Sepanjang menonton perlawanan Malaysia menentang Liverpool ni, kitorang memang excited la sokong negara sendiri (ye la, sape lagi nak sokong Malaysia kalau bukan rakyat sendiri kan). Kami x mengharapkan Malaysia akan menang sebab sedar akan kehebatan Liverpool, tapi kami mengharapkan suatu persembahan yang hebat daripada pemain Malaysia. Dan benar, pemain Malaysia telah mepersembahkan permainan yang cukup baik terutamanya penyerang. Tak dinafikan, ada beberapa scene yang menampakkan semangat pemain agak down dan lalai sehingga Liverpool memperoleh 3 gol berturut-turut, menjadikan kedudukan 4-1. Namun, cubaan daripada Safee Sali yang hampir2 menjaringkan gol telah berjaya menyuntuk semangat pemain Malaysia yang lain sehingga berjaya menjaringkan 2 gol selepas itu. Namun, lepas tu, Liverpool sumbat lagi 2 gol sehingga minit terakhir menjadikan kedudukan 6-3.
Hana x kecewa dengan permainan pemain Malaysia yang telah berusaha bersungguh-sungguh. 3 gol yang dihasilkan pun semuanya cantik2. Memang prestasi permainan Malaysia semakin baik. thumbs up! Namun, Hana kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang 'menukar kewarganegaraan' mereka pada malam tersebut. Stadium dipenuhi dengan penyokong yang memakai jersi berwarna merah. Masa Hana duk tunggu kakak datang amek kat komuter Klang pg tu pun, Hana nampak 1 family India tu pakai jersi Liverpool anak beranak. Tapi Hana x sangka la sampai penuh 1 stadium pakai jersi merah. Ni bukan perlawanan Kelantan menentang negeri Sembilan. Kalau Kelantan lawan Negeri Sembilan, stadium penuh warna merah, Hana x kisah. Ikut suka korang la. Tapi ni perlawanan Malaysia menentang negara luar. Show sket la ur support kepada negara sendiri. Kalau memang korang peminat tegar Liverpool sekalipun, sokong la Liverpool pada bila2 masa, tapi bukan pada perlawanan menentang negara korang sendiri. Perlawanan kat Bukit Jalil, tapi macam perlawanan kat negara Eropah. Mana pemain x kecewa, x gentar lihat rakyat sendiri sokong musuh? X dinafikan bila ada gol Malaysia, setengah dari korang turut bersorak. Tapi melihat penyokong berjersi merah bersorak menampakkan macam penyokong musuh memerli je. Ada yang lagi teruk, siap boleh perli lagi pemain Malaysia yang buat silap. Kalau korang pandai sangat, korang sendiri la main.
Diharap agar penyokong2 sedar akan perkara ni. Hana mungkin x layak bercakap sebab Hana bukan peminat tegar bola sepak. Hana hanya semangat tengok bola bila perlawanan tu melibatkan Malaysia atau Kedah sahaja. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, Hana rasa Hana perlu menyuarakan pendapat Hana ni. Kalau rasa xleh terima, ikut suka korang la...
No comments:
Post a Comment