Esok dah nak start sem baru. Jadi blog ni pun membuka lembaran barunya hari ni...hehe... Dalam alkisah kali ni, Hana nak citer pasal merempit. WHAT???!!!! USTAZAH merempit???hahaha...
Kisahnyer bermula begini... Oleh sebab payah sangat nak mencari sesuap nasi pada hujung minggu di IPIS dan tambang teksi yg mahal, jadi Hana decide nak bawa motor ke IPIS. Pujuk punyer pujuk ayah, akhirnya ayah benarkan Hana bawa motor. Soalnya sekarang, motor tu ada kat Banting. Jadi untuk membawanya ke IPIS, problem la sikit...hehe..
Hana ni bukannya jenis yang selalu sangat bawa motor. Kalau bawa pun, setakat dalam kampung je. Kalau pinjam motor kawan lelaki pun, setakat g warta n pasar malam je. 2 kali tu je. Jadinya, kecut perut la jugak nak bawa motor ke IPIS. Lori banyak tu kot sepanjang jalan tu.
Dengan iringan doa dan tawakkal, Hana bawa la motor ikut kereta yang dipandu abang ipar (x ingat jalan...huhu). Punyer la concentrate bawak motor. Kalau dulu, kalau dihantar, siap boleh tidur lagi dalam kereta...hahahaha.. Mula-mula 60 km/h, lama-lama up sket... sampai la mencecah 100 km/h (wlpn bagi mat2 rempit, 100 km/h tu apa barang je, tp bagi Hana, memang pecah rekod r...huhuhu). sampai satu masa, rasa kebas sket kat ibu jari kanan...hahaha... Orang lain bawak motor balik kampung jauh2 x macam tu....hahaha
Aksi yang paling mendebarkan yang buat Hana kecut perut sangat-sangat, time tersilap ke line tengah masa kat traffic light (fokus sangat mengikut kereta abang ipar...hahaha). Bila dah hijau, mula r payah nak pegi kiri balik. Dengan kelibat lori besar2 kat belakang yang silih berganti melintas Hana...huhuhu...debor2...
Alhamdulillah, setelah mengharung perjalanan yang dirasakan jauh dari biasa, akhirnya Hana selamat sampai ke IPIS. ^^. Selamat la motor tu kat IPIS sekarang. Sekarang nak kena uruskan pasal pendaftaran kenderaan lak. HEP ni mintak macam2... Adui.... -_-". doa-doakan la urusan berjalan dengan lancar...ameen...
p/s: jangan lupa bangun awal esok (kena tukar waktu kat alarm nset pasni...hehe). dan jangan lupa pakai blazer esok... T___T (uruskan pendaftaran pelajar baru...)
Tak lupa jugak, esok result sem 1 keluar....oh....jangtung seakan melompat keluar... >,<
No comments:
Post a Comment