CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Thursday, April 28, 2011

cinta yang kecundang...


hmmm... lamanya x post artikel kat blog. Nak cakap bz, xde la bz sgt compare to last week. Tapi entahla, xtau nak tulis apa...

Hmmm...Malam ni tetibe nak cakap sal cinta. Tapi sal cinta yang terputus di tengah jalan..Macam ada pengalaman je Hana?hahaha...

Cinta tu penting sangat ke? Kalau tanya Hana, "Yes! very important". Kalau kita cintakan seseorang, kita akan sanggup bahayakan nyawa sendiri, korbankan apa sahaja demi insan yang kita cintai tu. Kalau x, xde la orang sanggup korbankan maruah diri demi insan yang dicintainya tu kan? Tapi, jangan la ambil contoh ni. Perbuatan yang sangat kurang cerdik tu... Hana bagi contoh pengorbanan demi cinta lain yang lebih cerdik. Seorang bapa/ibu sanggup meluru dalam rumah yang sedang dijilat api semata-mata untuk menyelamatkan anak mereka kat dalam tu. Kalau ikut logik, buat apa nak bahayakan diri sendiri kan? Ada probability untuk mati tu. Tapi demi rasa cinta yang mendalam terhadap anak, sang ayah/ibu sanggup menggadai nyawa sendiri. (Mak! Ayah! Hana sayang mak n ayah...hukhuk)

Namun, fokus Hana malam ni, nak bercerita tentang putus cinta. Sakit kan putus cinta. Perit untuk ditanggung. Macam sesetengah orang, kapel bertahun-tahun, tapi lastly putus di tengah jalan. Ada jugak orang yang bertahun-tahun pendam perasaan kat seseorang tu, last2 1 ari dapat kad undangan kahwin orang tu dengan orang lain. Sape x sedey kan? Tipu sangat la kalau cakap bleh cool je kalau hadapi situasi mcm tu. Rasa macam dunia ni terhenti je...

Tak hairan la sampai ada yang cuba bunuh diri bila cinta terkandas di tengah jalan. Ada yang start ambil dadah or rokok dengan alasan nak tenangkan hati (tenang la sangat). Kalau setakat menangis tu biasa sangat la kan.

Tapi berbaloi ke kita kehilangan nyawa demi orang yang tak menghargai diri kita langsung? perlu ke kita dera diri kita demi orang yang tak sayangkan kita? Padahal ramai lagi yang sayang dan cintakan kita. Keluarga kita, rakan-rakan kita, dan yang paling penting, Pencipta kita iaitu Allah. Takkanlah disebabkan cinta terkandas di tengah jalan, kita dah hilang ingatan akan insan dan Allah yang sayangkan kita sangat-sangat?

Sekiranya anda menghadapi situasi putus cinta ni (Hana x doakan ek), terapi yang terbaik adalah kembali kepada fitrah kita iaitu kembali kepada Allah. Hanya Allah yang mampu mengubati luka di hati kita. Hanya Allah yang mampu mencintai kita setulusnya. Hanya cinta dari Allah cinta yang sebenar-benarnya.

Banyakkanlah solat sunat (taubat=mungkin kita banyak bergelumang dengan maksiat semasa kita berkapel/menaruh perasaan pada si dia, hajat=agar kita dapat lupakan dia, hati menjadi tenang dan bertemu insan yang lebih baik dari dia, tahajut=agar diri lebih tenang n lebih dekat dengan Allah, dhuha=agar dimurahkan rezeki dan lain-lain solat, buat je, insya-Allah hati akan menjadi lebih tenang). Banyakkan baca Al-Qur'an. Bacalah terjemahan ayat2 yg dibaca. kalau faham sendiri lagi bagus. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak ayat dalam Al-Qur'an ni yang memberi nasihat supaya hati lebih tenang. Al-Qur'an ni kan surat cinta daripada Allah untuk kita. Puasa sunat (kalau dah habis ganti puasa la). Puasa ni kan boleh tundukkan nafsu kita. Bila nafsu kita tunduk pada keimanan, xde la kita ingat sangat kat si dia kan? Selain tu, bersyukurlah atas takdir yang dah ditentukan sebab segala yang terjadi tu adalah untuk kebaikan kita. Allah dah terangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 yg bermaksud: "Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu....." Allah nak mengangkat darjat kita la tu. Mungkin jugak Allah nak kurniakan insan lain yang lebih baik untuk kita. Handsome macam Asyraf Muslim ke...haha..

Ok la...rasanya tu je kot. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa Allah timpakan ujian ni kat kita tau. Kan Allah dah bagitau kita dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yg bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." Kalau nak banding ujian putus cinta ni apa sangat la dengan ujian yang dihadapi oleh Nabi2 terdahulu, sahabat2 Rasulullah dalam menegakkan Islam. Malu la kita kalau hanya sebab ni, sampai nak bunuh diri kan?

K....renung-renungkan dan selamat beramal.... ^^



~Parutnya mungkin masih ada, tapi parut itulah nanti yang bakal mematangkan kita....

No comments:

Post a Comment