CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Monday, November 14, 2011

Bicara Kata.

Ya Allah.Mudahkanlah jalan kami ini. Berilah keringanan ujian buat ibu bapa, keluarga dan seluruh umat islam ya Allah.


Aku rasa nak menulis malammalam ini.serabut.serabai dan seantero dengannya.


Ada sahabat menceritakan padaku. Aku mengadu tentang amarah kali ini.Tenang dia bercerita mengenai kisah lelaki yang memaki saidina Abu Bakar sedang ketika tu beliau ada bersama Nabi Muhammad.nabi duduk langsung tak berkata apa-apa.Bila lelaki yang memaki Abu Bakar td diam, Abu Bakar membalas ape yang dikata oleh lelaki td. Nabi pun beredar dari tempat itu dan dikejar Abu Bakar.Abu Bakar berkata : dia dah memaki saya, sedang tuan diam sahaja.bila saya bercakap, tuan beredar. Baginda pun bersabda : Sesungguhnya malaikat telah mempertahankan kamu, iaitu semasa kamu diam. Tatkala kamu becakap,malaikat pun pergi dan syaitan datang. Jadi aku tidak suka duduk di tempat yang didatangi syaitan.

dengar bait ini elok-elok.

Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna 

Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 
Hilang percaya...



sgt bermanfaat...^^

sumber: blog khujeymah

No comments:

Post a Comment