’ pada perkataan الله mestilah ditebalkan. Tidak boleh dinipiskan.
*      Lafaz ‘ak’ pada perkataan اكبر tidak boleh di qalqalah kan
*      Lafaz ‘bar’ pada perkataan اكبر tidak boleh dipanjangkan. Mestilah sekadar 1 harakat.
*      Lafaz ‘bar’ pada perkataan اكبر tidak boleh dinipiskan kerana ب  berbaris fathah, bukan kasrah.


Selain tu, Hana penah jugak terdengar seorang Ustaz cakap bahawa, apabila lafaz “bar” pada اكبر dipanjangkan, maka maksudnya akan menjadi “gendang Allah yang besar”. Allah...kan dah lain maksudnya tu... Jadi, sebagai seorang Islam Melayu yang x pandai/kurang arif tentang bahasa arab, hendaklah kita berhati-hati dalam menyebut kalimah2 suci dan menjaga sebutan dalam solat kita agar solat kita sempurna dan diterima Allah. Selain tu, rajin-rajin la timba ilmu, jangan hanya berharap pada buku teks semata-mata (debish...kena kat Hana sebijik!)


oh ye, 1 maklumat tambahan, perkataan الله boleh dipanjangkan lebih daripada 14 harakat sewaktu azan...ikut la...kalu dh nafas panjang sangat...


~sekarang ni, asal balik je dpt soalan hard core dr ayah...and biasanya xleh jawab la...hukhuk

No comments:

Post a Comment