"Kita adalah apa yang kita Fikirkan"
Seorang motivator pernah menuturkan ayat di atas. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir kita adalah orang yang berjaya, kita akan berjaya. Jika kita fikirkan kita orang yang bahagia, maka kita akan bahagia. Tapi jangan la syok sendiri pulak. Agak2 la ikut kesesuaian.
Bila dipostingkan di sekolah cina, di negeri Johor (yang memang terkenal dengan kebusyiannye), ditambah dengan masalah di sekolah (yang tak perlu Hana ceritakan di sini), memang dan semestinya terasa kepenatan yang amat sangat. Penatnya tuh di sini, di dalam hati...Haha... Memang berkali hati cuba memujuk supaya sabar. Tapi kadang2 tembok sabar tu runtuh juga. Nangis juga bila terasa tekanannya. Tipu la kalau cakap cikgu tak pernah stres kan? Huhu...
Ditakdirkan, suatu malam, kawan Hana datang ke rumah sewa Hana dan menceritakan tentang classmate dye yang posting ke sekolah pendidikan khas. Nak tak nak, kena belajar bahasa isyarat ni. Perkara pertama yang Hana fikir waktu tu: "wah...untungla, dpt belajar bahasa isyarat"
Nampak tak kat situ? Kita nampak side positif dalam situasi orang lain, tapi kita tak nampak side positif dalam situasi yang kita hadapi. Padahal, Hana boleh fikir sendiri, "Wah...untungla Hana, dapat belajar Bahasa Cina."
Kita sebagai manusia, selalu macam tu. Selalu nampak kebahagiaan orang lain, tapi tak dapat cari kebahagiaan sendiri. Hana pun sebenarnya bertuah kerana dipilih untuk terdedah dalam dunia yang perlu belajar Bahasa Cina. Tapi sama ada nak ke tak je. Rajin atau malas.
Hana edit sket ayat motivator atas tu:
"Kita adalah apa yang kita fikir dan usahakan!"
No comments:
Post a Comment