CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Sunday, July 31, 2011

PART TIME JOB

Assalamualaikum semua... Sihat x? Kalau x sihat, cepat2 makan ubat. Kena usaha untuk sembuhkan diri. Esok dah nak puasa. hehe... Hmmm....Lamanyer x update blog..hehe

Post kali ni, Hana nak citer pasal koje. Walaupun Hana ni dari keluarga yang susah la jugak, tapi Hana x penah officially keje. Pernah la jual kuih dari rumah ke rumah masa kecik dulu. And now, tolong mak kat kedai runcit kecik kat umah tu. Tapi tu bukanlah keje yg official. Penah jugak lepas SPM n matrik dulu, Hana minta dari ayah, nak keje. X kisah la keje kilang ke jd cikgu ganti ke kan. Tapi ayah hanya benarkan jadi cikgu ganti je, tu pun kat sekolah yang kat kampung. Tapi bila mintak untuk jadik cikgu ganti sekolah or cikgu KAFA, PPD x kasik sbb xde lg sijil SPM. Memang la xde, kalu ada, Hana mesti dh chow g sambung belajar. Ye idok? Hana x kisah la x dapat pun sbb dia hanya menjalankan tugas. Tapi yang Hana sangat x puas ati, nape la ada sorang anak kakitangan yang ada sangkut paut dengan KAFA ni mintak nak jadi cikgu KAFA, dapat pulak. Sedangkan, syarat nak jadik cikgu KAFA, kena ada sijil SPM n berasal dari sekolah agama. Sedangkan budak ni xde kedua-dua item tu. Yang dia ada hanya ayah dye keje dengan KAFA. 'ADIL' kan? T_____T

Bila dah ada kat IPIS ni, memang Hana teringin gak nak ngajar Al-Quran ke, tuisyen ke. Tapi sebelum ni xde transport. Sem ni, bila dah ada transport, x sempat la pulak nk usha sbb bz. Tapi, Allah tu Maha Pemurah. One day, Hana jumpa sorang akak ni atas satu urusan. Sembang-sembang, then dye dapat tau Hana ni tengah belajar nak jadik cikgu. Then, dye tawarkan suh ganti dye ngajar tuisyen Pendidikan Islam PMR n SPM kat sebuah rumah anak yatim kat Bangi ni. Memang benarlah rezeki Allah tu datang dari setiap penjuru yang x kita sangka pun. Alhamdulillah...

Tapi, sebenarnya, mengajar ni x semudah yang kita sangkakan. Kata orang, mudah la, sejam je duk pokpek kat depan, then dapat duit. Modal air liur je. No, it's not assimple as that. Sape ckp modal hanya air liur? Kena la sediakan notes n soalan kat adik2 tu. Sape ckp sejam tu je? Kena la buat preparation dulu sebelum tu. Study dulu, buat notes, soalan. Hana nak amek PMR n SPM dulu x rajin bebenor buat notes gtu tau. hehe... Students semuanya lelaki... Majoriti besar dari Hana...ish,...ni yang hampeh sket ni...hehe... Tambah pulak, Hana still belajar. Sibuk pulak dengan aktiviti kat IPIS ni. So, kena la pandai2 bahagikan masa. Memang penat, tapi tu la lumrah hidup. Kalau dah kahwin, lagi penat. Nak kena uruskan hidup 2 orang (kalu belum dapat anak). Nak kena masak. Xleh senang2 terbongkang je atas katil kalau penat sangat. Hati suami kita kena jaga kan? hakhak....cakap beriye, calon pun xde lagi...hikhik...

Pengalaman mengajar ni buat Hana banyak berfikir tentang tanggungjawab dan erti kesyukuran. First time Hana masuk bilik studi dyorang, sangat2 la bersepah. Boleh baju sekolah kotor ada dalam loker buku, kek yang dah berkulat pun ada. Buku2 bersepah. Walaupun Hana duk hostel dulu, Hana baya dyorang jugak. Xde la sampai tahap tu kan. Tapi at least, dulu ada orang yang nak bebel or nasihat Hana. Buat macam ni, jangan buat macam tu. Hana bertuah, sebab masih punya ibu dan ayah. Walaupun masa duk hostel dulu, boleh kata dalam 5 tahun duk hostel tu, hanya 2/3 kali je family datang lawat. Tapi Hana masih punya ibu dan bapa. Bila balik kampung, still boleh jumpa. Adik2 tu? Sape nk datang lawat? Sape nak bebel? Sape yang dyorang nak jumpa bila balik?

Boleh ckp every weekend, dyorang akan keje catering. Hana terfikir, esok nak trial dh, tp ari ni masih perlu ke katering. Bila nak studi? Kesiannya... Kecik2 dh ada pengalaman carik duit lebih dari Hana. Hana ni, walaupun susah, ayah x benarkan keje yg berat2 sbb ayah x sanggup tgk anak dye keje berat. Sedangkan ayah lagi keje teruk. Hana tau, ayah dh x larat keje dh. Tapi demi kami, ayah gagahkan jugak diri tu untuk cari duit. Sebab tu Hana dh x minta duit belanje dr ayah. Kalau boleh Hana nak bantu ayah, tp belum terdaya buat waktu ni. Tambah lagi sekarang. Hana perlu tolak siap2 RM 250 dr elaun setiap bulan utk ---, silat n broadband. Bakinya tu la utk buku, mkn n so on...hmmm...

Apa yang best tentang keje bila dapat gaji. (walaupun skrg x dpt lg...hehe). Mungkin gaji yang dapat tu x banyak tp rasanya mesti sangat manis. Sebab tu semua hasil titik peluh sendiri. Mungkin sebab ni la ramai yang dh keje malas nk sambung belajar balik. Sebab dah merasa pegang duit sendiri. Kalau ditanya pada Hana, buat masa ni, Hana memang x terfikir untuk tinggalkan alam belajar. Walaupun penat belajar tu, walaupun pening fikir sal assignment. Walaupun kadang2 x tahan dengan peraturan yang semakin lama semakin buatkan kami macam budak kecik. duit yang kadang2 x cukup... Tapi itu la sebenarnya kemanisan alam belajar. Bila dah keje, lain pulak kesnya. Hmmm....

No comments:

Post a Comment