CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan 11/11/11?

Assalamualaikum semua... Harap semua sihat la ek... Ye, tarikh hari ni 11/11/11. Ramai yg mention tarikh ni kat FB (Hana pun...), ramai yang wat tarikh kawen, x kurang jugak yg buat tarikh bertunang. X  kisah la nk kawen n bertunang tu kan? Benda baik, elok la buat bila dh sedia... ^^ Ada jugak yang buat tarikh nk berkapel -___-". Mujur x dengar lagi yg wishing nk wat tarikh bercerai...huhu

 Ni jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung isu 11 11 11. Hana xnk komen pape bab word last tu...

Sebenarnya, xde pe sangat pun tarikh tu...Macam tarikh2 lain gak...13 01 12 ke kan?hehe... Tapi apa yang akan jadikan tarikh tu bermakna, depend on us la... Contohnya, hari ni kita bersyukur pada Allah kerana masih diberikan nafas sbb kita x sempat bertaubat lagi...Ceh, poyo je kan? Macam baik sangat. Tapi tu mmg benar. Tu la hari yang hebat untuk kita...

Contoh lain Hana bagi. Misal kata, hari ni, kita dapat jawab exam dengan baik. Tu dh jadi hari yang bermakna untuk kita. Ataupun, misal kata result exam kuor ari ni (tp UPSR pun x kuor lagi kan?), kita dapat result cemerlang, insya-Allah kita akan ingat tarikh ni n rasa tarikh ni sangat bermakna pada kita.

Tapi, kalu hari ni kita merengus, marah-marah, ataupun sedih, x hebat la hari kita hari ni. Buat yang sedih kerana kesalahan orang lain, cubalah dan cubalah maafkan kesalahan orang tu. Sebab selagi kita x maafkan dye, kita xkan rasa hari kita gembira. (nasihat untuk diri sendiri jugak ni).

Ok la...Hana ni pandai je nasihat, tapi tulis gak 11 11 11 kat status FB kan? Apa lah... Actually, Hana tulis kat fb sbb kawan Hana lahir 11 11, tapi bukan 11 11 11 r...dye lahir 11 11 90. Tapi sayangnya, dye dh meninggal... 6 tahun yang lepas, bersama 5 orang lagi termasuk seorang Ustaz (warden). Kejadian ni merupakan peristiwa yang merubah banyak perkara di sementoji.

Hana ingat lagi, ari masa dyorang bertolak tu, Hana tengah tunggu van, nak pegi MPKT nak balik kampung. Program ni untuk aspura dulu. Lepas tu baru buat untuk aspuri. Hana nampak muka2 ceria mereka kat dalam bas. Masa tu Hana rasa jeles gak r.

Then, masa cuti tu, Hana n family pegi Pekan (umah Pakcik). Pada hari 1 Muharram tu, Hana n family n family pakcik pegi pantai sempadan antara Pahang n Johor. Orang dewasa cari siput rantai, kitorang apa lagi, Mandi la. Masa tu dah asar dh. Hana teringat kat dyorang yg pegi program tu. Monolog dalaman masa tu: "Mesti dyorang dh balik dah waktu ni, Hana je baru pegi pantai".

Malam tu, sibuk2 BBQ. Memang x tengok berita r... Esoknya kitorang balik umah. Sampai je kat depan umah, jiran ckp ada 6 orang meninggal kat Kuala Terengganu. Masa tu Hana langsung x fikirkan dyorang sbb dyorang pegi Merang, Setiu. Malam tu, ayah suh buka berita sbb nk tau jugak la sal kes 6 orang yang meninggal tu walaupun kitorang sbnrnyer masih sibuk kemas barang, baru sampai la katakan...

Hana yang bukak tv time tu. Dengar suara pemberita cakap: "2 lagi mangsa lemas ditemui. Mangsa yang ditemui pada hari ini, Muhammad Safwan Bin Saidi dan Muhammad Syafiq Bin Zainuddin.........." Hana dah x dengar apa yg dye ckp. Yang Hana tau, Hana dh terduduk depan tv sambil mata x berkelip memandang tv. Adik datang, tanya kenapa. Hana dh xleh jawab apa. Masa tu air mata je yg mengalir. Xtau air mata tu kerana sedih atau terkejut.  Lepas tu, Hana dengar semua mangsa yang dh dijumpai dan yang masih hilang. Ustaz Wan, Izwan (f3), Safwan (f3) n Syafiq (f3). Yang masih hilang Amirul (f2) n Izzat (f4). Amirul n Izzat Hana x kenal. Tapi Izwan, Safwan n Syafiq tu semuanya pernah sekelas dengan Hana. Especially Syafiq, satu-satunya kawan Hana yang sekelas daripada f1 sampai f3.

Masa tu ayah datang, ayah marah sbb Hana menangis kerana lelaki. Mungkin ayah xnk Hana nangis kot. So, Hana tahan air mata. Hana cuba berlagak macam biasa. Tapi esoknya bila Hana balik ke sementoji, dalam bas tu Hana nangis puas2. Hari tu Hana beli paper walaupun Hana ni bkn jenis yg ske beli paper. Bila sampai sekolah, sunyi, sepi n hening sangat. Semua orang pun senyap je. Kami buat tahlil perdana untuk semua Allahyarham. Student aspura berpeluang pegi buat tahlil kat umah arwah2. Aspuri xleh... Tapi sebenarnya Hana nak sangat ziarah keluarga Allahyarham. Hana nak sangat ziarah kubur Allahyarham.

Walaupun kisah ni dah lama berlalu, tapi Hana tetap ingat. Satu hari nanti, Hana nak jugak pegi ziarah kubur Allahyarhyam2. Buat masa ni susah, sbb Hana duk jauh dari sekolah.


Ni gmbr Hana f1. Dalam gambar ni ada Arwah Syafiq n Arwah Safwan..

Ni gambar f2. Dalam gambar ni ada Arwah Syafiq n Arwah Izwan.



Keratan akhbar pasal tragedi ni bleh dirujuk kat sini, sini, sini, sini, sini, n sini. Artikel ni je yg masih ada. Time kaceh Utusan.

No comments:

Post a Comment