"Mana
yang lebih penting, kebajikan keluarga atau membina keluarga?"
Persoalan tersebut
seringkali bermain di fikiran orang yang ingin merancang untuk berkahwin,
terutamanya kepada lelaki...
Andainya anda
sebagai seorang perempuan diajukan persoalan tersebut oleh pasangan anda, apa
yang akan anda jawab?
Mungkin kalau
Hana disoal begitu, Hana akan jawab kepentingan pertama iaitu "kebajikan
keluarga" sahaja... Sebab bila dia menyoal kita begitu, maknanya kita
sebagai kepentingan kedua (membina keluarga) dah kurang penting bagi dia... Tak
payah nak explain, tak payah nak pujuk rayu... Sebenarnya sama ada penting atau
tak, terletak pada hatinya... Tak perlu disoal pada kita...Entah, mungkin
jawapan Hana ni terlalu emosi.
Tapi jawapan
yang sebenarnya adalah, kedua-duanya penting... Kedua-duanya tak menghalang
antara satu sama lain... Kebajikan keluarga adalah wajib kepada setiap anak
terutamanya anak lelaki. Dan membina keluarga pula adalah sunnah Rasulullah.
Dan sebenarnya, apabila memilih kepentingan kedua tersebut, tak menghalang pun kepentingan
yang pertama tadi... Depend pada pasangan anda...
1st, anda
perlu jujur dengan keadaan family anda. Andainya dia sanggup menerima anda dan
keluarga anda seadanya, sanggup menunggu anda, insya-Allah kepentingan kedua
tersebut tidak menghalang juga kepentingan pertama. Boleh saja memilih
kedua-duanya...
Ingatlah,
bila anda memilih kepentingan kedua, tak bermakna anda harus berhenti menjaga
kepentingan pertama. Perkahwinan tak menghentikan kewajipan anda (anak lelaki)
untuk menjaga kebajikan dan memberi nafkah pada kedua ibu bapa. Andainya pasangan
anda menerima anda seadanya, faham tentang Islam, dia tak akan menghalang anda
bahkan akan selalu mengingatkan anda tentang tanggungjawab anda memberi nafkah
pada keluarga anda. Hana sendiri, bertekad kalau andainya berkahwin suatu hari
nanti (insya-Allah), Hana akan selalu mengingatkan suami akan tanggungjawab
nafkahnya pada keluarganya. Hana sendiri pun insya-Allah akan terus membantu
keluarga walaupun setelah berkahwin sebab keluarga Hana bukanlah keluarga yang
senang and i hope he (sesiapa nanti yang bergelar suami) memahaminya. Sebab, kalau
nak keluarga yang bahagia, mestilah salah satu cirinya adalah suami yang soleh,
isteri yang solehah. Kalau suami lupa nafkah dan tanggungjawabnya pada
keluarga, macam mana keluarga nak berkat?
Tapi....
Mungkin orang lain ada pendapat yang lain daripada Hana. Terserah... Ini
pendapat Hana...
Tak semestinya
bila anda memilih dan mengambil kira kepentingan kedua, anda perlu berkahwin
hari ni jugak... Paling kurang, anda tak kecewakan pasangan anda, menghargai
dia... Nampakkan usaha yang menunjukkan anda serius tentang untuk membina
keluarga, contohnya cuba kenal dia lebih dalam lagi (minat dan sikap dia),
keluarga masing-masing...
Seandainya
seseorang lelaki melepaskan seorang perempuan yang sedia menerimanya seadanya
macam yang Hana terangkan di atas hanya kerana merasakan membina keluarga itu
perkara remeh dan nanti boleh cari yang lain bila dah kukuh, ketahuilah bahawa
anda telah melepaskan seorang wanita yang sangat berharga....hihihi
No comments:
Post a Comment