CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AHLAN WASAHLAN ILA RUKNI.. (^_^)


Wednesday, July 9, 2014

MURAH REZEKI?

Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semua dilimpahi rahmat n dilindungi dalam lindungan lembayung rahmat Ilahi.
Oh ye, selamat berpuasa semua. Sekejap je, kita dah masuk fasa kedua Ramadhan. Moga segala ibadah kita diterima Allah.

Hari ni alhamdulillah hadiah peraduan yang dah berbulan Hana join dh sampai. Adik Hana selalu ckp yang Hana ni murah rezeki, kalau beli barang, slalu dpt yg murah2. Slalu menang peraduan or lucky draw.  Ad kawan ckp Hana ni kaki Dhuha (yela, solat Dhuha kan membuka pintu2 rezeki). Sejujurnya, Hana xde la rajin sgt solat Dhuha. Jarang2 sekali. Bukan serajin kawan2 Hana.

Betul ke Hana murah rezeki? Hmmm... Insya-Allah, Hana memang bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan. Sangat banyak, tak terkira. Bukan setakat yang nampak mcm hadiah2 ni, tp byk lagi sebenarnya yang kita sendiri x sedar. Sebenarnya, bukan Hana sorang yang murah rezeki, Hana percaya orang lain pun sama.

Terkadang, kita dpt rezeki ni, tapi x dpt rezeki tu. Setiap orang ada bahagian masing2. Yang penting kita bersyukur dengan hidup kita. Hana ckp mcm ni, x semestinya Hana ni orang yg sentiasa bersyukur. Ada jugak kadang2 terselit kat hati rasa kufur tu. Ada jugak kadang2 hati mempersoalkan tentang takdir yang Allah dah tentukan. Tapi sama2 la kita muhasabah diri dan memohon ampun kepada Allah.

Jadi post kali ni Hana nk citer rentetan hadiah yang Hana penah dapat. Takde la banyak sgt pun n xde la slalu sgt menang. Selalu je sebenarnya Hana x menang peraduan or lucky draw. Tapi sbb bila x dpt, kte x heboh, kalu dpt baru heboh. Sbb tu orang ingat Hana slalu menang.

2006
Hana penah masuk peraduan teka silangkata Majalah Dewan Pelajar (nama yang macam ni jugak la). Majalah untuk student, bukan majalah mcm Mangga tu tau. Soalan dye, pergh!!! susah yang amat. Tapi sbbkan Hana ni kaki library la jugak, so Hana rujuk kat Kamus Dewan kat library. Alhamdulillah, bila result keluar, nama Hana salah sorang yang berjaya daripada 5 orang. Hadiahnya RM40.00. Happy n bangga sbb nama tersiar kat majalah. Hana beli n simpan. Tapi masa adik Hana f5, Hana pinjamkan majalah tu kat dye sbb ad soalan PMR dlm tu. Tapi adik Hana ni 'pemurah' yang amat, dye sedekah majalah tu ke library asrama dye sebelum dye abes belajar. Sedey gak la sbb hilanglah majalah yang Hana nk simpan tu.


2010
Time ni abg Hana bawak her wife, adik wife dye n Hana ke Karnival Makanan Perak sempena meraikan Hana dah lulus lesen P. Celcom ada wat lucky draw just dengan top up minimum rm10. So kami pun semua top up n join lucky draw tu. Tapi pemenang akan diumumkan semasa majlis ambang tahun baru. Walaupun kami sebenarnya x berniat nk tunggu sampai pukul 12, tp terpaksa la tunggu. Dan, penantian kami tu x sia2, alhamdulillah nama Hana diumumkan sebagai pemenang BLACKBERRY. Tapi ada terma n syarat kena langgan line celcom minimum 6 bulan. Hana plak baru nk masuk degree, so Hana pass hadiah tu kat abang.


2012
Tahun ni Hana g pesta buku antarabangsa KL dengan 4 orang lagi kawan Hana pada hari pertama. Kami pegi booth Karangkraf yang besar tu. Kat pintu masuk ad promoter warwarkan pasal lucky draw menang tab, iphone n macbook dengan pembelian minimum rm50. Lepas belek2 buku, Hana beli la beberapa buah buku n majalah PC utk join lucky draw tu. Hana bayar guna voucher buku 1 n rm4.00 duit sendiri. Jumlah belian Hana dalam rm54.00 macam tu je. dye ckp nk umum pukul 6.00 petang, tp xde pun disebut nama kami, so malam tu lps maghrib kami balik n teruskan hidup mcm biasa. Masa ari Ahad, Hana tgh berlatih silat dengan partner Hana utk pertandingan. Abes latihan, Hana tgk fon, ad 6 misscall dari no yg x dikenali. Bila Hana call balik, dye ckp Hana menang tab utk lucky draw tu. Mulanya Hana x caye sgt. Yelah, dh lepas 2,3 ari. Malam tu Hana msj lg no tu mintak kepastian. Dye ckp, "xnak xpe, bleh bagi kat saya". Hana ckp Hana nak la. Utk kepastian Hana, dye suh bukak page Karangkraf kat facebook. Alhamdulillah mmg ad nama Hana. Ari Selasa tu sempena cuti hari pekerja, Hana ditemani kawan g amek TAB tu. Alhamdulillah.


2014
Masa Hana g Watson nk beli krim rambut, Hana belek2 n pilih serum rambut Dove. Kebetulan Hana ad nampak peraduan sempena Tahun Baru Cina. So, Hana sje try hantar peraduan tu sbb serum tu agak mahal. Hehe... Tp daripada sblm praktikum, sampai dah abes praktikum, xde khabar berita pun, so Hana x kisah dah pasal peraduan tu, xde rezeki la tu. Tapi masa cuti pertengahan tahun, masa Hana kat umah, Hana ad dpt call dari mamat cina tanya Hana penah x masuk peraduan tu. Hana hampir2 jwb tak sbb dh lupa.. Hana... Dye ckp Hana menang hadiah saguhati. Hana dah x ingat hadiahnya apa, so dye ckp wang tunai RM888.00. Alhamdulillah, syukur. Tapi, smpai dah abes cuti sampailah dh start intern, xde sampai2 pun lg hadiah tu. Hana dh rasa ragu2. Betul ke? Kalau x menang, baik xyah call, dh lama dh redha. Kalau nk tipu, nape dye tnye alamat kakak (Hana isi alamat kakak kat peraduan tu), nape bukan alamat umah sbgaimana dlm IC? Hmmmm... Hana ingat xde rezeki la kot. Tapi ari ni, akak whatsaap gtau hadiah dh sampai. Dan betul, Rm888.00. Alhamdulillah. Rezeki utk byr hutang2 tertunggak...hehe ^_^



No comments:

Post a Comment