WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang misi kemanusiaan aktivis pro-Palestin, termasuk 10 orang dari Malaysia yang akan berlayar menaiki beberapa bot ke tebing Gaza minggu depan, berikutan ia adalah tindakan provokasi terhadap Israel.
“Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini.
Seramai 10 sukarelawan Malaysia akan berlepas ke Athens, Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.
Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kedua itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Kira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan menyertai misi kali ini.
“Baru minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan untuk (projek) perumahan di Gaza. Bahan-bahan pembinaan akan masuk Gaza kelak,” kata Clinton).
Clinton berkata pihaknya juga merasakan misi kemanusiaan itu akan mencetuskan provokasi ketika bot terbabit memasuki perairan Gaza.
“Ia akan mencetuskan situasi Israel perlu mempertahankan dirinya,” katanya.
Jabatan Negara AS juga berkata mereka yang menyertai misi itu boleh ditahan, didakwa dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Israel, yang menyatakan mereka akan menghalang sesiapa saja yang cuba melanggar larangan perjalanan dikenakan rejim itu sejak satu dekad lalu.
Sekumpulan 36 rakyat Amerika Syarikat akan menyertai misi kemanusiaan itu.
Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.– AFP/AP/Agens
~berita harian
p/s: sakit hati betul dengan amerika ni! misi kemanusiaan ni masuk bukan nak serang israel pun, nak bantu orang2 Palestin yang dh lama tertindas tu je. Kalu setakat bantuan kemanusiaan, korang xyah risau la akan menggugat keselamatan Israel. Nampak sangat korang ni KEJAM, JAHAT n mcm2 lg. Korang dah serang PAlestin, bunuh orang Palestin, kurung dyorang dalam negara sendiri, jauh sekali la nak tolong. Bila orang lain nak tolong, korang x kasi lak. Paling sakit hati baca ayat dia: “Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini. Memang la x engkau rasa x berguna, sebab x berguna untuk korang. Kalu tolong hancurkan Palestin, baru la korang ckp BERGUNA. Baru korang sanjung, puji. YA ALLAH, bantulah umat Islam di Palestin, Malaysia n seluruh dunia. Hancurkanlah orang2 kafir yg nk menghancurkan Islam ni. YA ALLAH, bantulah kami supaya UMAT ISLAM kembali bersatu. Pening dengan situasi politik di Malaysia yang berpecah belah ni. Orang Islam saling tuduh menuduh, pihak lain sengih je sambil ambil kesempatan.