CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Saturday, February 11, 2012

saya anak buruh...

Setiap kali kalu melalui kawasan perumahan yang besar2, cantik2, mesti kami adik beradik saling mengaku rumah yg cantik tu kami yang punyer! Penah sekali kami tersesat gara-gara berebutkan rumah cantik2 tu (padahal yang ntah sape2, ngaku je lebih). Memang kenangan yang xleh lupa...

Hari ni, Hana sampai agak awal ke rumah Pn Siti. Pn Siti ni ibunyer Safwan, Zahidah n Afiqah (murid2 hometuition yg Hana ajar). Bila dh awal tu, segan la pulak nk masuk awal. So, Hana cuci mata la melihat pemandangan di sekitar kawasan perumahan tu.

Pandangan Hana terkesima pada sebuah rumah di depan rumah Pn Siti. Subhanallah...lawanya.. Berkonsepkan tradisional melayu n moden...sgt lawa... Tanpa sedar, Hana berjalan sehingga ke depan pintu pagar rumah tersebut...terlihat beberapa orang buruh yang sedang menyiapkan saki baki kerja untuk memasang kayu di bahagian anjung rumah tersebut. Hana pasti kayu berkualiti tinggi yang digunakan memandangkan begitu bersusah payah sekali buruh2 tersebut menaikkan kayu tersebut walaupun dengan kudrat 4 orang lelaki. Lama mereka berusaha dengan gigih sekali untuk mengangkat kayu tersebut sambil diperhatikan oleh tuan rumah (juga Hana dari luar pintu pagar). Mungkin begitulah kesusahan yang dilalui oleh setiap golongan yang bergelar buruh bagi mencari sesuap nasi buat keluarga tercinta.

Tanpa sedar, mata Hana bergenang...fikiran melayang pada seseorang nun jauh di sana... Dia seorang lelaki yang gigih mencari rezeki buat anak-anaknya. Bekerja dengan gigih bagi memastikan anak-anaknya hidup sebagaimana orang lain. Berusaha agar anak-anaknya mendapat pendidikan agar tidak sama sekali merasa apa yang pernah dilaluinya. Betapa perih bagi mendapatkan barang seringgit. Dialah ayah Hana...

Ayah yang selalu berpesan agar menjaga makan, agar tidak menahan lapar. Yang selalu memberikan duit saku lebih di hari peperiksaan. Yang selalu memberikan duit2 syiling atau seringgit dua setiap kali pulang dari kerja sekali atau 2 kali sebulan.

Tak dinafikan, ada kalanya terbit sedikit rasa cemburu pada rakan-rakan yang hidupnya lebih senang. Bahkan kepada anak murid hometuition sekalipun. Ada yang sudah berpeluang mengerjakan umrah seawal umur 8 tahun... Berpeluang belajar dengan tutor di rumah sendiri... Hana dulu, hanya mampu mengikuti klas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak sekolah sahaja. Rasa juga sedikit terkilan bila tidak mampu membeli sesuatu yang diingini kerana kuasa membeli bukan terletak di tangan Hana. Pernah rasa sedih bila seorang cikgu membezakan antara Hana dan rakan lain kerana rakan lain anak2 golongan profesional. Sangat jelas perbezaan cara layanan yang cikgu tersebut berikan. Ya Allah, bila Hana bergelar guru kelak, janganlah Hana bersikap seperti cikgu tersebut. Sungguh, hati kecil seorang murid itu amat mudah tersentuh...

Tambahan pula, sekarang ayah dh x berapa kuat untuk bekerja. Tetapi masih perlu menanggung Hana n adik. Alhamdulillah Hana masuk IPG. Jadi boleh bergantung harap pada elaun. Tapi adik masih perlu ditanggung...Sedangkan kakak n abang sudah punyer keluarga sendiri.. Hana dont blame them x dpt support family lg, sbb Hana faham situasi mereka juga. Tu pun, banyak juga mereka membantu apa yang boleh mereka bantu...

Walau apapun, Hana tetap menjadi anak ayah n mak. Biarlah kami tidak sekaya orang lain... Walaupun mungki my parents bukanlah parent yang terbaik. Masih banyak kekurangan. Namun, kasih sayang yang diberikan cukup membuatkan Hana seperti Hana yang sekarang. Hana sentiasa berharap dan akan terus berdoa agar kami menjadi keluarga yang bahagia. Hana juga berdoa agar Allah memberikan kemudahan untuk Hana agar menjadi anak yang mengenang budi dan dapat membalas jasa ibu bapa Hana. Moga Hana tidak terlalu boros dan boleh membantu meringankan beban mak n ayah.

Baru bank in sket kat mak, dah rasa mcm banyak...sedangkan mak n ayah x berkira mana pun nk bg duit kat anak-anak... Ya Allah, buanglah sifat bakhil daripada diri Hana....

2 comments:

  1. Semoga hana akn mcapai kejayaan & jd insan yg baik...suka bc cita ni..sbb mmg x dinafikan segelintir masyarakat msh mbezakan taraf sesama manusia..wlauapa pun,semoga hana akan sentiasa tabah dan akn sukses slalu...Jdkan apa yg org buat atau kata kat kita sbg satu motivasi untk memajukan diri...
    All d best...:)

    ReplyDelete