CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, July 2, 2014

ADAB DAN AKHLAK DALAM MEMBACA MENGHAFAZ AL-QURAN


Assalamualaikum. Sementara nak tunggu waktu iftar ni, meh Hana share sket nota sem 6 dulu2. Moga bermanfaat ^_^


ADAB DAN AKHLAK DALAM MEMBACA MENGHAFAZ AL-QURAN
1.    Ikhlaskan niat “setiap amal, berdasarkan niatnya”
2.    Sabar (nak buat kerja yg Allah suruh ni mmg sukar dan perlukan kekuatan mental & rohani)
3.    Mulakan dengan bismillah
4.    Banyakkan berdoa kepada Allah (kerana Allah sahaja yang boleh membalik-balikkan hati kita)
5.    Bersih daripada hadas besar dan kecil
6.    Menghadap kiblat (kalu nk ludah, jgn menghadap kiblat)
7.    Memakai pakaian yang putih bersih dan menutup aurat
8.    Jangan banyak bercakap dan ketawa
9.    Memberi tumpuan sepenuhnya kepada hafazan
10. Jangan membaca ketika letih dan mengantuk
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angina
12. Solat 2 rakaat sunat utk menghafaz Al-Quran

ADAB SEBELUM MENGHAFAZ
1.    Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz
2.    Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz (lepas solat, waktu pagi, waktu malam)
3.    Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz
4.    Diri berada dalam keadaan yang tenang
5.    Mestilah mengosongkan fikiran daripada hal2 dunia
6.    Tetapkan mashaf yang ingin digunakan (tetap, x tukar2)
7.    Banyakkan istighfar, selawat, doa
8.    Baca surah Al-Baqarah : ayat 164

No comments:

Post a Comment