CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, June 24, 2011

MAIN DIRI-SENDIRI (SOLITARY PLAY)

"Main diri-sendiri merupakan aktiviti fizikal atau psikologikal, atau kedua-duanya yang dilaksanakan oleh kanak-kanak secara bersendirian. Ia dapat diperhatikan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan umur dua tahun. Kanak-kanak yang bermain diri-sendiri ini tenggelam dalam imaginasi mereka sendiri tanpa mengambil tahu kehadiran atau kewujudan orang lain di sekelilingnya. Namun, terdapat juga unsur main pemerhati (onlooker play), iaitu apabila kanak-kanak ini memerhati kanak-kanak lain bermain seorang diri tanpa menyertai kanak-kanak tersebut bermain."


Haa...tu dia ciri-ciri main diri-sendiri (solitary play). Benda alah ni, korang akan jumpa dalam subjek Murid dan Alam Belajar (EDU 3103). Hana tak belajar lagi tajuk ni tapi terbaca je dalam buku. Saje buat rajin sket..hehe...

Actually, Hana jadi tertarik dengan tajuk ni sebab menurut citer dari kakak ke-2 Hana, Hana ni masa kecik-kecik dulu, suka sangat tidur lambat. Pukul 11.00 pm baru nk tidur. Kalau orang tipu ckp dah pukul 11 pun (walaupun sebenarnya awal lagi), Hana akan tetap nak tunggu pukul 11 mlm yang sebenar gak nak tidur. Tak tau la Hana tau dari mana sebenarnya belum pukul 11, padahal masa tu mana pandai lagi tengok jam kan.

Hana tidur lambat, bukannya duduk saje-saje je. Hana ni suka main. Tapi yang peliknya, kata kakak Hana, Hana ni suka main sorang2. Kalau kakak atau ayah nak main sekali pun, Hana xnak. Hana akan buat dont know je. Hana akan terus main sorang2. Sampaikan dyorang risau. Ye la, kata orang, kanak-kanak ni boleh nampak makhluk halus (jin ke, benda2 lain ke). Jadinya, dyorang risau la, kot2 Hana ni main dengan benda2 alah tu.

Selain main, Hana ni suka melukis@menconteng...haha... Walaupun amalan menconteng tu memang membawa masalah, tapi apa yang lebih peningkan kepala family bila Hana suka lukis perempuan rambut panjang. Ada sekali tu, boleh pulak Hana lukis satu gambar family (ayah, mak n anak), tapi lukisan tu pelik sket. Bila kakak tanye, Hana pun citer. Gambar tu gambar keluarga hantu. Ayah hantu, mak hantu n anak hantu. Kakak memang risau betul time tu...hahaha...

Tapi bila belajar benda ni, rupanya Hana ni x pelik la kan? Normal la tu, main sorang2, tenggelam dalam imaginasi sendiri...haha.. Lagipun, bila dah besar, Hana ok je...sama je macam orang lain. Tapi bab tidur lambat tu memang melekat sampai sekarang. Anak abang si Iman tu (yang lahir sama dengan Hana tu-13 Jan) pun dah start tidur lambat. Abang dah mula risau dah, takut jadi macam Hana dulu. Alamatnya penat la dia nak berjaga tiap2 malam. Mana letih keje lagi...hahaha... Nasib la Abg Mat...haha.. Jangan risau, insya-Allah Iman tu akan jadi baik n comel macam Hana...haha... (masuk lif, tekan sendiri ^^)

No comments:

Post a Comment