CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Thursday, March 31, 2011

dakwah ke?


Dengan malu kucingnya, Hana nak habaq mai, Hana ni ahli dalam exco dakwah bagi sesi 2011/2012 ni…hehe…ops…jgn gelak. Terima kenyataan tu walaupun ia macam pelik sket je kan?haha…cam x caye je kan?

Camne Hana leh tersesat dalam exco ni ek? Takyah citer r..panjang sangat kisahnyer. Yang pasti, Hana masuk sebab kebetulan…haha..memang dah jodoh kot…x lari ke mana kata org…huhu..

Bila dah masuk tu, tengok2 ramainyer dak laki yg 1 batch, wlpn ramai gak junior. Dak pompuan lebih dikuasai batch junior. Yang dah pegang title senior ni macam bese la, byk yg bagi alasan cam Hana gak. Tak layak la n mcm2 lagi alasan. Memang berat sket pun kan kalu nak pegang amanah apatah lagi exco dakwah…huhu

Alang2 dah masuk, kena la wat yang terbaik kan? Sebab tu dah jadi 1 amanah kat bahu kita (patut rasa cam berat jek sejak 2 menjak ni…hehe). Tapi apa yang Hana agak kesalkan, asal nak plan aktiviti je, mesti ceramah, forum, kuliah n lain2 yg mmg sama waktu dengannya pun. Dakwah ni kan utk semua org (not only for klas agama je). Bila disebut ceramah, jgn cakap dak lain, Hana yang dalam biro dakwah ni pun rasa quite boring. Bukan Hana nak menghalang ceramah. Ceramah bagus sebab kita bleh gain byk ilmu. Tapi jangan hanya fokuskan dakwah dengan 1 metode tu je. Dakwah kan luas skopnyer.




Hana agak tertarik dengan metode yang digunakan oleh satu organisasi kat UKM. Last year, Hana diajak oleh kawan Hana untuk join dyorang naik bukit Broga. Hana on je, best gak kan skali-sekala berekspedisi. Kitorang pegi untuk tengok matahari naik. So, memang la kena gerak before Subuh. Sampai kat Semenyih, kami solat Subuh berjemaah. Bila naik, wat sesi tazkirah kat atas bukit tu. Bayangkan, view kat atas tu yang cantik, dengan surrounding yang nyaman. Biasanya, kalau kita nak lebih mengingat Allah, kita bleh la mendekati alam kan. Tu salah satu caranya. Walaupun hanya tazkirah je yang dibuat kat atas tu, tapi sangat terkesan di hati walaupun tanpa ceramah yang panjang.


Kalau nak tarik berbagai jenis ragam penduduk kat IPIS ni, rasanya kita memang perlu pelbagaikan metode. Sama gak cam nak ngajar murid. Nape perlu bljr berbagai kaedah pedagogi? Padahal niat 1 je, nak sampaikan ilmu. Sebabnya, setiap murid ada tahap pemahaman tersendiri dan juga penerimaan tersendiri. Camtu gak dengan semua warga IPIS ni. Kadang2 tu, kalau nak menarik penglibatan dari semua golongan, perlu jugak aktiviti yang lebih santai, tapi sampai objektifnya. Dengan cara tu, org xkan sedar rupanya diri dia telah menerima dakwah. Dyorang takkan rasa terpaksa untuk menerima dakwah yang disampaikan.

Menaip memang la senang Hana oi. Tu memang Hana tau, nak buat semua ni, memang la perlukan keringat yang lebih. Tak salah kan kalau kita korbankan lebih keringat dalam usaha dakwah ni. Usaha menyambung apa yang diwariskan oleh Rasulullah. Sebab tu la, kerjasama daripada semua ahli dalam exco dakwah ni sangat2 diperlukan agar usaha dakwah di IPIS ni menampakkan hasil kepada semua golongan. Insaya-Allah.

Hana hanya memberikan pendapat dari ilmu dan pengalaman yang sangat2 la cetek kalau nak dibandingkan dengan ahli2 exco dakwah lain yang memang mempunyai ilmu yang mendalam dan mantop fikrahnya. Hana ni jenis yang sempoi dan lebih sukakan pendekatan yang relaks. Mungkin sebab Hana pernah merasai suasana di matrik yang majority daripadanya kurang menghayati kehidupan sebagai seorang muslim. Kadang-kadang tu, bukan dyorang xnk berubah, tapi sukar untuk melakukan perubahan dengan desakan daripada golongan dakwah yang agak menekan mereka untuk berubah. kadang-kadang tu, dakwah memerlukan masa yang bukan sedikit. Kalau x, xde la Nabi Nuh hanya mempunyai beberapa orang sahaja pengikut walaupun setelah berusaha berdakwah dengan bersungguh-sungguh melebihi seratus tahun.

Oleh itu, jom kita sama-sama membantu dalam usaha menggerakkan usaha dakwah bukan sahaja di IPIS, malah di mana sahaja mengikut metode dan akedah yang bersesuaian dengan keadaan.







~overall, Hana hepi ada dalam exco ni (wlpn awalnya Hana x terfikir nak masuk exco dakwah ni) sebab ketua, penolong n ahli yang byk memberikan kerjasama dan mesra... =)

No comments:

Post a Comment